Aktiviti imperialisme dulu berlaku di antara dua zaman yang sangat bercanggahan dari segi identiti kenegaraan dan mentaliti pentadbiran. Pada zaman ini, kesejahteraan manusia menjadi tombak utama.

Sekarang tiada negara dibenarkan berper.ang sesuka hati. Kalau dulu, tem.bak babi saja (tiada kena mengena dengan ADUN Melaka) boleh dianggap satu justifikasi per.ang (rujuk Per.ang Babi).

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Inilah pancaindera diplomasi ketika zaman imperialisme dulu. Kuasa-kuasa imperialis turut bersaing antara satu sama lain dari segi monopoli perdagangan. Untuk melicinkan proses monopoli ini, mereka kerap mengambil ham.ba abdi supaya kerja menjadi mudah.

Memang benar. Rata-ratanya ham.ba abdi ini berasal daripada bumi Afrika. Segala rintihan yang ditulis dalam ribuan buku adalah benar. Kuasa Eropah telah mengambil insan-insan tidak bersalah daripada tanah air mereka.

Dijual bangsa sendiri, pengkhianatan terbesar…

Hanya kerana warna kulit yang gelap, insan-insan ini dilayan begitu teruk. Walau bagaimanapun, ada sesuatu yang semua perlu tahu: insan-insan Afrika ini dijual bangsa mereka sendiri.

Kuasa Eropah hanya beroperasi di kawasan pesisiran pantai sahaja. Mereka tunggu orang tengah dan pedagang ham.ba yang terdiri daripada warga Afrika (Nwaubani, 2019).

Kelompok orang tengah dan pedagang ham.ba ini mengutamakan emas daripada moral kebangsaan. Begitu kasar mereka diker.ah dalam keadaan beran.tai. Kaki kanan akan diran.tai pada kaki kiri orang belakang (Tischauser, 2002).

Hamba dilelong seperti komoditi.

Dalam keadaan begini, mereka dibawa ke kµbµ Eropah. Sampai saja di kawasan kµbµ, takkan mungkin bangsa Eropah akan membuat amal kebajikan.

Semua akan dibog.elkan untuk penelitian atas bawah (untuk kenal pasti jika ada yang tem.pang atau ced.era). Tidak kisah lelaki, perempuan atau budak (Halttunen, 1995), semua wajib bo.gel walaupun depan ibu bapa atau anak-anak.

Proses sumbat para hamba di bawah dek kapal.

Memang keadaan fizikal dan mental golongan ham.ba ini tidak dijaga langsung. Kemudian semua akan dibawa berlayar buat julung kalinya.

Cuba bayangkan: orang tidak pernah berlayar tiba-tiba menghidapi ma.buk laut tetapi tidak langsung diendahkan. Sudahlah tiada pengalaman, semua ham.ba hidup disumbatkan dalam ruangan sempit sampai terpaksa cangkung atau baring dalam jangka masa sangat lama.

Perempuan paling teruk: faham-faham sajalah apa yang berlaku. Hidup dalam keadaan sempit menjadi punca penularan penya.kit seperti cirit birit, demam campak dan demam panas. Sehingga 1750-an, seorang bagi setiap lima ham.ba Afrika akan ma.ti.

Penguasa-penguasa British dan Perancis sangat terkejut apabila disajikan statistik ini. Mereka garu kepala dan berasa sangat jijik atas apa yang berlaku. Namun perasaan mereka tiada langsung simpati pada golongan ham.ba.

Parut libasan pada belakang tubuh hamba. Aduh…

Sebaliknya, mereka berasa rugi kerana kehilangan wang sangat banyak (untuk membeli ham.ba). Jadi mereka melaksanakan undang-undang supaya keadaan dalam kapal lebih terkawal atas nama “berperikemanusiaan”.

Undang-undang ini tiada beza langsung dengan sesetengah kerajaan Islam yang menggunakan agama sebagai halwa telinga dan manisan tekak rakyat hanya untuk tujuan mengekalkan kuasa.

Kerana undang-undang ini bermanfaat hanya untuk anak kapal, yang dikurniakan seorang doktor (itu pun masih dalam latihan).

Kebajikan anak kapal harus menjadi keutamaan… bukannya kebajikan golongan ham.ba. Namun adanya seorang doktor, kadar kemat.ian ham.ba pun turun mendadak.

Daripada seorang dalam lima ham.ba… turun kepada seorang dalam 18 ham.ba (masih tinggi sebenarnya). Sesiapa yang ma.ti akan dicampak dalam laut.

Perlu tahu yang ham.ba-ham.ba ini akan duduk dirantai. Jadi mereka perlu bertahan dengan bau busuk may.at yang semakin re.pµt.

Inilah nasib golongan ham.ba dalam tangan imperialis. Sudahlah dijual bangsa sendiri, dibeli pula bangsa asing. Lelaki dikerah macam binatang. Perempuan dianggap pemuas na.fs.u. Budak pula adalah jaminan masa depan (untuk dijual semula).


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

RUJUKAN:

Haltunnen, K. (1995). Humanitarianism and the (ditapiskan) of (ditapiskan) in Anglo-American Culture. The American Historical Review. 2: 303-334.

Nwaubani, A.T. (2019, September 20). When the (ditapiskan) trade were African. The Wall Street Journal.

Tischauser, L.V. (2002). The Changing Nature of Racial and Ethnic (ditapiskan) in the United States History. University Press of America. Halaman 39.

Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.