Gojoseon (Gochoson atau Choson Lama) merupakan sebuah kerajaan purba yang memerintah bahagian utara Korea pada separuh kedua milenium pertama Sebelum Masihi. Gojoseon mempunyai kebudayaan yang paling maju di Semenanjung Korea pada masa itu dan ia menjadi penanda aras yang signifikan dalam pembentukan negara-negara yang lebih berpusat pada masa-masa terkemudian.

PENUBUHAN

Menurut mitologi Korea, sebagaimana yang direkodkan dalam Samguk yusa (‘Memorabilia Tiga Kerajaan’) yang dikarang pada kurun ke-13 Masihi, Gojoseon ditubuhkan pada tahun 2333 Sebelum Masihi oleh Dangun Wanggeom (Tangun), anak kepada dewa Hwanung dan seekor beruang betina yang ditukar menjadi wanita. Mitos ini berkemungkinan menyimbolkan ketibaan budaya Zaman Gangsa di Korea.

Dangun dilahirkan pada hari ketiga bulan kesepuluh, justeru pada hari ini tanggal 3 Oktober diraikan sebagai Hari Penubuhan Negara di Korea Selatan. Nama Choson dalam bahasa Korea diambil daripada perkataan Chaoxian dalam bahasa China, yang mana ia merupakan kombinasi dua buah perkataan, iaitu chao (‘fajar’) dan xian (‘tenang’ atau ‘segar’). Oleh kerana itu, Korea turut dipanggil sebagai ‘Negeri Siang Yang Tenang’.

Menurut sebilangan sejarahwan, negara ini dibentuk daripada persekutuan bandar-bandar kubu kecil yang terletak di sekitar lembangan sungai Daedong (Taedong) dan Liao, sekitar kurun ke-7 Sebelum Masihi atau kurun ke-4 Sebelum Masihi bagi tarikh yang lebih meyakinkan. Sempadan utara Gojoseon ialah Sungai Liao manakala jiran selatannya yang paling dekat ialah negara Jin (Chin).

Sebutan awal tentang Gojoseon boleh ditemui di dalam sebuah karya tahun 100 Sebelum Masihi, iaitu Catatan-Catatan Sejarahwan Ulung karangan seorang sejarahwan China, Sima Qian. Qian menyebutkan bahawa Gojoseon wujud pada tahun 190 Sebelum Masihi.

Walau bagaimanapun, satu-satunya tarikh yang sama sekali tidak dipertikaikan sebagai tarikh kewujudan negara Choson/Gojoseon ialah 109 Sebelum Masihi, dan sehingga kini sejarahwan masih terus memperdebatkan sama ada Gojoseon ini boleh dikategorikan sebagai sebuah negara ataupun tidak, bilakah ia wujud secara tepat, di manakah ibu kotanya, dan apakah wilayah-wilayah naungannya.

Sejak sekian lama, ibu kota Gojoseon diyakini terletak berhampiran Pyongyang. Namun, terdapat juga bukti yang mengatakan bahawa ia terletak jauh di utara, iaitu di Manchuria.

HUBUNGAN DENGAN CHINA

Hubungan antara Korea dan China boleh dijejak kembali pada mitologi mereka di mana pendeta Gija (Jizi) dan 5000 orang pengikutnya meninggalkan China dan menetap di kerajaan Dangun.

Tatkala Dangun mahu bermeditasi di puncak gunung, Giji dilantik sebagai raja Gojoseon pada tahun 1122 Sebelum Masihi. Mitos ini berkemungkinan menggambarkan ketibaan kebudayaan Zaman Besi di Korea.

Menurut catatan sejarah, para pemerintah Gojoseon sememangnya menggunakan gelaran wang (raja) sebagaimana di China sekaligus mencerminkan pengaruh awal yang hadir menerusi jirannya, iaitu Yan-China.

Interaksi antara Korea dan China ini berkemungkinan berlaku baik sebagai rakan perdagangan mahupun Gojoseon bertindak selaku orang tengah antara China dan negara-negara yang terletak jauh ke selatan di Korea. Satu lagi indikasi yang membuktikan berlakunya hubungan perdagangan antara dua buah entiti politik ini adalah penemuan syiling pisau bulan sabit China (mingdaoqian) di beberapa buah tapak di Korea.

Berkemungkinan besar budaya China ini dibawa masuk ke Korea menerusi pelarian-pelarian yang melarikan diri daripada konflik yang tercetus pada kurun ke-4 Sebelum Masihi, iaitu konflik yang disebut sebagai Zaman Negara-Negara Berperang.

Bukti arkeologi paling jelas berkenaan kemasukan pengaruh ini dapat dilihat menerusi makam-makam lubang di kawasan Sungai Daedong dan kehadiran perangkap-perangkap kuda di dalamnya.

Makam-makam ini juga memiliki tarikan kerana sebahagiannya mengandungi lebih 1000 orang hamba yang jasadnya ditanam di dalamnya, bersama dengan pemilik makam berkenaan.

Dengan kehadiran alatan besi yang diperkenalkan daripada China, hasil pertanian dapat ditingkatkan dan seterusnya menyumbang kepada kekayaan Gojoseon. Barangan batu berwarna kelabu, yang kaya dengan besi turut muncul buat kali pertama pada era ini. Begitu juga dengan sistem pemanas bawah tanah Korea yang masyhur, yang disebut sebagai sistem ondol.


KEJATUHAN

Kekuatan Gojoseon digugat oleh ser4ngan-ser4ngan dari negara jiran, Yan, sekitar tahun 300 Sebelum Masihi. Fasa kemunduran yang panjang menyusul hinggakan ketika Gojoseon tumbang pada kurun ke-2 Sebelum Masihi, kebanyakan wilayahnya dirampas oleh Wiman Joseon (Wiman Choson).

Wiman Choson merupakan negara yang dipimpin oleh Weiman, seorang pelarian China (walaupun beliau mungkin berasal-usul dari Korea) yang telah terlebih dahulu melarikan diri dari negara Yan.

Beliau dan 1000 orang pengikutnya ditugaskan oleh raja Jun untuk melindungi sempadan barat-laut Gojoseon. Namun, Weiman, atau Wiman dalam sebutan Korea, mengambil kesempatan untuk melakukan rampasan kuasa ke atas sebahagian wilayah Gojoseon pada tempoh 194 hingga 180 Sebelum Masihi sekaligus menabalkan dirinya sendiri sebagai raja. Jun dicatatkan melarikan diri ke negara Jin, dan beliau memerintah di sana sebagai raja.

Wiman turut membawa masuk elemen-elemen kebudayaan China ke Korea, seperti budaya Konfusianisme dan Taoisme. Pemerintahan Wiman Joseon tidak bertahan lama dan pada tahun 108 Sebelum Masihi, ia dit4kluk oleh Dinasti Han dari China (206 Sebelum Masihi – 220 Masihi) dan ibu kota Wanggum dit4wan. Maharaja Han Wu (141-87 Sebelum Masihi) bertekad mahu meluaskan empayarnya dan menguasai sumber alam yang terdapat di bahagian utara Korea, terutama sekali besi dan garam.

Untuk tujuan itu, beliau menghantar sepasukan tentera yang terdiri daripada 50 000 orang tentera dan armada laut yang berkekuatan 7000 orang. Setelah berhasil menundukkan kerajaan di selatan ini, Han kemudiannya membahagikan bahagian utara Korea kepada empat buah wilayah yang ditadbir secara langsung oleh pemerintahan pusat Han. Han mengekalkan dominasi ke atas wilayah-wilayah tersebut selama empat kurun.

Pelarian-pelarian dari Wiman Joseon yang sudah pun tumbang ini membawa budaya mereka ke selatan dan seterusnya, bangkit semula dan menewaskan China semasa era Tiga Kerajaan. Nama Joseon/Choson turut muncul kembali sebagai nama negara yang menguasai Korea pada kurun ke-14 Masihi.

TERJEMAHAN:

Mark Cartwright. (13 Oktober 2016). Gojoseon. Ancient History Encyclopedia.
https://www.ancient.eu/Gojoseon/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.