Kalau korang biasa bukak PC, mesti perasan banyak komponen elektronik macam prosesor Intel dan AMD ditulis “Made in Malaysia”.

 

Malah chipset untuk Xbox Series X pun dibuat di Malaysia!

 

Kadang-kadang mesti rasa bangga. Tapi macam mana boleh jadi macam ni?

 

Sektor ekonomi Malaysia setelah merdeka lebih kearah perlombongan dan pertanian mengikut acuan yang sama sebelum merdeka.

 

Pada tahun 1970-an, Malaysia mula meniru ekonomi empat Harimau Asia (Korea Selatan, Taiwan, Hong Kong, dan Singapura) dan beralih daripada bergantung sepenuhnya kepada perlombongan dan pertanian kepada ekonomi yang lebih bergantung kepada pembuatan.

 

Sejak tahun 1980-an sektor perindustrian telah meningkatkan pertumbuhan ekonomi Malaysia. Tahap pelaburan yang tinggi memainkan peranan penting dalam hal ini.

 

Maka melihatkan pelaburan yang menguntungkan di Malaysia, syarikat-syarikat luar negara mula melabur di dalam Malaysia dan membuka kilang mereka sendiri untuk import dan eksport barangan.

 

Kita ambil contoh AMD dan Intel. Pada tahun 1972, kedua-dua Intel dan AMD membuka kilang pembuatan dan pemasangan di Pulau Pinang.

 

Situasi menang-menang untuk kedua-dua syarikat teknologi dan kerajaan Malaysia pada masa tu.

 

Syarikat-syarikat Amerika nak buat komponen elektronik mereka pada kos yang lebih rendah berbanding dengan mengeluarkannya di dalam Amerika sendiri, manakala kerajaan Malaysia pada masa tu nampak ni cara untuk tambah peluang pekerjaan untuk rakyat.

 

Malaysia mengeluarkan begitu banyak komponen elektronik sehingga tahun 1980, lebih satu pertiga daripada semua eksport perkilangan dari Malaysia adalah semikonduktor.

 

Pulau Pinang ialah tapak utama bagi semua syarikat ini sehingga dikenali sebagai ‘Silicon Valley’ Malaysia.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

___

 

Tahu tak korang, Malaysia ialah salah satu pengeksport terbesar komponen semikonduktor dan komponen elektrik di dunia? PSYCHOLOGY OF MONEY sedia untuk korang timba ilmu cara untuk jana ekonomi korang seperti Malaysia.

https://bit.ly/psychologyofmoneypatriots


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply