Terdapat banyak faktor mengapa manusia prasejarah Neanderthal mengalami kepupusan di Eropah sekitar 40,000 tahun yang lalu. Terdapat satu hipotesis menarik yang menyatakan ketidakupayaan spesies ini untuk menyesuaikan diri dengan memburu haiwan kecil seperti arnab. Hal ini berlaku apabila haiwan bersaiz besar seperti Gajah Mamot berkurangan, justeru membawa kepada faktor kepupusan kelompok ini kerana kekurangan keupayaan mereka yang tidak cekap memburu haiwan kecil itu.

Kajian khusus yang dijalankan oleh pasukan saintis dari universiti di Sepanyol dan United Kingdom memfokuskan kajian terhadap kepupusan Neanderthal di Semenanjung Iberia.

Ini berbeza dengan manusia moden yang berhijrah ke Semenanjung Iberia 42,000 hingga 45,000 tahun yang lalu yang lebih cerdas dan cekas dalam menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran.

Kepupusan Neandertal Di Iberia

Antara 160,000 dan 40,000 tahun yang lalu, Sebahagian besar populasi Neanderthal mendiami di Semenanjung Iberia di mana hari ini kawasan tersebut meliputi wilayah Sepanyol, Portugal dan Selatan Perancis. Dalam tempoh itu, Neandertal secara umumnya lebih menumpukan buruan haiwan yang lebih besar seperti Gajah Mamut dan Badak Sumbu sebagai makanan dan protein tambahan untuk meneruskan kelangsungkan hidup.

Walau bagaimanapun, pada fasa akhir tempoh itu, populasi haiwan buruan besar di Iberia mula menurun dengan ketara. Ini mungkin disebabkan oleh perubahan iklim atau daripada pemburuan yang berlebihan sehingga mendorong kepada kekurangan populasi haiwan mamalia yang lebih besar..Namun sebaliknya populasi arnab semakin bertambah dalam pada tempoh masa yang sama.

Tetapi bagi Homo-Sapiens dari kumpulan Pemburu-Pengumpul(hunter-gatherer) telah membuktikan manusia moden dapat membuat penyesuaian dengan keadaan sekeliling dengan cekap, melalui dapatan dan kajian fosil haiwan yang diambil dari tapak arkeologi di gua-gua di Sepanyol dan selatan Perancis menunjukkan bahawa Homo sapiens pernah memburu arnab sekitar 40,000 dan 30,000 tahun dahulu.

Arnab Penyebab Kepupusan Neandertal Di Iberia

Namun serpihan tulang haiwan yang ditemui di tapak arkeologi Neanderthal di Semenanjung Iberia lain pula ceritanya. Pemburuan arnab tidak pernah diamalkan oleh kelompok Neanderthal di Iberia.

Masalah ini menyebabkan Neandertal terus lenyap buat selama-lamanya di Semenanjung Iberia 40,000 – 30,000 tahun lalu akibat kebuluran.

Implikasi kenyataan ini ialah mereka yang tidak dapat menyesuaikan diri seperti  Neanderthal tidak mampu bertahan dalam jangka masa panjang.

Jika memang benar bahawa Neanderthal di Iberia menderita dan akhirnya mati kerana mereka tidak dapat memburu arnab untuk memenuhi kalori harian yang mencukupi, ia menimbulkan persoalan yang jelas; kenapa Neandertal tak belajar menyesuaikan diri untuk memburu arnab?

Para penyelidik yang terlibat dalam kajian pada tahun 2013 percaya punca masalah mereka bukan terletak pada keengganan untuk memburu arnab, tetapi ketidakupayaan untuk melakukannya.

Pemburu Neanderthal lebih banyak bergantung pada senjata lembing untuk memburu mamalia besar. Sasaran pada haiwan ini lebih tepat dan memudahkan mereka untuk memburu.

Haiwan Besar Adalah Tumpuan Utama Neandertal Untuk Memburu

Rekod arkeologi menunjukkan Neanderthal yang mendiami Iberia tidak bernasib baik. Walaupun manusia dari spesies homo-sapiens misalnya yang bersama-sama hidup di Iberia 30,000 hingga 40,000 tahun yang lalu dengan lancar dapat beralih kepada aktiviti memburu arnab apabila sumber protein haiwan lain hilang.

Neanderthal tidak mempunyai keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan perubahan persekitaran dengan cekap seperti manusia moden. Ini menunjukkan perbezaan kecerdasan dan juga menunjukkan bahawa manusia moden dan Neanderthal tidak mempunyai integrasi budaya(memburu) yang sama. Secara logiknya, boleh saja kelompok Neandertal belajar daripada Homo-Sapiens cara memburu arnab, malangnya itu tidak berlaku.

Perubahan iklim yang mendadak daripada sejuk kepada panas sekali lagi memberikan lebih tekanan kepada Neanderthal sepanjang 50,000 tahun  mereka di situ, lantas kelompok ini sering bergelut untuk meneruskan kelangsungan hidup dalam keadaan lebih rumit disebabkan oleh perubahan ini.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

“A bookstore is one of the only pieces of evidence we have that people are still thinking.” — Jerry Seinfeld

Leave A Reply