Pada hari ini, ia adalah makanan ruji dan sumber nutrien penting hampir di seluruh dunia. Kentang adalah tanaman keempat terpenting dunia selepas beras, gandum dan jagung dan satu-satunya bukan daripada jenis bijirin.
Bukti arkeologi menunjukkan bahawa kentang pertama kali ditanam oleh orang asli di pergunungan Andes lebih 7,000 tahun dahulu. Penanaman awal spesies kentang liar di kawasan altitud tinggi ini menandakan permulaan hubungan yang mendalam antara budaya Andes dan kentang.
Masyarakat Andes purba, termasuk Empayar Inca, bukan sahaja memakan kentang sebagai sebahagian diet utama mereka tetapi juga menggunakannya dalam upacara keagamaan dan sebagai ukuran masa.
Keadaan iklim Andes yang pelbagai, dari teres gunung yang sejuk hingga ke lembah yang lebih panas, membolehkan penanaman pelbagai jenis kentang yang menakjubkan.
Selama berabad-abad, petani asli ini membangunkan teknik pertanian, termasuk pengeringan beku yang membenarkan penyimpanan jangka panjang kentang dan membantu untuk kekalkan sumber kentang ketika musim sejuk melanda.
Kedatangan penakluk Sepanyol pada abad ke-16 menandakan babak baru dalam sejarah kentang. Awalnya, ia dibawa pulang ke Eropah lantaran rasa ingin tahu orang Sepanyol terhadap tanaman ini.
Namun, orang Eropah ketika itu berprasangka dengan kentang, dengan sesetengah orang Eropah percaya ia beracun. Walau bagaimanapun, keupayaannya untuk tumbuh dalam keadaan tanah yang buruk dan menghasilkan hasil tanaman berkalori tinggi telah menghapuskan keraguan mereka.
Pada abad ke-18 kentang menjadi makanan ruji di banyak negara Eropah, sekaligus mengubah tabiat pemakanan masyarakat. Ketika tanaman bijirin banyak berhadapan dengan kegagalan, kentang menjadi pengganti yang setara buat bijirin.
Adanya kentang, ia telah menyumbang kepada ledakan populasi di beberapa negara Eropah dan membantu mengurangkan kesan kebuluran. Kehadiran kentang dalam pertanian Eropah mempunyai kesan yang meluas.
Di Ireland contohnya, kentang menjadi makanan ruji utama bagi kebanyakan penduduk. Walau bagaimanapun, ketika pertengahan abad ke-19, apabila penyakit hawar kentang (Phytophthora infestans), ia telah menyebabkan kebuluran besar bagi masyarakat Eropah.
Selepas diperkenalkan di Eropah, kentang menjadi bahan asas dalam banyak masakan mereka. Orang Perancis, yang terkenal dengan seni masakan mereka, mencipta hidangan klasik seperti ‘gratin dauphinois’ yang berkrim dan ‘pommes Anna.’ Orang Jerman menjadikan kentang sebagai bahan utama dalam hidangan lazat mereka, seperti ‘kartoffelsalat’ (salad kentang) dan ‘bratkartoffeln’ (kentang goreng).
Hari ini, kentang terus menjadi komponen penting dalam situasi sekuriti makanan global dan tanaman utama dalam memerangi kebuluran dan kemiskinan.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih