“Hei setan kurus, kenapa engkau lari sehelai sepinggang ni. Dulu kan kau duduk rumah situ. Sekarang dah merempat?” Setan kurus membalas, “Hoi setan gemuk, cubalah kau masuk rumah tu kalau boleh!”
Namun apabila rumah itu didekati, setan gemuk gagal menembus masuk. Apa rahsia tuan rumah?
Rupa-rupanya tuan rumah baca Surah al-Baqarah.
Inilah “pagar rumah” yang sangat berkesan untuk menghalau jin syaitan. Bukannya susah. Buka sahaja al-Quran dan ayat-ayat itu terdapat di sebelah Surah al-Fatihah. Ia juga dipanggil puncak atau bonggol al-Quran kerana Surah al-Baqarah merupakan surah terpanjang dan mempunyai ayat yang paling panjang. 2 juz setengah. Tapi kalau panggil budak tahfiz, sejam lebih settle dah baca.
Kelebihan surah ini banyak dinukil dalam kitab al-Itqan fi Ulum al-Quran susunan Imam Jalaluddin as-Suyuthi.
“Siapa yang membaca (Surah al-Baqarah) di rumahnya pada siang hari, syaitan takkan masuk ke dalamnya selama 3 hari. Dan siapa yang membaca di rumahnya pada malam hari, syaitan takkan masuk ke rumahnya selama 3 malam.” (HR Ibnu Hibban)
Sahih Muslim turut meriwayatkan sebuah hadis:
“Sesungguhnya rumah yang dibacakan di dalamnya Surah al-Baqarah tidak akan dimasuki syaitan.” (HR Muslim)
Bukan itu sahaja, Surah al-Baqarah kerap dibacakan sebagai ayat-ayat ruqyah untuk merawat pesakit. Seorang lelaki arab pernah membawakan temannya yang sakit. Rasulullah sendiri meruqyah dengan bacaan al-Quran termasuklah daripada ayat Surah al-Baqarah.
Baginda mewiridkan kepada lelaki yang sakit itu Surah al-Fatihah, empat ayat awal Surah al-Baqarah, ayat ke-163 Surah al-Baqarah,ayat kursi, tiga ayat akhir Surah al-Baqarah, tiga ayat akhir Surah Ali Imran, ayat ke 18 Surah Ali Imran, ayat ke 54 Surah al-A’raf, akhir Surah Mukminun, ayat ke 116 Surah Mukminun, ayat ke-3 Surah Jinn, sepuluh ayat awal Surah Saffat, tiga ayat akhir Surah Hasyr, Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq dan Surah an-Nas.
Selesai baginda membacakannya, lelaki itu pun bangun sembuh.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih