Maaf jika tajuk agak mengelirukan. Tapi ini benar. Di Korea, ada satu pertandingan tahunan yang dinamakan sebagai Pertandingan Untuk Termenung, khusus untuk para pesertanya termenung dan tak berbuat apa-apa.

 

Jadi, apa sebenarnya tujuan pertandingan ini?

 

Tahun lalu (2024) adalah tahun ke-10 pertandingan ini diadakan di Korea Selatan. Untuk meraikan sambutan ulang tahun ke-10 ini, acara tahun ini telah diperluaskan untuk memasukkan 10 pasukan tambahan.

 

Sebanyak 77 pasukan, dengan 117 individu, telah mengambil bahagian dalam pertandingan yang bertujuan untuk termenung dan bersantai, yang diadakan di Jambatan Jamsu di Taman Banpo Hangang.

 

Peraturannya mudah sahaja, peserta hanya perlu berdiam diri selama 90 minit. Dan, mereka tidak boleh membelek telefon, mengangguk, tidur, ketawa, berbual, menyanyi, menari, atau mengambil apa-apa selain air yang disediakan. Jika mereka melakukan ini, maka mereka akan hilang kelayakan.

 

Setiap 15 minit, kadar jantung peserta diperiksa; mereka yang mempunyai kadar denyutan jantung yang lebih stabil atau menurun menerima markah yang lebih tinggi. Sementara itu, penonton mengundi peserta berdasarkan daya tarikan visual keadaan mereka. Pemenang dipilih daripada 10 yang teratas, berdasarkan skor denyutan jantung mereka.

 

Woopsyang, nama samaran untuk artis visual di sebalik pertandingan ini, menjelaskan motivasinya untuk mencipta acara itu, adalah untuk menyerlahkan nilai “tidak berbuat apa-apa” dalam masyarakat yang sibuk pada hari ini.

 

Menurutnya, ramai orang hari ini asyik terpaku dengan telefon masing-masing  dari pagi hingga malam. Jadi, tujuannya mengadakan pertandingan sebegini adalah untuk orang ramai berhenti seketika, merenung dan termenung untuk berehat daripada sebarang aktiviti.

 

Mengimbas kembali pengalamannya sendiri dengan keletihan sebagai artis visual kira-kira 10 tahun lalu, dia berkata dia masih ingat kebimbangan yang dia rasakan apabila membiarkan dirinya tidak mengatasi keadaan keletihan ketika itu.

 

Kemudian dia sedar bahawa ramai individu di sekelilingnya sedang bergelut dan terlalu banyak bekerja. Oleh itu, dia memikirkan idea untuk mewujudkan ruang untuk orang ramai menghentikan seketika rutin sibuk mereka dan hanya “mengelamun”.

 

Peserta yang hadir adalah daripada pelbagai golongan dan profesion seperti juruteknik penerbangan dan bomba, memakai pakaian seragam yang mencerminkan pekerjaan masing-masing semasa pertandingan.

 

Pertandingan bermula dengan bunyi wisel, para peserta mula menumpukan perhatian yang mendalam, masing-masing mengelamun dengan cara mereka sendiri. Peserta dibenarkan untuk memberi isyarat meminta air atau diurut, atau menyampaikan sebarang ketidakselesaan, dengan menggunakan kad berwarna.

 

Mungkin, inilah caranya yang boleh juga kita lakukan untuk mengelakkan orang ramai daripada terlalu asyik dengan telefon masing-masing pada hari ini. Anda rasa ini pelik? Mungkin tidak.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Anak Terengganu yang bercita-cita untuk menjadi food historian, dan memasang impian untuk mengeluarkan buku mengenai kesemua makanan warisan di Malaysia. Memiliki PhD dalam bidang Sains Makanan & Pemakanan. Sukakan muzik, drama dan filem, tetapi nyata rasanya lebih kepada penulisan. Seorang ghostwriter, penyunting dan penterjemah sambilan. Bidang penulisan yang diminati; pemakanan, sains makanan, gastronomi, sejarah dan eksplorasi karya (drama dan filem).

Comments are closed.