Tahukah korang, setelah Bani Abbasiah memperoleh teknologi pembuatan kertas dari tamadun Cina, umat Islam telah menterjemahkan ribuan kitab di bawah lembayung Baitul Hikmah. Sebelum itu, ilmu cuma ditulis di atas tulang belulang, serta kepingan batu dan kayu.
Muawiyah bin Abi Sufyan yang memerintah 661-680M telah menyediakan asas Baitul Hikmah. Dia telah mengumpulkan kitab-kitab dalam pelbagai bahasa dan bidang di Damsyik. Kemudian, Khalifah al-Mansur memindahkannya ke Baghdad pada 762M. Cendekiawan dari India dijemput untuk berkongsi ilmu matematik dan astronomi.
Peradaban umat Islam melonjak naik. Pada zaman Khalifah Harun ar-Rasyid, berbagai-bagai disiplin ilmu diketengahkan seperti perubatan dan falsafah dari manuskrip Yunani, Cina, Sanskrit, Parsi dan Syria. 17 orang ditugaskan menterjemah bahasa Parsi. Manakala, 2 orang pula ditugaskan menterjemah bahasa Sanskrit dan seorang sahaja untuk bahasa Aram (bahasa kuno di Tigris). Istana membiayai sepenuhnya kegiatan ilmu ini.
Karya Agung Yunani karangan Socrates, Homer, Galen, Aristotle dan Plato masuk ke dunia Islam.
Yuhanna bin Masawih (777-857M), tabib dari Jundishapur telah datang ke Baghdad dan berkhidmat kepada dua orang Khalifah iaitu Harun ar-Rasyid dan al-Ma’mun. Dia dan anak muridnya, Hunayn bin Ishaq, telah menterjemah karya Plato berjudul Timaeus dan karya Aristotle berjudul Metaphysics. Rujukan ahli kitab seperti Old Testament turut diterjemah kepada bahasa Arab.
Ilmu Matematik dari Euclid dan sistem perpuluhan dari bangsa India ikut memajukan bangsa Arab. Baitul Hikmah menjadi asas kepada kelahiran Muhammad bin Musa al-Khawarizmi (789-850M). Tokoh matematik muslim ini telah menyemak semula karya Ptolemy berjudul Geografi dan membuat penambahan dengan memasukkan longitud dan latitud bagi beberapa kota penting di zamannya.
Kita perlu belajar dari Baitul Hikmah yang gigih menterjemah karya luar kepada bahasa ibunda agar ilmu pengetahuan menjadi mudah dan cepat sampai kepada masyarakat awam.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih