Sebelum ini kita ada bincangkan mengenai sistem sihir dalam Siri Avatar yang menggunakan hard magic system iaitu sistem sihir keras (SSK). Kali ini kita akan bincangkan tentang soft magic system, iaitu sistem sihir lembut (SSL) yang berlawanan dengan sistem dalam siri Avatar tetapi boleh digunakan sebagai panduan dan bandingan [1].

Untuk recap, SSK ini mempunyai peraturan dan batasan jelas yang ditentukan yang dapat atau tidak dapat dilakukan oleh sihirnya. Dalam penulisan yang lepas, penulis ada bincangkan bagaimana sistem sihir digunakan dalam Siri Avatar (https://thepatriots.asia/sistem-sihir-magic-system-dalam-siri-avatar/).

Kali ini kita akan bincangkan elemen SSL, iaitu sistem sihir yang mempunyai peraturan dan sistem yang samar, tidak jelas dan tidak dijelaskan syarat-syaratnya, dan misteri untuk digunakan. Mengikut pandangan [2], objektif SSL ialah:-

“To leave the prospect of future magical possibilities open-ended. It is more unpredictable and mystical this way. This is the whole draw of soft magic systems.”

Dalam SSL, ada beberapa elemen penting yang perlu diketengahkan.

  • Unpredictability

Sistem SSK mestilah pertama sekali mudah diramal oleh pembaca dan penonton. Tapi dalam SSL, sistem sihir yang digunakan dalam cerita itu mesti mempunyai elemen misteri dan sukar diramal. Maka, peraturan dan akibat penggunaan sakti tidak perlu spesifik. Bukan sahaja pembaca, malah watak yang menggunakan kesaktian itu sendiri pun tidak tahu apa akibatnya jika mereka menggunakan sihir.

Sebagai contoh, dalam siri Harry Potter. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku jika sesuatu jampi itu dilancarkan dan sesetengahnya mungkin membawa padah, seperti Memory Charm dan Polyjuice Potion.

Berbeza dengan SSK, SKL tidak boleh digunakan oleh watak sebagai jalan penyelesaian konflik, kerana itu akan menghambarkan jalan cerita. Lantaran elemen luar jangkaannya, SKL hanya boleh digunakan atas dasar 3 tujuan sahaja:-

  1. Sebagai cara untuk membuktikan kejayaan atau kegagalan watak,
  2. Menambahkan lebih banyak lagi kesusahan kepada watak,
  3. Pencetus konflik.
  • Ketegangan

Jika SSK digunakan untuk menerangkan pengarang merekacipta sistem sihir sebagai utiliti dalam karyanya, maka SSL lebih kepada pengggunaan sihir bagi mendapatkan naratif yang bagus. Dalam Hukum Sihir Sanderson [3], hukum yang pertama adalah: –

“Kemampuan pengarang untuk menyelesaikan konflik dengan sihir berkadar langsung dengan seberapa baik membaca pengguna sihir tersebut.”

Dalam penulisan cerita, keberkesanan watak dalam penyelesaian konflik adalah kayu pengukur kepada cerita yang bagus. Namun, ketegangan amat sukar untuk diimplementasikan jika pembaca/penonton tidak memahami kemampuan watak. Oleh itu, SSL hanya digunakan sebagai pembuka kepada pengguna untuk menyelesaikan konflik sahaja.

Oleh kerana unpredictability yang dimiliki oleh SSL ini boleh dijadikan sebagai perencah kepada jalan cerita, ia juga membuka ruang kepada pengarang untuk kekurangan elemen dalam sistem sihir cerita. Kelemahan dalam sistem sihir dapat memberi dinamika yang menarik dalam cerita kerana secara umumnya, sihir menjadikan watak lebih hebat daripada yang ada di sekelilingnya.

Walau bagaimanapun, ini boleh menjadikan cerita menjadi suram. Perwatakan anda mesti berhati-hati dengan musuh yang dapat memanfaatkan kelemahan anda. Sebagai contoh, dalam episod Avatar ‘Bato of the Water Tribe’, watak sampingan June dan tunggangannya, Nyla yang mempunyai deria hidu yang sangat tinggi, “dibutakan” oleh sejumlah besar minyak wangi oleh Katara. Oleh kerana Nyla memiliki deria hidu yang tinggi, minyak wangi itu menyebabkan Nyla kebingungan, memukul tuannya sendiri.

  • Skop dan Limitasi

Yang ketiga, skop dan limitasi kedua-dua sistem ini juga berbeza. Merujuk kembali kepada Hukum Sihir no.2 Sanderson [3],

“Batasan mesti lebih baik daripada kekuatan.”

Maka dalam sesebuah sistem sihir, bentuk skop dan limitasi yang paling biasa adalah definisi yang tidak jelas dalam bentuk sekatan kekuatan, latihan dan kecerdasan mental pengamalnya [4]. Di Avatar, tidak ada batasan khusus mengenai seberapa besar pelentur api dapat meningkatkan api atau seberapa kuat pelentur udara dapat mengumpulkan angin, tetapi kita tahu seperti yang kita alami sebagai manusia, itu dibatasi oleh latihan, kemahuan, bakat dan kemahiran mereka.

Kekuatan tertentu juga dapat ditolak oleh lingkungan di sekitarnya, seperti pelentur api dapat melipatgandakan kekuatan mereka ketika komet tiba, dan pelentur air dapat menjadi kuat ketika ada bulan purnama.

Tetapi dalam cerita yang menggunakan SSL, sesuatu yang buruk (seperti kekalahan dsb.) terjadi bukan kerana penggunaanya kurang latihan, tetapi kerana tidak dapat diramalkan sihirnya yang mungkin membawa kepada kesan yang tidak boleh dijangka. Jadi, risiko SSL lebih tinggi berbanding SSK. Ini boleh digunakan oleh pengarang untuk menstabilkan elemen misteri dalam karya mereka, sesuatu yang memang sukar untuk dilakukan terutamanya bagi novelis.

  • Kos

Yang terakhir sekali ialah kos. Dalam SSL, penyihir memerlukan bahan tertentu untuk mantra, jampi, pengeras dan lain-lain. Jadi dalam hal kos, melakukan sihir juga boleh meletihkan anda, seperti melakukan sesuatu yang berani yang boleh mengorbankan nyawa watak. Ini boleh juga diletakkan sebagai akibat penggunaan sihir dalam cerita. Dalam SSK, akibatnya jelas.

Contohnya, ketika Aang mengunjungi dunia roh, tubuhnya tidak sedarkan diri, yang membuatnya rentan terhadap serangan jika dia tidak dijaga. Keletihan kerana kos melakukan sihir adalah cara mudah untuk memisahkan yang kuat dari yang lemah.

Tetapi dalam SSL, pengarang harus berhati-hati semasa menggunakan kos ini. Ini kerana menurut [4], ia boleh dianggap menipu jika wira anda tiba-tiba melakukan perkara yang tidak dapat mereka lakukan sebelum ini, atau faktor keletihan sangat tidak konsisten sehingga menampakkan ia bukan kos.

Sihir yang digunakan mestilah cukup meletihkan watak apabila cerita memerlukannya untuk berjaya, dan kosnya terlalu tinggi apabila cerita memerlukan mereka menemui kegagalan.

SSK dalam siri Avatar mempunyai kos yang sangat sedikit yang ditunjukkan dalam sistem sihir mereka. Limitasi dalam watak-watak yang dialami nampaknya bergantung kepada latihan fizikal seperti seni mempertahankan diri. Selain itu, sistem sihir di Avatar sangat bergantung pada skop & limitasi, bukannya kos.

Sebagai contoh, walaupun Iroh tidak pernah menggunakan lenturan kilat, tetapi dia dapat mengarahkannya menggunakan teknik yang dipelajarinya dari pelentur air. Ini bermaksud berbanding dengan SSL, SSK tidak memerlukan kos yang besar, dan kos yang besar tidak memerlukan ruang lingkup yang ketat.

RUJUKAN:

1. campfiretechnology.com, “How to Choose Between a Hard or Soft Magic System?,” www.campfiretechnology.com, February 2020. [Online]. Available: https://www.campfiretechnology.com/2020/02/how-to-choose-between-a-hard-or-soft-magic-system/#:~:text=A%20hard%20magic%20system%20will,the%20reader%20knows%20the%20rules.&text=Then%20we%20have%20soft%20magic..

2. A. Carmody, “Hard Magic System vs Soft Magic System,” fantasybookfanatic.com, 6 March 2020. [Online]. Available: https://fantasybookfanatic.com/hard-magic-system-vs-soft-magic-system/#e.

3. coppermind.net, “Sanderson’s Law of Magic,” coppermind.net, [Online]. Available: https://coppermind.net/wiki/Sanderson%27s_Laws_of_Magic. [Accessed 24 July 2020].

4. Hello Future Me, “On Writing: hard magic systems in fantasy [ Avatar l Fullmetal Alchemist l Mistborn,” youtube.com, 2 February 2018. [Online]. Available: https://www.youtube.com/watch?v=iMJQb5bGu_g. [Accessed 24 July 2020].


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Ahmad Naqib Syahmi bin Jaafar. Bekas pensyarah Kolej Profesional MARA Indera Mahkota, Kuantan. Sekarang pelajar separuh masa sarjana media komunikasi dan pengajian perang di UiTM Shah Alam.

Comments are closed.