Tidak lama dahulu, The Patriots pernah berkongsi kisah Korea Selatan memartabatkan Bahasa Melayu menerusi penggunaan bahasa berkenaan pada papan tanda destinasi keretapi bawah tanah mereka. Tetapi wujud ura-ura ia juga digunakan untuk pengumuman destinasi steen seterusnya.
Ini didedahkan oleh Yanizah Yahya, 48. “Sejak 2014 lagi saya sudah dengar ura-ura mengatakan Bahasa Malaysia akan digunakan pihak operator tren bawah tanah di Korea Selatan khususnya di Seoul. Tetapi khabar angin yang tersebar ketika itu adalah Bahasa Malaysia akan menjadi satu lagi bahasa untuk digunakan dalam pengumuman stesen berikutnya di dalam tren,” ujarnya.
Dia baru-baru ini berkongsi gambar di akaun media sosialnya memaparkan papan tanda pengangkutan awam di Seoul, Korea Selatan. Pada papan tanda itu, tertera maklumat arah keluar dari stesen tren dan lokasi pelancongan popular di Seoul dalam beberapa bahasa seperti Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Hantaran Yanizah menjadi tular dengan ramai warganet menyatakan rasa bangga apabila Bahasa Melayu diangkat di negara yang popular dengan gelombang Hallyunya.
Tambahnya lagi, khabar angin itu didengari ketika dia menetap di bandar raya terbabit pada 2013 hingga 2016 selepas suaminya menyambung pengajian peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di sana. Ketika itu katanya, tidak dinafikan pelancong dari Malaysia cukup ramai sehinggakan dia sendiri menyediakan perkhidmatan penyediaan makanan kepada rakyat Malaysia yang datang secara berkumpulan.
Dia menambah, “Pada masa itu, melalui pelajar Malaysia di sana yang juga mencari duit poket dengan menjadi pemandu pelancong, saya dapat tahu mengenai khabar angin terbabit. Kami memang teruja malah bangga walaupun tidak pasti sejauh mana sahihnya cerita itu dan saya tertunggu-tunggu juga sehinggalah suami saya tamat belajar, ia tidak pun berlaku,” katanya. Selepas pulang semula ke tanah air, kini dia berkhidmat sebagai pemandu pelancong yang membawa rakyat Malaysia bercuti ke Korea Selatan.
Merujuk kepada gambar papan tanda yang tular itu, jelas Yanizah, dia berlepas ke Seoul dengan membawa sekumpulan pelancong dari Malaysia pada akhir tahun lepas yang mahu menyambut tahun baru 2020 di situ.
“Kami sampai di sana beberapa hari sebelum tahun baru dan saya masih ingat papan tanda di tempat sama cuma mempunyai beberapa bahasa seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Korea dan Bahasa Cina, tiada Bahasa Malaysia. Bagaimanapun, selepas tahun baru, kami sekali lagi melintasi kawasan sama, saya nampak papan tanda itu kelihatan berbeza dan apabila saya tengok semula, rupa-rupanya sudah ada Bahasa Melayu. Terkejut, bangga, semua ada. Mana tidaknya, sedangkan jiran negara kita pun tidak semuanya menggunakan Bahasa Melayu di tempat mereka. Mungkin juga ia dipasang pada malam tahun baru tetapi yang pasti, ia (Bahasa Malaysia) belum ada sewaktu saya tiba beberapa hari sebelum 2020,” katanya lagi.
Susulan muat naik hantaran itu, kata Yanizah, antara komen yang menarik perhatiannya ialah seorang individu yang mengatakan kakitangan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) terlibat dalam kerja terjemahan itu.
RUJUKAN:
Abdullah, Rosyahaida. (2020). Bahasa Melayu bertapak di bumi Korea. Harian Metro. https://www.hmetro.com.my/utama/2020/01/540232/bahasa-malaysia-bertapak-di-bumi-korea
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih