Seorang Raja Kristian pernah memeluk Islam di zaman Nabi Muhammad SAW. Dia dipanggil dengan gelaran al-Najashi dan memerintah Kerajaan Aksum di Habshah. Siapa yang mengislamkan Najashi?
 
Kisahnya, Jaafar bin Abi Talib yang juga seorang Sahabat datang berhijrah ke Habshah. Jaafar pernah membacakan Surah Maryam di hadapan Najashi dan para pembesarnya. Hal ini membuatkan mereka kagum dan mengalirkan air mata.
 
Kesempatan ini diambilnya untuk berdakwah. Jaafar mengajarkan, “Pendapat kami sama seperti yang dibawakan oleh Nabi kami, bahawa Isa adalah hamba Allah, Rasul-Nya, Roh-Nya dan kalimah-Nya yang dihembuskan kepada Maryam, perawan yang dirahmati.”
 
Najashi mengambil sepotong kayu dan bertitah, “Isa anak Maryam tidak melebihi apa yang engkay baru sebutkan daripada panjang kayu ini.”
 
Penglima di sekelilingnya mendengus.
 
Najashi pun menambah, “Tidak kira bagaimana engkau mendengus.”
 
Najashi pun berpaling kepada Sahabat, “Teruskan dengan cara kalian. Kalian selamat di negeriku. Walau diberi segunung emas pun aku tidak akan menyakiti seorang pun daripada kalian.”
 
Sementara itu, rakyat jelata Habsah yang beragama Kristian saling berbisik-bisik. Khabar angin raja mereka sudah memeluk agama Islam tersebar di merata tempat. Gereja Ortodoks Timur tidak senang dengan apa yang mereka dengar. Sekumpulan orang Habshah yang tidak berpuas hati, menuntut Najashi agar memberikan penjelasan sebenar.
 
Najashi memang sudah memeluk Islam secara rahsia. Dia juga bimbang tentang keselamatan Jaafar bin Abi Talib dan Sahabat-Sahabat lain yang telah mengislamkannya. Oleh itu, Najashi menyiapkan sebuah kapal dan menyuruh para Sahabat agar menaiki kapal tersebut.
 
Sebelum berjumpa dengan rakyatnya, Najashi menulis sepotong ayat pada selembar kulit yang berbunyi, “Dia bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya, dan bahawa Isa anak Maryam adalah hamba-Nya, Rasul-Nya, Roh-Nya dan kalimah-Nya yang dihembuskan kepada Maryam.” Najashi melipat lembaran itu dan menyimpannya di dalam saku jubahnya.
 
Pada sebuah majlis keramaian, Najashi bertanya, “Hai orang Habshah, bukankah aku yang paling layak menjadi raja engkau?”
 
“Ya,” sahut mereka.
 
“Jadi apa pendapat kalian tentang kehidupan di bawah pemerintahanku?”
 
“Kehidupan kami dalam keadaan terbaik.”
 
“Jadi, apa yang meresahkan kalian?”
 
“Tuanku telah meninggalkan agama kita dan percaya Isa adalah seorang hamba,” tuduh mereka.
 
“Jadi, apa pendapat kalian tentang Isa?” tanya Najashi lagi.
 
“Kami katakan yang dia adalah anak Tuhan,” jawab rakyat Habshah.
 
Najashi langsung meletakkan tangan ke dadanya, sambil jarinya menuding ke bahagian lembaran kulit yang tersimpan di dalam saku, “Aku beriman dengan keyakinan ‘ini’.”
 
Helah yang dibuat Najashi tidak disedari oleh rakyat jelata. Mereka semua berpuas hati. Mereka menyangka ‘ini’ yang dimaksudkan dalam ucapan tadi adalah akidah Tritunggal, sedangkan yang dimaksudkan Najashi sebetulnya adalah akidah mentauhidkan Allah yang Maha Esa, seperti yang tertulis pada lembaran kulit.
 
Setelah suasana kembali tenang, Najashi mengirimkan pesanan kepada para Sahabat agar tidak berlayar pergi ke Mekah. Para Sahabat pun turun daripada pelabuhan dan pulang ke tempat perlindungan yang disediakan oleh Najashi. Mereka tinggal dengan jaminan keselamatan di Habshah buat beberapa tahun.
 
Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz
 
 
Perjuangan Nabi Muhammad memang penuh suka dan duka. Jom kita hayati kehidupan baginda dalam MUHAMMAD DAKWAH DAN DIPLOMASI. Klik: https://shp.ee/h3eepou

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply