Anda tak tahu bagaimana nak masak? Atau sukar buat pilihan untuk makanan anda? Segalanya boleh dilakukan oleh AI pada hari ini. Namun, AI dalam bidang masakan ini tidak hanya terhad kepada membantu anda untuk memasak atau memilih makanan semata-mata. Industri kulinari sebenarnya ‘sedang dimakan’ oleh AI.
Sebelum kita bahaskan secara khusus, mari kita lihat beberapa contoh mudah. Dalam industri restoran, landskap AI telah mengubah persekitaran yang dahulunya konvensional kepada sesuatu yang jauh lebih berbeza. Daripada penyediaan menu hinggalah penghantaran makanan kepada pelanggan, segalanya kini semakin diambil alih oleh AI.
Sama ada anda sedar atau tidak, AI sedang memasuki dapur di seluruh dunia, di rumah dan dapur profesional. Kuasa yang dimiliki AI membantu orang ramai merancang makanan, menjimatkan makanan, mengurangkan pembaziran dan juga memasak hidangan berkualiti restoran tanpa menjejakkan kaki ke luar.
Daripada aplikasi pada telefon anda kepada alat pintar di atas meja, AI sedang mentakrifkan semula segala kemungkinan yang boleh dilakukan di dapur. Lebih penting lagi, AI dalam industri makanan sedang menyelesaikan cabaran yang lebih penting daripada sekadar memudahkan makan malam.
Kita ambil pula contoh dalam perancangan sesuatu hidangan. Perancangan hidangan adalah satu tugas yang nampak mudah secara teori tetapi boleh berubah menjadi sukar untuk dipraktikkan. Mengingati keperluan pemakanan setiap orang, mengimbangi khasiat pemakanan, membeli-belah untuk barangan runcit—semuanya bertambah.
Namun, kehadiran AI ini telah membuatkan proses yang rumit terasa mudah. Aplikasi AI seperti Mealime atau Yummly melakukan mampu tugasan ini untuk anda. Ia akan menganalisis tabiat pemakanan, halangan diet tertentu dan pilihan bahan untuk membina rancangan makan secara peribadi. AI sebegini telah berubah seumpama pakar pemakanan maya milik anda sendiri.
Paling penting, isu utama dalam bidang kulinari kini, iaitu lebihan makanan, boleh diselesaikan dengan adanya AI. AI terbukti menjadi wira dalam menangani masalah ini. Sama ada di rumah, di restoran, atau di seluruh rantaian bekalan, alat berkuasa AI mencari cara pintar untuk menghentikan makanan daripada dibazirkan.
Aplikasi seperti Too Good To Go dan OLIO menggunakan AI untuk menghubungkan orang dengan sisa atau lebihan makanan berhampiran mereka. Malah, tong sampah pintar yang dilengkapi dengan alat deria dan AI boleh menjejaki jumlah makanan yang anda buang dan mencadangkan cara untuk mengurangkan sisa pada masa hadapan.
Mungkin suatu ketika dahulu anda fikir ini semua mustahil. Namun, teknologi AI yang semakin pesat pada setiap hari membuktikan tiada apa-apa yang tidak mampu dilakukan. Mungkin suatu hari nanti, kita harus bersedia menerima bahawa mungkin tiada lagi cef manusia di restoran pilihan kita!




No comments yet