Marco Polo meninggalkan sebuah legasi yang wajar dihayati semua. Sepanjang usia, beliau merentasi laut dan mengambil upah dengan cara perkhidmatan.

Mungkin ada yang terfikir: apakah zaman sekarang masih relevan untuk rentas laut dan hadapi ombak begitu besar? Kalau ingin mendekatkan diri dengan Tuhan, boleh cuba.

Namun definisi “rentas laut” ini halus pengertiannya. Seseorang yang ingin cuba nasib buat duit (monetize) melalui minat pun wajar dikatakan “rentas laut”.

Berkat pendaulatan minat inilah membuatkan nama Marco Polo terpahat sepanjang zaman sampai sekarang tiada siapa lupa kehebatannya.

Marco Polo

Kadang tidak perlu belajar sejarah pun, nama beliau mesti pernah terngiang-ngiang punya.

Di sini ada satu penghayatan yang boleh diambil sebagai contoh: Marco Polo adalah seorang yang bijak tetapi rendah diri.

Kepintaran dengan sifat rendah diri adalah kunci pada segala kejayaan, yang membawa Marco terus untuk bertemu dengan Kublai Khan.

Pada masa itu, Kublai Khan adalah figura sangat penting. Baik dengan Kublai, nescaya cerah masa depan. Kalau jahat dengan Kublai, silap-silap boleh hilang sifat kelelakian.

Orang zaman dulu hilang kelelakian kalau tersilap dengan Kublai. Orang zaman sekarang hilang kelelakian kalau tersilap pilih isteri. Itulah kiasan paling remeh boleh diberikan.

Berkat Usaha Keluarga

Niccolo Polo dan adiknya Maffeo membina sebuah empayar perdagangan, dengan cara berniaga sana ini sampai kaya raya dengan pengaruh tidak terhingga.

Mereka dapat menghidu kejatuhan Konstantinopel, mungkin melalui rangkaian perniagaan. Maklumlah, telinga peniaga kadangkala boleh dengar bait-bait halus dalam aturan politik.

Sebelum Byzantium ambil Konstantinopel balik daripada tangan Latin, keluarga Polo keluar mencari rezeki baru di bumi milik Kublai Khan.

Misai berpintal boleh cucuk hidung sendiri.

Menurut sejarah, inilah julung kalinya mereka berhubung dengan baginda secara rasmi.

Sejarah juga mengabadikan bahawa Niccolo pertama kali jumpa anaknya Marco pada tahun 1269. Bermakna 15 tahun Marco Polo membesar tanpa bapanya (Bergreen, 2007).

Inilah nasib keluarga pedagang, tetapi dari satu perspektif amat melumayankan… kerana Marco ibaratkan cuci kaki masuk dalam empayar perniagaan Niccolo.

Pemasyhuran Marco Polo Sebagai Wakil Mongol

Niccolo kembali ke Venice bertemu dengan Marco sebenarnya selepas menjalankan satu misi bagi pihak Kublai Khan. Maharaja Mongol tersebut sebenarnya sedang berurusan secara diplomatik dengan pihak kepausan (papacy).

Dan Niccolo adalah orang terbaik, kerana berdarah Venice (yang cenderung ke arah Katolik). Niccolo keluar meninggalkan Venice bersama Marco.

Mereka singgah sekejap di kota Acre (sekitar 160 kilometer dari bandar Jerusalem) untuk mendapat minyak suci dari Gereja Makam Suci (permintaan Kublai sebenarnya).

Ecclesia Sancti Sepulchri

Mereka bergerak melalui jalan darat untuk kembali ke bandar raya Shangdu, dimana Marco akhirnya bertemu dengan Kublai Khan (Kooijman, et al., 2008).

Seperti yang diceritakan, Marco menambat hati Kublai melalui kepintaran dan rendah diri. Dua sifat ini diajar ibundanya, Nicole… secara tidak langsung, menjadi sesuai dengan sistem pemerintahan Kublai.

Untuk pengetahuan semua, Kublai amat bergantung pada orang luar untuk menjadi anggota-anggota penting dalam institusi kerajaan.

Anggota-anggota ini tidak boleh dibeli pembesar Mongol yang lain… kerana mereka setia pada Kublai.

Mereka juga tidak mampu menandingi kedaulatan Kublai, kerana dahi mereka terlalu licin untuk dihormati warga Mongol. Pandai macam mana pun, mereka tetap “orang luar”.

Jadi suka atau tidak, mereka setia pada Kublai yang memberi ganjaran sangat setimpal.

Melalui sistem ini, Marco mendapat tempat sebagai pemungut cukai. Sifat amanah menaikkan pangkatnya menjadi pegawai diplomasi, sampai dihantar ke kota Hangzhou.

Bertahun-tahun keluarga Polo menghamburkan kesetiaan pada Kublai, yang sengaja memastikan mereka senantiasa sibuk dengan urusan empayar (supaya mereka tidak keluar menabur bakti untuk empayar lain).

Marco dikehendaki buat itu ini, seperti menghantar seorang puteri ke Parsi supaya dapat berkahwin dengan Arghun.

Misi ini selesai pada tahun 1295. Dan mereka tidak kembali ke Shangdu, oleh kerana kemangkatan Kublai yang meruntuhkan Empayar Mongol.

RUJUKAN:

Bergreen, L. (2007). Marco Polo: From Venice to Xanadu. Knopf. Halaman 36.

Kooijman, J. (2008). Mind the Screen: media Concepts According to Thomas Elsaesser. Amsterdam University Press. Halaman 328.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply