Fitrah seorang manusia dalam hidup ini memerlukan hiburan. Sebagaimana Rasulullah SAW, baginda juga merupakan seorang manusia yang mempunyai akhlak yang mulia dan dapat dijadikan contoh dalam segenap hal.

 

Bermula dari pemakaian, kehidupan, berumah tangga kesemuanya dapat dicontohi dengan baik. Islam tidak melarang kita untuk bergurau asalkan ia tidak melanggari batas dan tidak berlebihan. Rasulullah SAW sendiri pernah bergurau dengan beberapa sahabatnya seperti, :

 

Anas bin Malik meriwayatkan: “Ada seorang lelaki meminta kepada Rasulullah SAW supaya dibawa menaiki tunggangan.” Rasulullah SAW berkata kepada lelaki itu: “Aku akan beri kamu menunggang anak unta betina.” Lelaki itu berkata: “Wahai Rasulullah, apakah yang dapat aku lakukan dengan anak unta betina?” Lalu dijawab oleh Rasulullah SAW: “Bukankah semua unta adalah anak kepada unta betina?” (Riwayat al-Tirmidzi dan Abu Daud)

 

Nampak tak gurauan Nabi SAW, bersahaja dalam berceloteh, sememangnya semua unta adalah anak unta betina kerana memang unta betina yang melahirkan semua unta.

 

Begitu juga gurauan Rasulullah SAW dengan seorang wanita tua,

 

Hasan al-Basri meriwayatkan: “Seorang wanita tua bertemu dengan Rasulullah SAW dan berkata: “Wahai Rasulullah, tolonglah berdoa kepada ALLAH agar aku dapat masuk syurga.” Rasulullah SAW menjawab: “Wahai ibu, syurga tidak dihuni oleh orang tua.” Mendengar jawapan Rasulullah SAW, wanita itu pergi dari situ sambil menangis teresak-esak.

 

Rasulullah SAW kemudian bersabda: “Beritahu kepada wanita tua itu, dia tidak akan masuk ke syurga dengan keadaan usia tua. Sesungguhnya ALLAH SWT berfirman: Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan langsung, dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan, penuh cinta lagi sebaya umurnya [Surah Al-Waqi’ah ayat 35-37].” (Riwayat Tirmidzi)

 

Nampak tak? Dalam gurau Nabi tiada sebarang penipuan dan “borak besar” kata orang. Dalam tutur kata gurauan baginda masih terjaga adab dan sopannya. Inilah contoh yang terbaik dan ikutan yang terbaik. Rasulullah juga seorang yang periang dan suka senyum. Hal ini sebagaimana di rekodkan dalam sebuah hadis,

 

Abdullah bin Harits bin Jaza RA meriwayatkan,

 

مَا رَأَيْتُ أَحَدًا أَكْثَرَ تَبَسُّمًا مِنْ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.

“Saya tidak pernah melihat seseorang selalu tersenyum daripada Rasulullah SAW.” (HR Tirmidzi dan Ahmad)

 

Oleh : Muqri Nizam


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Konservatif | Nasionalis | Pencinta 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗨𝘁𝗵𝗺𝗮𝗻𝗶𝘆𝘆𝗮𝗵 dan 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺

Leave A Reply