Melaka merupakan sebuah kota yang terletak di Semenanjung Tanah Melayu setepatnya berhampiran dengan Selat Melaka. Melaka merupakan sebuah penempatan yang mempunyai limpahan hasil bumi yang baik serta pertahanan alam yang semula jadi yang sangat baik. Perkara ini ditambah lagi dengan keadaan ekologi bumi Melaka ini yang sangat sesuai untuk dieksploitasi dan dibangunkan menjadi sebuah bandar atau kota pelabuhan di Selat Melaka ini.

Kedudukan Melaka yang terletak di Selat Melaka juga turut memberi kelebihan kerana kedudukannya yang berada di tengah tengah benua India, China dan Arab memberi kelebihan buat Melaka untuk menjadi kota Pelabuhan “Entreport” antara benua ini. Melaka juga turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan pertahanan alam seperti kedudukan pentadbiran Melaka yang terletak di Hulu Melaka menyebabkan sebarang serangan ke atas Kota Melaka memberi ruang untuk para petinggi negara untuk mengundurkan diri.

Kelebihan yang ada pada negeri Melaka ini telah diamati dan difahami oleh seorang putera dari Keraton Srivijaya iaitu Parameswara (1344-1414). Oleh itu, tidak hairanlah jikalau Parameswara mempunyai karismatik dan pengikutnya yang setia yang terdiri daripada pembesarnya dan Orang Laut yang telah bersetia kepadanya. Parameswara pada awalnya ingin mengembalikan kejayaan kerajaan pendahulunya yang pada ketika itu semakin terhakis kerana kekalahan telak pada kerajaan Majapahit. Parameswara kemudiannya mengadakan beberapa siri penentangan terhadap Majapahit. Namun, penentangan ini masih lagi tidak dapat mengatasi kekuasaan Majapahit.

Menurut sumber Tome Pires, Parameswara kemudiannya berundur ke Temasek (Singapura kini) untuk menaklukinya dan mendirikan kerajaannya di sana. Namun, Temasek pada ketika itu sudahpun berada di bawah jajahan Siam. Temagi (1390) telah memerintah Temasek sebagai “viceroy” kepada kerajaan Siam. Parameswara kemudiannya menyingkirkan Temagi daripada gabenor dan melantik dirinya sebagai penguasa di Temasik. Penyingkiran ini sampai ke pengetahuan Siam. Siam kemudiannya mengancam untuk menyingkirkan Parameswara dari Temasek. Maka, bermulalah pengunduran kedua Parameswara dan kemudiannya berakhir di Melaka.

Menurut sumber yang lain, iaitu Sulalatus Salatin, merekodkan bahawa Iskandar Syah (Parameswara) sendiri adalah rajanya Temasek. Suatu ketika, Iskandar Syah telah menghukum seorang dayang Istana yang kebetulan bapanya merupakan seorang pembesar Istana Iskandar Syah iaitu Rajuna Tapa. Rajuna Tapa kemudiannya bersubahat dengan kuasa Majapahit menyebabkan Temasek telah jatuh ke tangan Majapahit dan Iskandar Syah terpaksa berundur ke Muar dan berakhir di Melaka.

Maka disinilah bermulanya lagenda negeri Melaka iaitu, kisah pelanduk yang menendang anjing yang menjadi asas kepada nama dan pembentukan bandar di negeri Melaka ini.Parameswara kemudiannya membangun pemerintahan di sana dan menjadikan Melaka sebagai sebuah negara kota yang menerima perdagangan daripada seluruh dunia pada ketika itu. Bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa “lingua franca” ataupun bahasa pertuturan antarabangsa yang menjadi bahasa yang rasmi digunakan di rantau Nusantara ini pada ketika itu.

Menjelang zaman kemuncaknya, Melaka telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara China atas tujuan perdagangan. China telah dikatakan akan membenarkan pedagangnya untuk berdagang hanya di tempat di bawah naungannya semata mata. Kemuncak diplomasi antara Melaka-China ini berlaku pada tahun 1405 pada era Parameswara/Iskandar Syah (1400 – 1414) yang menerima lawatan diplomat China iaitu, Ying Chin bagi mengukuhkan hubungan China-Melaka.

Pengakuan yang diberi oleh China ini hanyalah sekadar pengiktirafan “de jure” iaitu bebas dan tidak bersifat “de facto” iaitu menyeluruh. Impak daripada hubungan inilah yang mengukuhkan lagi pengaruh dan kekuasaan Negeri Melaka sebagai sebuah negara yang berdaulat dan sebuah “super power” pada ketika itu.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Konservatif | Nasionalis | Pencinta 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗨𝘁𝗵𝗺𝗮𝗻𝗶𝘆𝘆𝗮𝗵 dan 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺

Comments are closed.