Tan Sri Tony Fernandes bercita-cita nak mulakan sebuah syarikat penerbangan. Tun Dr. Mahathir nasihatkan beliau supaya beli je syarikat penerbangan yang sedia ada sebab dah ada lesen penerbangan.

 

Pada 8 September 2001, Tony beli AirAsia Sdn. Bhd daripada DRB-Hicom Bhd menerusi Tune Air Sdn. Bhd, dan menjadi CEO syarikat tersebut.

 

Seriuslah? RM1 je? Aku pun boleh beli kalau macam ni.

 

Pengambil alihan AirAsia dan Tune Air datang bersama sebuah pakej, iaitu 2 buah Boeing 737 yang usang, lebih kurang 200 orang pekerja serta hutang sebanyak RM20 juta dengan Malaysia Airlines Bhd., Malaysia Airport Holdings Bhd. dan Petronas.

 

Memang RM1, tapi hutang tu banyak.

 

Banyak cabaran Tony ni kena hadap. Hutang bertimbun, takde pengalaman dan lagi gila bila tragedi 9/11 baru sahaja berlaku masa AirAsia baru nak beroperasi.

 

Apa strategi Tony Fernandes? Apa yang Tony Fernandes buat sampai AirAsia dikenali serata dunia? Buat flight delay?

 

Bukan tu. Tony sendiri nyatakan Insiden 9/11 bukannya bala, tapi tragedi ni membantu AirAsia dari satu sudut.

 

Selepas insiden tu, kos pajakan kapal terbang turun mendadak sebanyak 40%. MAS terpaksa buang ramai pekerja sebab kurangnya demand untuk naik pesawat. Staf-staf yang berpengalaman dari MAS sedia bekerja untuk AirAsia.

 

Tony jugak percaya rakyat Malaysia suka guna servis penerbangan murah yang jimat masa dan wang, lagi-lagi bila ekonomi tengah menjunam masa tu.

 

Tony berjaya stabilkan AirAsia melalui kontrak syarikat tersebut dengan Tabung Haji yang diwarisi daripada DRB-Hicom. Kontrak yang berbaki 2 tahun dah jana banyak keuntungan dan selamatkan AirAsia.

 

Pelaksanaan dan urusan kontrak tu berjaya dengan bantuan Datuk Nasser Abdul Kassim. Kontrak tu tak disambung kerana diserahkan kepada MAS.

 

AirAsia ialah satu-satunya syarikat penerbangan tambang rendah di dunia yang dianugerahkan anugerah terbaik di dunia selama 12 tahun berturut-turut bermula dari 2009-2021, di samping pelbagai anugerah global lain.

 

Kini, setelah 22 tahun beroperasi, Tony dan rakan-rakan berjaya buktikan syarikat Malaysia setanding dengan syarikat luar, mampu mengubah lanskap industri penerbangan negara selaras dengan misi syarikat tersebut, iaitu “Now Everyone Can Fly”.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

___

 

Keberanian Tony Fernandes untuk hadap banyak risiko dan cabaran dalam membangunkan AirAsia dapat kita pelajari menerusi buku PSYCHOLOGY OF MONEY. Kalau nak jadi macam Tony Fernandes yang dapat beli kelab bolasepak QPR, dapatkan buku ni sekarang!

https://bit.ly/psychologyofmoneypatriots


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply