Kajian baru mendapati manusia dahulu berkomunikasi menggunakan isyarat tangan berbanding suara setelah mendapati sukarelawan yang menyertai kajian ini diberi tugas menafsirkan sesuatu ayat dengan hanya mendengus dan isyarat tangan.

Kajian yang kemudian diterbitkan dalam laman web akademik bernama ‘Proceedings of the Royal Society B’ ialah kajian yang dilaksanakan oleh para pengkaji dari University of Western Australia.

Pengkaji akan memberikan tugas kepada sukarelawan untuk beritahu sesuatu kata atau ayat dengan hanya mendengus kepada sukarelawan lain. Kemudian menggunakan isyarat tangan. Di akhir kajian, isyarat tangan menjadi dominan dalam komunikasi tanpa bersuara dalam kalangan sukarelawan. Selain Australia, orang Vanuatu juga diberi tugas sedemikian dan keputusannya sama seperti keputusan asal.

 

Graf menunjukkan perlaksanaan komunikasi menggunakan isyarat tangan dan mendengus bagi sukarelawan Australia dan Vanuatu.

Pengkaji Australia kemudian memikirkan apakah cara komunikasi terbaik yang pernah digunakan di seluruh dunia. Mereka mendapati bahawa hampir seluruh manusia menggunakan isyarat tangan apabila berkomunikasi, terutamanya mereka yang cacat penglihatan dan pendengaran, isyarat tangan seperti ‘komunikasi kedua’ selain bercakap.

Dalam kajian yang dilaksanakan pada tahun 2015 oleh pengkaji dari University of Liverpool and St Andrews, mereka mendakwa bahawa manusia memulakan komunikasi secara kompleks bermula dari sekitar 2.5 hingga 1.8 juta tahun dahulu. Nenek moyang manusia Afrika ketika itu membincangkan tentang pertukangan alatan DIY mereka. Inilah titik permulaan manusia mula mampu bercakap.

Pengkaji Australia juga mendapati bahawa bahasa dicipta menggunakan bahasa isyarat. bukannya mendengus. Kajian Australia ini diteruskan dengan melibatkan sukarelawan yang terdiri dari 30 orang dari Australia dan 30 orang dari Vanuatu.

Kesemua sukarelawan bermain dengan memberitahu pasangan sukarelawan lain menyebut susuatu kata dengan bersuara. Kemudian, permainan ini berubah dengan memberitahu dengan hanya mendengus dan isyarat tangan. Keputusannya, isyarat tangan ialah cara komunikasi yang ramai sukarelawan gunakan.

Kajian ini dteruskan terhadap sukarelawan yang cacat penglihatan dan keputusannya seperti sukarelawan lain iaitu isyarat tangan memainkan peranan dalam berkomunikasi. Dari kajian inilah saintis percaya bahawa isyarat tangan menjadi komunikasi pendahulu dalam kalangan manusia prasejarah kerana ia mudah difahami dan diingati berbanding mendengus. Dari sinilah saintis percaya bahawa isyarat tangan mewujudkan bahasa.

RUJUKAN:

Cowie, Ashley. 17 March 2022. Prehistoric Humans Didn’t Grunt Their Ideas – They Used Hand Gestures. Ancient Origins.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply