Sekumpulan saintis memberi amaran hutan hujan Amazon bakal bertukar menjadi savana kering dalam tempoh lima tahun sekiranya aktiviti pembalakan di hutan tersebut tidak dihentikan. Menurut penyelidik kanan perubahan iklim dari Institut Penyelidikan Angkasa Lepas Kebangsaan Brazil, Luciana Gatti, ia merupakan satu senario menakutkan yang patut diambil serius.

Gatti merupakan sebahagian daripada 200 orang pakar iklim yang diminta memberi pandangan tentang situasi di Amazon ketika ini. Dan berdasarkan laporan penilaian situasi yang dibentangkan pada bulan lepas, prognosis Amazon kelihatan buruk.

Dalam laporan berkenaan, terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada kemerosotan hutan hujan Amazon. Ini termasuk kenaikan suhu akibat perubahan iklim dan aktiviti pembalakan yang berleluasa di Brazil – lokasi di mana terletaknya sebahagian hutan Amazon. Menurut seorang saintis, aktiviti pembalakan sebanyak 20-25% sudah cukup untuk menjadikan sesebuah kawasan hutan mengalami proses pemanasan seperti dialami Amazon.

Ia dilihat resepi sempurna untuk proses penukaran savana. Proses ini ialah proses di mana kawasan hutan mula mengering selepas hujan mula berkurangan. Apabila itu berlaku, kawasan hutan bertukar menjadi kawasan savana rumput yang kering dan tandus.

Prognosis untuk Amazon kelihatan teruk tetapi itu tidak bermakna proses tersebut tidak boleh dihentikan. Ahli biologi Mercedes Bustamante dari Universiti Brasilia berpandangan ia boleh dihentikan dengan menghentikan semua bentuk aktiviti pembalakan serta-merta. Selepas itu, proses penanaman berskala besar perlu dilaksanakan bagi memulihkan semula kelestarian hutan hujan tersebut.

RUJUKAN

The Byte. (2021, 8 Disember). Amazon Rainforest On The Verge Of Becoming A Dry Savannah, Scientists Say. Futurism.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.