Seorang tukang kayu dari Billund, Denmark yang bernama Ole Kirk Christiansen, mula membuat mainan kayu pada 1932. Dan, itulah permulaan sebuah empayar permainan blok yang digemari ramai pada hari ini.
Walau bagaimanapun, perniagaan mainan kayu itu tidak begitu menguntungkan, dan Christiansen sering kali menukar mainannya untuk membeli makanan. Anak lelakinya Godtfred mula bekerja untuknya pada masa ini, dan kedua-duanya bergelut sepanjang awal 30-an.
Pada tahun 1934, dia menamakan syarikatnya “Lego,” yang berasal daripada perkataan Denmark ‘leg godt’ yang bermaksud ‘play well’ atau ‘bermain dengan baik.’
Pada tahun 1947, Christiansen membeli sebuah mesin acuan plastik. Pada tahun yang sama, dia memperoleh bongkah plastik yang dibuat oleh sebuah syarikat British bernama Kiddicraft.
“Bongkah Pengunci Sendiri Kiddicraft” telah dipatenkan pada tahun 1939. Namun begitu, Syarikat Lego mula mengeluarkan versi mereka sendiri, yang mereka namakan sebagai “Bongkah Pengikat Automatik.” Pada tahun 1953, ia dinamakan semula sebagai “Bongkah Lego.”
Dalam dunia mainan ketika itu, plastik adalah komponen tambahan yang baharu, kerana ramai pelanggan lebih gemarkan kayu atau logam. Lego bergelut untuk membina jenamanya sendiri dan tetap bertahan dengan idea menggunakan bongkah plastik.
Tahun 1958, Ole Kirk Christiansen meninggal dunia, dan anaknya mewarisi kepimpinan syarikat. Sejarah Lego memasuki era baru. Sepanjang tahun 60-an, Lego melalui perkembangan pesat dalam perniagaan permainan yang mereka hasilkan.
Pada tahun 1966, sistem kereta api Lego telah diperkenalkan, dan pada tahun 1968, taman tema Lego pertama telah dibuka. Taman tema Legoland di Billund menjadi satu kejayaan besar.
Taman ini akhirnya berkembang menjadi lebih 24 ekar dalam tempoh dua dekad seterusnya. Taman itu merangsang perniagaan pada skala besar (atau miniatur), dan pada tahun 1968, lebih daripada 18 juta unit telah dijual.
Hari ini, Lego diterajui oleh Niels B Christiansen, yang memegang jawatan CEO sejak tahun 2017. Banyak inovasi serta pendekatan baharu yang diperkenalkan oleh beliau dalam menaikkan semula imej jenama Lego untuk bersaing dengan jenama mainan yang lain.
Ketika Niels mula-mula menyertai Lego, ramai mempersoalkan corak kepimpinan yang akan dibawanya. Dan inilah jawapan yang diberi oleh Niels buat mereka yang meraguinya:
“Anda boleh membawa momentum ke dalam organisasi dengan berpegang pada kata-kata anda dan tidak menyebut perkara-perkara yang tak mungkin berlaku dalam realiti, kerana ia boleh memberi kesan kepada inisiatif baharu yang anda ingin perkenalkan.”
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih