66 juta tahun lalu, hujan tahi bintang menghentam bumi. Ia bukan sekadar mencetuskan gempa bumi kuat tetapi turut mencetuskan letusan gunung berapi yang membunuh banyak hidupan termasuk dinosaur. Tetapi entah bagaimana, sang lipas juga yang terselamat daripada bencana berkenaan.

Semua ini disumbang oleh bentuk badannya yang rata. Dengan bentuk badan sedemikian, ia boleh saja bergerak dan masuk ke tempat sempit termasuk ke bawah tanah. Jadi, apabila hujan tahi bintang melanda bumi 66 juta tahun lalu, ia dapat bersembunyi dalam lubang-lubang tanah yang melindunginya daripada haba ekstrem peristiwa berkenaan. Tetapi bagi sebahagian besar hidupan lain, hanya satu kesudahan iaitu kematian.

Beli buku terbaru kami, TERHEMPASNYA PESAWAT MH747 di Shopee kami. Pautan: http://bit.ly/TerhempasnyaShopee

Hujan tahi bintang turut mengakibatkan penurunan suhu bumi. Apabila atmosfera bumi dilitupi dengan habuk dan abu, ia menghalang cahaya matahari daripada sampai ke permukaan. Akibatnya, suhu bumi jatuh menjunam dan menghasilkan iklim sejuk. Tanpa cahaya matahari, tumbuhan yang terselamat tidak dapat tumbuh sekaligus mengakibatkan banyak hidupan yang bergantung kepada tumbuhan itu mati.

Tetapi bagi lipas, ia bukan satu isu. Ini kerana ia merupakan haiwan omnivor – ia tidak akan memilih makanan selagi mana itu dapat mengenyangkannya baik tahi binatang hinggalah haiwan dan tumbuhan sendiri.

Satu lagi ciri yang membantu lipas selamat daripada peristiwa berkenaan ialah ia menghasilkan telur dalam bekas perlindungan kecil yang dipanggil oothecae. Oothecae atau bekas telur kelihatan seperti kacang yang telah dikeringkan. Tetapi ia melindungi isi kandungannya daripada semua cabaran ekstrem daripada cuaca hinggalah kerosakan fizikal yang dicetuskan oleh haiwan atau manusia.

Lipas moden hari ini masih boleh hidup di mana-mana termasuk cuaca sejuk dan panas yang ekstrem. Komuniti saintifik merekodkan terdapat 4,000 jenis lipas yang wujud di dunia. Sesetengah daripadanya suka tinggal di manusia sekaligus menjadi serangga perosak.

Beli buku terbaru kami, KISAH KLASIK TAMADUN MELAYU di Shopee kami. Pautan: http://bit.ly/KisahKlasikShopee

Tambah menyusahkan ialah apabila ia wujud di tempat yang tidak bersih, ia boleh menjadi ejen penyebar penyakit. Ini terhasil menerusi alergen yang dikeluarkan lipas boleh mencetuskan serangan lelah atau reaksi alahan kepada sesetengah orang. Kalau disembur racun serangga, ia masih boleh hidup – ciri sama yang membantu nenek moyangnya hidup lebih lama daripada dinosaur.

Di sebalik asal-usulnya yang kotor dan jijik, ia masih dianggap bermanfaat kepada komuniti saintifik. Ini kerana ada sesetengah saintis mengkaji corak pergerakannya. Ada juga yang menjadikan ia sebagai model untuk robot-robot baru yang lebih canggih.

RUJUKAN

Lovett, B. (2022, 5 April). How did cockroaches survive the dino-killing asteroid strike?. Live Science.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply