Rabu, 8 November 1939; si ayah meninggalkan pejabat dengan pi.stol semi-automatik .32-kaliber buatan Sepanyol tersisip di pinggang. Satu tabiat yang luar biasa kerana sebelum ini dia tidak pernah membawa sebarang senjata apabila ke mana-mana. Namun pada hari itu, dia bagaikan dapat menghidu geruh yang sedang menanti. Kereta jenis coupe buatan Lincoln dipandu keluar dari perkarangan Sportsman’s Park menuju ke destinasi yang hanya diketahui pemandunya sahaja.

Sejurus tiba di persimpangan Ogden dan Rockwell, sebuah kereta sedan menghampiri kereta mewah berwarna hitam itu dari arah belakang. Kedua-dua buah kereta berhenti di depan lampu isyarat dalam posisi bersebelahan di antara satu sama lain. Tanpa sebarang amaran, penumpang di kereta sebelah mengeluarkan pi.stol dan mengacukan tepat ke arah sasaran.

Legasi keberanian anak dan ayah. 3

Ba.ng! Ba.ng! Bertalu-talu te.mba.kan dilepaskan ke arah pemandu kereta Lincoln. Lelaki itu terbu.n.uh serta-merta tanpa sempat menggunakan p.istol yang dibawa. T.emba.kan tersebut mengakibatkan keretanya hilang kawalan lalu terbabas merempuh lampu jalan. Kereta yang membawa pemb.un.uh dan rakan subahat memecut laju, lesap seperti lipas kudung di celah-celah lorong bangunan.

Begitulah kesudahan riwayat seorang lelaki yang beberapa tahun sebelum itu tidak pernah khuatir akan keselamatan diri, kerana beliau adalah Edward Joseph O’hare atau ‘Easy Eddie’, peguam kesayangan Al Capone.

Di Chicago, siapa yang tidak kenal akan Al Capone, mafia yang hidup bagaikan raja hasil daripada kemewahan empayar d.a.dah, pe.rju.dian, pel.acur.an hinggalah penyeludupan. Al Capone juga tersohor dengan sikap tiada perikemanusiaan terhadap sesiapa yang cuba mengancam periuk nasinya. Ramai yang mati akibat kez.alim.an Al Capone apabila mereka cuba menyaingi perniagaan samseng itu atau membuat laporan tentang salah lakunya kepada pihak berkuasa. Namun setiap kali Al Capone diheret ke mahkamah, petualang itu dibebaskan daripada tuduhan walaupun mempunyai bukti kukuh.

Kehebatan Al Capone melepaskan diri daripada hukuman, tidak lain dan tidak bukan adalah dengan kelicikan Eddie yang mahir tentang selok-belok perundangan dan bijak memanipulasi kelemahan sistem sedia ada. Dia turut bertindak sebagai wakil Al Capone untuk merasuah hakim, juri, polis dan pelbagai individu supaya berpihak kepada mereka apabila diperlukan.

Bertahun-tahun Eddie bersekutu melindungi Al Capone dan kegiatan jenayahnya daripada diganggu gugat oleh sesiapa pun. Kejahatan Al Capone berleluasa seperti tiada penamat kerana didukung peguam seperti Eddie yang sanggup menjual prinsip demi habuan material. Sebagai tanda penghargaan, Al Capone membayar imbuhan lumayan di atas perkhidmatan cemerlang peguam peribadinya. Hubungan erat Eddie dengan Al Capone membolehkan Eddie menikmati kehidupan yang setaraf seperti Al Capone.

Keadaan berubah apabila Al Capone menghadapi pertuduhan lari daripada membayar cukai dan kerajaan Amerika Syarikat memerlukan saksi yang boleh membantu mereka untuk menyabitkan tuduhan. Kunci bagi menyabitkan Al Capone terhadap dakwaan adalah melalui rekod pendapatannya dan Eddie merupakan individu yang telah memecahkan kod rahsia yang digunakan dalam lejar akaun perniagaan Al Capone. Pada permulaan perbicaraan kes Al Capone, Eddie membocorkan maklumat bahawa Al Capone telah mengatur juri yang bakal menyokongnya.

Ekoran tip yang diterima, hakim menukar juri yang dimaksudkan kepada kes berlainan sebelum perbicaraan Al Capone bermula. Al Capone didapati bersalah dan dikenakan hukuman penjara selama 11 tahun di Penjara Alcatraz, tambahan 6 bulan penjara kerana kesalahan menghina mahkamah. Dia juga didenda sebanyak 50,000 dolar US dan dikenakan 7,692 dolar US sebagai kos mahkamah dengan tambahan 215,000 dolar US termasuk faedah bagi cukai yang tertangguh.

Seminggu sebelum Al Capone dibebaskan pada November 1939, Eddie menemui ajalnya walaupun tiada bukti dapat mengaitkan Al Capone dengan pemb.unu.han tersebut. Persoalan yang selalu dibincangkan oleh masyarakat ialah, apakah punca yang menyebabkan Eddie berpaling tadah? Banyak spekulasi mengatakan Eddie bersetuju menjadi saksi kerajaan menentang Al Capone adalah kerana anaknya. Walaupun Eddie seorang peguam bermoral rendah, beliau sangat sayangkan tiga orang anaknya terutama anak lelaki tunggal yang  bernama Edward.

Naluri kebapaan Eddie mahukan Edward yang mesra dengan nama timangan ‘Butch’ membesar di luar pengaruh kongsi gelap. Eddie juga mula merasa bertanggungjawab untuk meninggalkan tauladan serta nama baik kepada anak-anaknya. Beliau tidak mahu anak-anak dan cucu cicitnya dikenali sebagai keturunan peguam yang bersekongkol dengan penjenayah terkutuk.

Dalam masa yang sama, Butch berminat untuk melanjutkan pengajian ke Akademi Naval US Annapolis dan syarat kemasukan adalah perlu mendapat ‘lampu hijau’ daripada wakil pegawai kanan akademi di Kongres AS. Cita-cita anaknya bakal terhalang jika beliau terus bekerja dengan Al Capone, kerana Eddie telah termasuk dalam senarai individu di bawah pemerhatian kerajaan.

Bila-bila masa sahaja Eddie boleh ditangkap dan didakwa atas penglibatannya dengan pelbagai aktiviti haram Al Capone. Lalu, Eddie menghubungi wartawan bernama John Rogers yang mengaturkan pertemuan dengan pendakwaraya, jabatan cukai AS iaitu Internal Revenue Service (IRS) dan Kongres AS bagi membuat rancangan menangkap Al Capone. Maka termaktublah dalam lembaran sejarah Amerika Syarikat, tumpasnya ‘Scarface’ Al Capone yang selama ini bagaikan halimunan yang tidak boleh disentuh.

Keputusan Eddie menggadaikan nyawa menentang Al Capone tidak sia-sia kerana Butch berjaya menamatkan latihan di Akademi Naval US Annapolis sebagai pegawai muda. Ternyata pengorbanan bapanya mempengaruhi peribadi Butch sebagai lelaki dan pegawai tentera yang berkaliber lagi berintegriti. Sama ada takdir atau kebetulan, seperti mendiang bapanya Butch telah melakar nama dalam sejarah penting Amerika Syarikat.

Dua bulan selepas Jepun meny.era.ng Pearl Harbour pada tahun 1942, Butch yang bergelar Leftenan Muda Udara ditugaskan mengawasi perairan Kepulauan Gilbert di wilayah Pasifik. Sewaktu beliau terbang membuat rondaan, 9 pesawat pengeb.o.m Jepun dikesan menghampiri markas tentera AS iaitu kapal pengangkut USS Lexington yang dalam perjalanan ke Papua New Guinea. Bagi mempertahankan markasnya daripada dib.o.m, Butch membuat tindakan pantas iaitu terbang meluru ke arah 9 kapal terbang musuh walaupun pesawatnya hampir kehabisan minyak dan kekurangan peluru.

Pengeb.o.m Jepun yang pada permulaan muncul dalam formasi V tersentak dengan strategi spontan Butch lantas terbang bertempiaran. Formasi yang terpecah memberi peluang kepada Butch untuk menembak musuh-musuhnya dari arah yang tidak dijangka sama sekali.

Sebagai anak kepada lelaki yang pernah menjadi peguam mafia, Butch tahu segala-galanya mengenai senjata api dan mahir menggunakannya dalam apa jua situasi. Berbekalkan empat biji senapang mesingan dengan 450 pusingan t.emb.akan setiap satunya, Butch berjaya menembak jatuh 5 kapal terbang pengeb.o.m sebelum rakan skuadron yang lain datang membantu. Keberanian Butch dalam pertempuran sengit tersebut mendapat pengiktirafan dengan kenaikan pangkat sebagai Leftenan Komander dan menerima pingat ‘Medal of Honor’.

Sayangnya Butch tidak dapat menikmati kenaikan pangkat lebih lama apabila beliau hilang dalam misi terakhir pada 26 November 1943. Pesawat pengeb.o.m Jepun yang pernah men.yera.ng hendap jet pejuang Butch dan membenamkan ia ke dasar lautan Pasifik. Mayat Butch serta bangkai pesawatnya tidak pernah ditemui dan beliau diisytiharkan hilang dalam tugas. Enam tahun selepas kehilangan Butch, namanya diabadikan pada sebuah lapangan terbang di tempat beliau membesar, iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa O’hare.

Tanpa keberanian Eddie, Al Capone mungkin akan terus bermaharajalela membuat onar di Chicago. Tanpa keberanian Butch, mungkin dua ribu nyawa rakan sepasukan yang berada di atas kapal Lexington melayang sebelum tiba waktunya. Si bapa mati dite.mb.ak ketika berumur 46 tahun, manakala si anak gugur di medan perang pada usia 29 tahun. Ternyata, keberanian boleh menjadi legasi yang diturunkan kepada anak cucu. Bak kata pepatah Melayu, bapa borek anak rintik.

RUJUKAN

Blades, John. (1997, February 19). The Top Gun Who Was O’hare. 

Davis, John W. III. (2017, June 7). The M.urde.r of Al Capone’s Lawyer was Only Half the Story!


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Surirumah. Penulis Amatur. Jurugambar Amatur. Murid sepanjang hayat.

Comments are closed.