Apabila kita melihat kesan le.tu.san gunung berapi seperti di Pompeii, Pulau Jawa mahupun Hawaii, kita tahu potensinya sebagai salah satu bencana alam. Di sebalik kesan kemu.sn.ahan terhadap hidupan dan kawasan persekitarannya, le.tu.san gunung berapi sebenarnya memberi sumbangan besar kepada kesuburan tanah dan kemunculan hidupan baru.
Tidak ramai tahu lebih 80% batu-batan dunia dihasilkan oleh gunung-gunung berapi baik di daratan mahupun di dasar laut. Batu-batan ini menjadi batu asas kepada pembentukan penara, gunung-ganang dan pulau-pulau.
Setiap le.tu.san gunung berapi membawa keluar nutrien sebelum ia disebarkan melalui batu dan abu le.tu.san. Apabila ia mendarat di tanah dan menjadi sejuk, ia menambahbaik kualiti kesuburan tanah, Nutrien-nutrien ini kemudiannya tersebar menerusi kombinasi air, angin dan mikrob sekaligus menukar kawasan tanah gunung berapi kepada kawasan hijau yang kaya dengan hidupan.
Tetapi hidupan kawasan ini tidak hanya wujud di kawasan permukaan. Malah, koloni-koloni mikrob dikesan hidup di lubang-lubang yang dipanggil tiub lava. Ia terhasil apabila aliran lava yang mengalir menjadi sejuk atau dialihkan daripada laluan ia mengalir. Tiub-tiub ini mungkin kosong pada mata kasar tetapi ia sebenarnya kaya dengan hidupan mikro.
Menurut pakar astrobiologi Jenn Blank dari Pusat Penyelidikan Ames, NASA, sesetengah koloni boleh dilihat dengan mata kasar. Tetapi jika lampu ultraungu disuluh dalam lubang bawah tanah sebegini, ia sebenarnya jauh lebih banyak daripada apa yang dilihat dengan mata kasar. Bila disuluh, koloni mikrob menonjolkan warna berbeza seperti biru, hijau dan oren.
Batu lava yang sejuk pada awalnya tidak mempunyai sebarang tanda kehidupan. Dengan suhu ia keluar dari bumi dengan suhu melebihi 2,000° Fahrenheit, ia terlalu panas untuk hidupan hidup pada batuan sebegini. Walaupun batu-batan ini kaya dengan mineral seperti magnesium, kalsium dan besi, ia masih memerlukan elemen lain seperti nitrogen untuk menarik hidupan berada pada batu-batan ini.
Ini mendorong mikrob yang berada pada batuan sebegini menjadi lebih kreatif. Dengan mengambil nitrogen dari udara, ia menukar gas berkenaan kepada bentuk lain sekaligus mudah dimanfaatkan oleh organisma lain dan membuka jalan kepada ketibaan lebih banyak organisma.
Sementara abu dan batu mula mengalami proses pemecahan melalui perubahan kimia yang berlaku kepada besi yang terkandung di dalamnya. Salah satunya ialah besi di mana selepas mengalami perubahan kimia, ia bertukar menjadi besi oksida atau karat. Air dan angin memainkan sebahagian peranan perubahan fizikal dan kimia kepada logam-logam dalam batu.
Pada masa sama, mikrob juga berupaya menukar logam-logam yang terkandung di dalamnya. Peranan hebat mikrob ini menurut Jeffrey Marlow dari Universiti Boston sama seperti seorang pelukis yang menghasilkan mahakaryanya.
Kunci kepada perubahan ini ialah perubahan pantas kaca gunung berapi yang terbentuk selepas lava cepat menyejuk. Bahagian ini membentuk komponen abu dan sebahagian batu-batan yang terhasil daripada le.tu.san gunung berapi. Tetapi perubahan warna dan bentuk tanah gunung berapi dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti suhu, kandungan air dan jenis tumbuhan yang wujud.
Contohnya, tanah berwarna merah boleh dijumpai di mana tanahnya kering dan tidak mengandungi banyak tumbuhan. Sementara persekitaran yang sejuk dan basah serta kaya dengan tumbuhan hijau menunjukkan ia kaya dengan bahan organik. Bahan ini menukar warna tanah kepada kuning atau coklat. Proses luluhawa ini menarik hidupan lebih besar bermula dengan alga dan fungus hidup yang dapat bertahan dalam persekitaran ekstrem lebih baik daripada tumbuhan.
Dua organisma ini menghasilkan asid yang membantu proses pemecahan batu sekaligus membuka ruang kepada kemunculan hidupan-hidupan lain. Apa yang bermula sebagai pulau dan kawasan kecil bertukar menjadi syurga hijau buat hidupan liar.
Le.tu.san gunung berapi merupakan contoh terbaik bagaimana geologi dan hidupan membentuk planet seperti yang kita ketahui hari ini. Ini juga merupakan petunjuk penting yang boleh digunakan pengkaji astronomi yang mencari kehidupan di planet-planet selain bumi. Apa yang disaksikan di bumi tidak mustahil berlaku di planet-planet lain.
RUJUKAN:
Wei-Haas, M. (2021, 30 November). How volcanic er.up.tions help nourish the world. National Geographic.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih