Tengok belakang anda, ada ekor yang bercantum? Jika tiada, anda masih manusia lagi. Mungkin ada dalam kalangan kita seronok jika manusia juga mempunyai ekor macam Goku dari anime Dragon Ball bersiri, namun pengkaji berpendapat bahawa manusia lebih baik tanpa ekornya.

Mengapa manusia tanpa ekor adalah lebih baik?

Sebelum kita lahir, kita mempunyai ekor dalam kandungan ibu ketika usia kandungannya selama 6 minggu. Kehadiran ekor adalam sebahagian dari perkembangan manusia dalam kandungan. Awalnya ekor kita mempunya sedozen tulang vertebrae sehingga sebahagiannya diserap ke dalam tubuh. Baki ekor yang tertinggal kemudian dipanggil sebagai tulang coccyx.

Tetapi alam memerlukan kepelbagaian, atau Tuhan sentiasa tunjukkan kuasaNya kepada manusia (bagi yang beragama), maka ada sesetengah manusia lahir dengan ekornya masih bercantum. Namun ekor ini hanya terdiri dari otot dan saluran darah yang pastikan ekor sihat, kecuali tulang saja yang diserap masuk dalam badan.

Walau bagaimanapun, sukar untuk kita temui seseorang yang mempunyai ekor kerana hanya kurang sedozen saja manusia ini wujud di muka bumi. Biasanya ekor akan dibuang dalam pembedahan sebaik saja dilahirkan kerana pada abad ini ekor lansung tiada fungsi untuk kemandirian manusia.

66 juta tahun dahulu, selepas hentaman meteor yang membinasakan dunia dinosaur, mamalia kecil berupa primat (kumpulan beruk) munculkan diri. Seperti monyet, lemur, dan tarsier, mamalia kecil ini mempunyai ekor yang panjang untuk seimbangkan diri apabila memanjat pokok.

Jemput beli buku terbaru keluaran Patriots Publishing di http://bit.ly/PraTempah

Adaptasi demi adaptasi, ekor mamalia kemudian mempunyai fungsi baharu, iaitu bertugas sebagai ‘tangan ketiga’. Fungsi ini memudahkan mamalia untuk bergayut atas pokok dan menggenggam sesuatu jika kedua-dua tangan sibuk memanjat. Ia amat memudahkan sehinggalah pada 20 juta tahun dahulu wujud kumpulan primat tanpa ekor seperti gorila, chimpanzi, orang utan, makhluk berupa manusia, dan manusia sendiri.

Terdapat kajian ke atas kehilangan ekor primat menunjukkan wujud kod genetik bernama Jujukan Alu ‘melompat masuk’ ke dalam gen yang mewujudkan ciri ekor, sehingga mengganggu keupayaan menghasilkan ekor.

Kajian ini dilakukan oleh pelajar dari New York University bernama Bo Xia. Beliau mengkaji ke atas sel stem bagi memenuhi tujuan kajian ini. Xia bandingkan gen dari 6 spesis beruk dan gen dari 9 spesis monyet berekor bagi mencari sebarang mutasi yang menyebabkan beberapa spesis primat dan manusia ketiadaan ekor.

Pada mulanya, Xia menemui gen bernama Faktor Transkrip T-box T atau TBXT. Sedekad lalu, pengkaji genetik Rusia bernama Nadezhda Dobrovolskaya-Zavadskaya telah lakukan kajian ke atas tikus makmal dan menemui mutasi ke atas TBXT menyebabkan tikus makmal mengalami kependekan ekor. Xia kemudian mencari jika ada unsur Jujukan Alu di dalam TBXT.

Xia tidak menemui apa yang dia cari namun menemui 2 ‘gen melompat’ di sekitar TBXT. Inilah 2 gen yang mengganggu jujukan TBXT yang mempunyai ciri berekor, sehingga wujud kumpulan primat tanpa ekor. Namun ‘kerosakan gen’ ini memberi kelebihan bahawa kumpulan ini (termasuk manusia) mudah untuk duduk dan berdiri dengan dua kaki tanpa masalah. Pengkaji termasuk Xia masih tidak mengetahui mengapa ‘kerosakan gen’ ini boleh berlaku.

Berbalik kepada persoalan utama. Jika manusia mempunyai ekor, badan haruslah ‘berubah’. Kena ingat fungsi utama ekor, iaitu mengimbangkan diri apabila memanjat. Kalau mahukan ekor, perlu ada otot tambahan untuk menyokong ekor dan pinggul harus memainkan peranan supaya ekor tetap berfungsi. Ertinya, kalau nak menetap terus di atas pokok seumur hidup, ekor sememangnya diperlukan.

Jemput beli buku imprint Fiksyen The Patriots di http://bit.ly/PraTempah

Namun beruk tidak perlukan ekor. Seperti gorila, tubuh badannya besar akibat mempunyai otot yang besar dan kuat di bahagian belakang badan dan pinggul. Ini memudahkan gorila untuk menanggung berat badan apabila melompat. Hanya perlukan otot yang besar ini ia mampu melompat tanpa ekor.

Kelebihan manusia jika tidak mempunyai ekor adalah otot ekor dalam tubuh boleh memberi sokongan kepada organ-organ dalam abdomen seperti organ penghadaman dan pundi kencing. Di sinilah kita mampu berdiri dengan dua belah kaki tanpa masalah dan bersyukurlah jika kita boleh menahan kencing atau berak jika berada dalam situasi yang tidak kita jangka.

Inilah faktor-faktor yang mendorong mengapa manusia dan primat lain lebih baik tanpa ekor. Mungkin kita tidak akan berevolusi atau tidak wujud tamadun-tamadun yang nenek moyang bina jika kita masih gunakan ekor.

RUJUKAN:

What if Humans Had Kept Their Tails? Science Alert. Published on 9 January 2022.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply