Dulu kalau rindu seseorang yang dah pergi selamanya, paling kuat pun kita tengok gambar atau video lama dia.
Tapi sekarang dengan kecanggihan kecerdasan buatan (AI), kita boleh buat lebih daripada itu.
Teknologi Generative AI membolehkan kita ‘menghidupkan’ kembali wajah seseorang yang telah meninggal dunia, malah boleh membuatkan mereka seolah-olah bercakap dan bergerak.
Bunyi macam sains fiksyen, tapi ini realiti. Soalnya sekarang, bolehkah AI digunakan untuk menghidupkan semula imej orang yang dah meninggal dunia? Dari sudut Islam, apa hukumnya?
[Trend AI ‘Hidupkan’ Orang Mati]
Sekarang ini, banyak aplikasi yang boleh ambil gambar statik seseorang dan menjadikannya bergerak seperti senyum, berkedip atau bercakap.
Ada yang gunakan untuk suka-suka, ada yang buat sebagai cara untuk melepaskan rindu kepada insan tersayang yang telah pergi.
Tapi dalam Islam, hukum melukis atau menghasilkan imej makhluk bernyawa bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan. Sebab itu kita kena faham dulu perspektif Islam dalam hal ini.
[Apa Kata Islam Tentang Buat Imej Orang Mati?]
Mufti Wilayah Persekutuan dalam laman web rasmi mereka menjelaskan bahawa hukum menghasilkan imej orang yang sudah meninggal dunia menggunakan AI adalah sama seperti hukum melukis gambar.
Melukis benda yang tak bernyawa seperti pokok atau gunung adalah harus dan tiada perselisihan dalam kalangan ulama.
Tapi melukis makhluk hidup yang sempurna seperti manusia dan haiwan adalah haram menurut majoriti ulama.
Dalam hadis, Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya mereka yang membuat gambar ini akan diazab pada hari kiamat seraya diseru, ‘Hidupkan apa yang kalian buat.’”
(Riwayat al-Bukhari)
Ada lagi satu hadis yang menyebut:
“Manusia yang paling pedih azabnya pada hari kiamat adalah orang yang berusaha menyaingi ciptaan Allah.”
(Riwayat al-Bukhari)
Jadi, ulama berpendapat bahawa menghasilkan imej sempurna manusia atau haiwan adalah dilarang kerana ia boleh dianggap sebagai meniru ciptaan Allah.
[Ada Ke Cara Yang Dibenarkan?]
Berdasarkan fatwa yang dikeluarkan, ada beberapa syarat jika seseorang tetap mahu menghasilkan imej orang mati menggunakan AI.
Pertama, gambar tidak boleh sempurna, maksudnya kalau nak buat, pastikan ada anggota tubuh yang tidak lengkap.
Kedua, gambar yang dihasilkan tidak boleh mempamerkan aurat dan mesti patuh kepada hukum syarak.
Ketiga, imej tersebut tidak boleh mengaibkan si mati atau menjatuhkan maruah mereka.
Keempat, tidak boleh menjadikan imej itu bergerak kerana menjadikan seseorang seolah-olah bercakap selepas mati boleh mencetuskan kekeliruan dan fitnah.
Akhir sekali, imej yang dihasilkan mesti ada tujuan yang baik, seperti untuk pendidikan atau sejarah, bukan sekadar hiburan atau content TikTok.
[Pendapat Ulama Tentang Gambar Digital & AI]
Ada perbezaan pendapat dalam kalangan ulama moden. Syeikh Yusuf al-Qaradawi menyatakan bahawa gambar digital manusia tidak termasuk dalam larangan keras dalam hadis.
Hukum haram terpakai kalau imej digunakan untuk disembah, menggambarkan para Nabi, malaikat, atau untuk menyaingi ciptaan Allah.
Namun, jika ia tidak ada unsur penghinaan, fitnah, atau digunakan untuk tujuan pendidikan, maka ia tidak dianggap haram.
[Jadi, Boleh Ke Tak?]
Kalau nak ikut pendapat mazhab Syafie, menghasilkan imej makhluk hidup adalah haram secara mutlak.
Tapi kalau kita tengok pendapat ulama kontemporari, penggunaan AI boleh dibenarkan dengan syarat tertentu.
Namun, trend “menghidupkan” semula orang yang dah mati dengan AI untuk content media sosial boleh jadi satu bentuk eksploitasi dan tidak wajar.
Lebih baik kita gunakan teknologi ini dengan berhati-hati dan berpandukan hukum Islam.
Dunia teknologi makin berkembang, dan AI bukan benda main-main. Memang seronok dapat “bertemu” kembali dengan orang yang dah tiada, tapi kita kena ingat batasan agama. Jangan kerana nak ikut trend, kita terlupa tentang hukum hakam.
Kalau rindu orang yang dah pergi, cara terbaik adalah dengan mendoakan mereka, sedekahkan Al-Fatihah dan pahala amalan baik, serta mengenang memori mereka dengan cara yang tidak bercanggah dengan syariat.
Jangan sampai teknologi buat kita tersasar daripada jalan yang betul. AI itu alat, kita yang tentukan bagaimana nak guna AI tu dengan ilmu dan iman.
___
Makin lama teknologi AI ini semakin menakutkan. Nak tahu perkembangan teknologi ini masa kini? Terokai dunia AI ini dalam Buku AI UNTUK PEMULA terbitan The Patriots.
Dapatkan segera di Shopee The Patriots:
https://s.shopee.com.my/6AW5o2XSZ2
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih