Katakanlah, ada sedang mengemas barang di stor. Tiba tiba, kelihatan serangga hitam merayap di lantai, barangkali mencari sisa makanan yang ada. Semestinya, anda mahu membvnuhnya, tapi tak mahu lantai tersebur kotor dengan isi perutnya.
Jadi, anda menyembur racun serangga kepadanya. Situasi ini barangkali telah pun dihadapi oleh seluruh manusia di muka bumi. Namun, di sebalik kisah kontot ini tentang homosid terhadap serangga perosak, tahukah anda bahawa racun serangga ni ialah sejenis agen saraf?
Selalunya bila kita membicarakan gas saraf, kita akan memakai konteks senjata terlarang seperti gas sarin yang terkenal dek kes pelepasan sarin di sistem keretapi bawah tanah Tokyo (1994).
Berbanding dengan racun lain, agen saraf ni sangat berbahaya dan bergantung pada dos dan jenis, ia boleh mengambil masa hanya 10 minit sahaja untuk membvnuh seseorang. Jadi, kenapa agen saraf ni berbahaya? Kenapa ia mampu bunuh hidupan dengan sangat pantas?
Untuk memahami mekanisme membvnuh ini, kita kena faham tentang dua benda ni terdahulu: saraf dan enzim. Saraf ialah sistem perhubungan bagi badan kita untuk berhubung dengan seluruh sel badan. Ibarat Telekom untuk sel kita, begitu. Enzim pula ialah sejenis protein yang menjadi pemangkin dalam badan kita.
Fungsinya ialah mempercepatkan segala jenis tindak balas kimia yang ada pada badan kita. Contohnya, asid perut sememangnya akan menguraikan protein daging menjadi zat halus, tapi yang betul betul uraikan protein tu ialah enzim bernama pepsin. Kalau nak harapkan asid perut sahaja, barangkali ia memerlukan masa seminggu untuk uraikan protein daging tu, berbanding 4 jam oleh pepsin.
Mekanisme enzim ni pula lagi senang difahami bila kita rujuk rajah di atas. Selalunya, bentuk benda yang nak diuraikan/disatukan (substrat) dan tapak aktif ni mempunyai rupa yang komplemen. Contoh macam pepsin dan protein. Kalau tak komplemen, dua benda ni tak boleh melekat macam pepsin dengan lemak.
Disebabkan ini, enzim ni sifatnya sangat spesifik. Kemudian, bila substrat dan enzim bergabung, tapak aktif enzim itu akan melemahkan ikatan kimia substrat berkenaan dan akhirnya substrat tu pun terurai. Nak lagi jelas, perkaitan biokimianya adalah sebegini:
Pepsin + protein => pepsin + peptida + peptida
Sekarang, masuk tentang cara agen saraf membvnuh. Seperti yang disebutkan, saraf ni ibarat sistem telekomunikasi badan. Jadi, segala maklumat dan arahan oleh otak kepada badan akan disampaikan oleh sistem saraf. Misalnya, kita perlu bernafas untuk dapat bekalan oksigen yang cukup, oleh itu otak akan hantar isyarat kepada paru paru untuk mengembang dan menguncup.
Contohnya kalau kita nak tarik nafas, otak akan beritahu urat saraf, untuk beritahu otot diafragma supaya mengembang. Antara urat saraf dan otot ni pulak, sel saraf akan lepaskan neurotransmiter bernama acetylcholine.
Bila neurotransmiter ni melekat pada permukaan sel otot diafragma, ia akan menegang dan paru paru pun mengembang. Kemudian, enzim akan uraikan acetylcholine ni menjadi choline dan acetate, sekaligus menyebabkan sel otot paru paru kembali relaks.
Mekanisme urat saraf dan neurotransmiter ini juga adalah sama untuk semua cabang urat saraf. Malah, antara sel saraf dan sel saraf pun berhubung menggunakan acetylcholine ni. Melalui perkara ni, rasanya anda sudah boleh teka macam mana agen saraf membvnuh manusia, dengan menganggu sistem ini.
Secara ringkasnya, agen saraf akan melekat pada tapak aktif enzim. Oleh itu, acetylcholine tak boleh nak pecah dan otot diafram tu kekal menegang sebab isyarat otak tu tak henti henti di hantar kepada paru paru. Akhirnya, mangsa agen saraf ni pun sebab sesak nafas.
.
.
.
.
Atau sekurang kurangnya itulah apa yang mungkin dimahukan oleh mereka. Hakikatnya, macam aku sebut tadi, antara organ-sel saraf dan sel saraf-sel saraf, pasti ada acetylcholine. Jadi, apa yang berlaku ialah seluruh sistem saraf kita terganggu.
Maka, berlakulah kejadian mangsa macam terkena sawan, air liur meleleh, menangis tak henti, jantung degupan rendah/tinggi dan sebagainya. Dipendekkan cerita, seluruh badan kita akan menjadi anarki. Kalau organ badan kita boleh bercakap, dia akan jadi macam ni:-
…
Otak: Abu, nanti tolong bagitau jantung lepas ni degup perlahan. Kita tengah tidur ni.
Abu (Saraf 1): Baiklah.
*Beberapa milisaat kemudian.
Otak: Abu, kenapa jantung degup laju ni? Kau buat kerja ke tak?
Abu: Saya pun tak tahu. Saya dah banyak kali spam mesej dah ni suruh perlahankan degupan.
Otak: Kau jangan Abu…nanti ada jugak urat darah meletup. Cuba kau troubleshoot sikit.
*Beberapa milisaat kemudian.
Abu: Bos, memang mesej tu tak sampai lah! Dah spam banyak kali pun tak lepas!
Otak: Aik, dah kenapa? Kau ni betul ke-
Ah Chong (Saraf 2): Bos!
Otak: Kejap, Abu. Kenapa Chong?
Ah Chong: Mata badan kita tiba tiba terkebil kebil tak henti! Saya dah bagitau pada otot kelopak mata, tapi semua macam buat bodoh je.
Otak: Huh? Dah kenapa semua nak sistem bermasalah ni? Haa, kamu kat belakang tu, Muthu. Kenapa?
Muthu (Saraf 3): Bos! Badan kita terkencing seluar!
Otak: Punoh!
*Sementara itu, di organ jantung
Ali (Sel jantung): Eh setan tua kutuk ni memang nak suruh aku mampus ke apa degup laju sepanjang masa. Tak dapat dapat langsung isyarat suruh perlahan.
….
Jadi secara tuntasnya, sistem badan kita akan menjadi sangat kacau bilau. Sebab itulah orang yang keracunan agen saraf selalunya akan m4ti dengan pantas, dan juga selalunya mereka m4ti dalam keadaan paling merana sekali.
Seluruh organ dan sistem badan akan gagal dan menimbulkan kesakitan yang dahsyat. Untuk melawan agen saraf, mangsa perlu disuntik dengan antidot yang akan nyahaktif agen saraf dalam badan. Apabila dinyahaktif, enzim dapat bekerja kembali seperti normal.
Oleh itu, apabila anda lihat lipas menggelupur kena sembur Ridsect, ingatlah mekanisme agen saraf. Cumanya, jangan gatal pulak pergi buat antidot untuk lipas melainkan anda adalah seorang psikopath.
RUJUKAN:
Ellison DH (2008). Handbook of chemical and biological w4rfare agents (2nd ed.). Boca Raton: CRC Press. ISBN 978-0-8493-1434-6. OCLC 82473582.
McCorry, LK (Aug 15, 2007). “Physiology of the autonomic nervous system”. American Journal of Pharmaceutical Education. 71 (4): 78. doi:10.5688/aj710478. PMC 1959222. PMID 17786266
Sidell FR (2008). “Soman and sarin: clinical manifestations and treatment of accidental pois0ning by organophosphates”. Clinical Toxicology. 7 (1): 1–17. doi:10.3109/15563657408987971. PMID 4838227.
Snow RL (2003). D3adly cults: the crimes of true believers. Westport, Conn: Praeger. ISBN 978-0-275-9805
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih