Pintu ini merupakan satu-satunya pintu pada tembok timur Masjid al-Aqsa. Pada zaman Bani Israil ia dipanggil Pintu Shushan atau Pintu Rahamim, pada zaman Romawi ia dipanggil Pintu Emas. pada Zaman Islam ia dipanggil Bab Az-Zahab (Pintu Emas) disamping dua gerbang luarnya dinamakan Bab ar-Rahmah dan Bab al-Taubah.

Pada zaman dahulu ia merupakan pintu khas yang hanya boleh dimasuki oleh raja-raja dan para pendeta Bani Israil. Lapangan sebelah dalam yang sejajar dengan tembok pintu ini merupakan sebahagian daripada kawasan Mihrab Nabi Sulaiman عليه السلام yang ditanda dengan Qubbah Kursi Sulaiman عليه السلام di sisi kanan pintu.

Menurut riwayat Yahudi pintu ini boleh dimasuki melalui sebuah jambatan kayu yang disangga tiang-tiang marmar yang memanjang sehingga ke Gunung Zaitun di timur Kota Bait al-Maqdis.

Sayyidina Imran عليه السلام dan Sayyidah Hannah عليه السلام iaitu datuk dan nenek Nabi Isa عليه السلام juga dikatakan diqabulkan doa mereka untuk beroleh anak ketika usia tua tatkala berada di pintu ini. Manakala Nabi Isa عليه السلام ketika berdakwah masuk ke Bait al-Maqdis melalui pintu ini.

Orang Islam dan Nasrani percaya bahawa apabila baginda datang kembali kelak baginda akan masuk melalui pintu ini, orang Yahudi juga percaya bahawa al-Masih ‘Anak Nabi Daud’ mereka akan masuk melalui pintu ini.

Pintu ini pernah digunakan oleh bangsa Parsi ketika mereka berundur keluar dari Bait al-Maqdis. Pemerintahan mereka digantikan dengan Empayar Rom Timur(Bizantin). Ketika mengambilalih kota ini, Maharaja Heraclius masuk melalui pintu ini.

Pada zaman Islam pintu ini diarahkan tutup oleh Sayyidina Umar ibn al-Khattab رضي الله عنه. Namun, ia dianggap sebagai sebuah pintu yang paling mulia dan paling tua di al-Aqsa, dan sebuah perkuburan umat Islam ditempatkan di hadapannya untuk bertabaruk dengan pintu ini.

Disebabkan pintu ini ditutup maka pemerintah umat Islam telah membuat sebuah pintu kecil di samping pintu ini yang bernama Bab al-Jana’iz(Pintu Jenazah) untuk sebarang urusan pengebumian yang datang dari dalam masjid. Namun pintu ini juga kemudian ditutup.

Bab Az-Zahab dibuka kembali pada zaman Kerajaan Salibiyyah namun Sultan Salahuddin al-Ayyubi رحمة الله عليه telah menutupnya setelah 1187 untuk memadamkan pengaruh agama Nasrani. Sekitar 1500-an Sultan Sulaiman al-Qanuni رحمة الله عليه telah membukanya kembali buat seketika namun kemudian ia ditutup untuk mengelakkan ia daripada dieksploitasi oleh pemimpin ajaran-ajaran sesat yang mengaku sebagai al-Masih.
Ketika Nabi Isa عليه السلام datang kelak, mungkin baginda akan benar-benar masuk ke dalam Masjid al-Aqsa melalui pintu ini setelah baginda turun di Menara Putih di Damsyiq. Apakah ia dibuka dengan usaha umat Islam atau melalui karamah Nabi Isa عليه السلام sendiri wallahua’lam.

Tatkala Dajjal telah mengepung seluruh pintu yang berfungsi di masjid ini. Dajjal sendiri lebih wajar bertempat di sebelah tembok barat dimana penempatan Yahudi bertempat. Setelah selesai solat subuh maka pintu barat dibuka lalu Dajjal melarikan diri ke arah barat ke kawasan al-Ludd.

Walaupun pintu ini ditutup tetapi bangunannya masih berfungsi sebagai musalla yang dianggap sebahagian daripada Masjid al-Aqsa. Musalla ini pernah ditutup penguasa Israel sebagai hukuman kepada Lembaga Waqaf al-Aqsa yang telah menyokong HAMAS, namun ia dibuka kembali pada tahun 2019.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Nabil Nadri atau nama penanya Tuan Merbok merupakan pencinta sejarah, arkeologi dan budaya. Penulisannya yang banyak datang dalam bentuk artikel atau posting ringkas menyentuh pelbagai subjek menarik terutamanya berkaitan Alam Melayu dan Dunia Islam. Pencarian nasab dan salasilah diri menjadi obsesi yang mewarnai aktiviti beliau kebelakangan ini disamping usaha beliau menjejak ratusan artifak Batu Aceh yang terdapat di Tanah Melayu. Nabil Nadri merupakan graduan Sarjana Muda dari Jabatan Sejarah dan Ketamadunan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (2014-2016) dan kini sedang dalam peringkat melanjutkan pengajian Sarjana dalam bidang Sejarah di universiti yang sama

Comments are closed.