
Dalam dunia yang semakin maju dan mencabar ini, kita dapat lihat manusia semakin hari semakin menonjol dalam pelbagai perkara, lantaran ledakan perkembangan sains dan teknologi dan ditambah pula dengan kepesatan penggunaan media sosial dan aplikasi perhubungan yang mewujudkan dunia tanpa sempadan. Namun disebalik kemajuan manusia yang pelbagai ini, masih ramai yang menunjukkan sikap pelik dan

Kalau anda berminat mencari makna disebalik kehidupan, memahami maksud tersirat dalam setiap perkara yang berlaku, berusaha membuat induksi, penilaian atau kesimpulan dalam setiap kejadian yang dihadapi, maka anda sudah ada sedikit sifat ahli falsafah atau filasuf. Ini juga membawa maksud anda ada sedikit sifat Socrates, iaitu salah seorang filasuf terkenal berasal daripada Greek kuno. Socrates

Dalam membicarakan tentang hak asasi manusia, pasti akan terlintas dalam fikiran ramai tentang kod undang-undang Raja Cyrus the Great melalui Cyrus Cylinder, Kod Undang-undang Hammurabbi, serta penemuan Magna Carta dalam lipatan sejarah. Satu lagi tokoh yang tidak harus dilupakan tentang pengamalan keadilan serta penjagaan hak asasi manusia adalah Rasulullah SAW atau Muhammad bin Abdullah, utusan

Tariq Ramadan adalah seorang sarjana dan juga tokoh falsafah Muslim. Beliau berasal daripada keluarga yang berbangsa Arab-Mesir dan merupakan anak bongsu daripada enam adik-beradik. Beliau telah dilahirkan pada 26 Ogos 1962 di Geneva, Switzerland. Kebiasaannya dikenali dengan nama penuh beliau Tariq bin Sacīd Ramadan atau secara ringkasnya Tariq Ramadan. Beliau telah berumah tangga dan kini

Sekarang dunia kecoh tentang peranan wanita dalam masyarakat. Buka televisyen atau media sosial, disebalik kekecohan dunia dan pelbagai mehnah dalam masyarakat, akan terselit satu atau dua cerita tentang kepimpinan wanita, peranan wanita dalam pemerintahan, bolehkah wanita menjadi wakil rakyat (kalau di Malaysia la..), wanita dalam isu itu, wanita dalam isu ini. Bahkan di dunia pula

Alam Nusantara, satu alam yang mempunyai pelbagai kisah sejarah, kehidupan dan melahirkan ramai tokoh dalam masyarakat yang sememangnya boleh dijadikan rujukan dan kebanggaan untuk masyarakat akan datang. Salah seorang tokoh yang tidak patut dilupakan adalah tokoh Melayu Nusantara, iaitu Hamka. Haji Abdul Malek Karim Amrullah, atau nama pendeknya HAMKA merupakan salah seorang ulama, tokoh pemikir,

Alang-alang negara bakal menempuh pilihan raya umum pada tahun 2018 ini, jom sama-sama kita kenang kembali sedikit sejarah ringkas berkenaan pilihan raya ini dalam konteks hak asasi manusia. Konsep pilihan raya merupakan salah satu ciri-ciri hak asasi manusia yang dipersetujui oleh pemimpin dunia yang menyertai Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) melalui Deklarasi Hak Asasi Manusia Antarabangsa

Bermula tahun 1990-an sehingga kini telah semakin berkembang satu pegangan baru dalam Islam yang menggelarkan diri mereka sebagai pejuang hak asasi manusia dalam bidang agama Islam. Apa yang mereka buat? Sebagai pejuang hak asasi manusia, mereka konon-kononya ingin membebaskan Islam daripada pemahaman sempit daripada golongan ilmuwan islam dan para ulama. Jadi, mulalah timbul satu kumpulan

Apabila berbicara berkenaan hak asasi manusia, pasti akan terlintas di fikiran kita akan deklarasi hak asasi manusia yang menjadi asas kepada kelansungan hak kita dalam kehidupan seharian. Namun seharusnya diketahui, deklarasi hak asasi manusia ini sebenarnya merupakan salah satu usaha yang dilakukan oleh Cyrus The Great, seorang raja Parsi yang hebat dalam sejarah tamadun dunia.