Bermula tahun 1990-an sehingga kini telah semakin berkembang satu pegangan baru dalam Islam yang menggelarkan diri mereka sebagai pejuang hak asasi manusia dalam bidang agama Islam. Apa yang mereka buat? Sebagai pejuang hak asasi manusia, mereka konon-kononya ingin membebaskan Islam daripada pemahaman sempit daripada golongan ilmuwan islam dan para ulama. Jadi, mulalah timbul satu kumpulan yang mewujudkan satu gelaran yang dipanggil Islam Liberal atau Liberal Islam. Apa sebenarnya maksud liberal? Kamus Dewan keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka mendefinisikan perkataan Liberal sebagai “perasaan atau sifat condong kepada kebebasan dan pemerintahan yang demokratik serta berfshaman bebas. Selain itu, liberal juga boleh diterjemahkan kepada sesuatu atau seseorang yang bersifat atau berpandangan bebas, berpandangan terbuka tanpa berpegang pada satu aliran pemikiran semata-mata.”

Istilah Islam Liberal ini mula-mula digunakan oleh Charles Kurzman, manakala Leonard Binder pula adalah orang yang mengguna pakai istilah Liberal Islam. Namun ada pula sesetengah pendapat menukilkan bahawa bermulanya pendekatan liberal dalam agama Islam adalah rentetan daripada pengaruh Kristian Prostestan yang dimulakan oleh Martin Luther di Eropah yang ingin membebaskan agama Kristian daripada dimonopoli oleh golongan gereja dan paderi pada zaman beliau. Tak perlu diceritakan panjang kebar tentang sejarah Prostestan ini, akan tetapi jika diteliti kaitan dengan sejarah agama Kristian ini pun sudah menunjukkan wujudnya falasi dalam pengamalan Islam liberal ini oleh golongan moden dan sekular.

Okay kembali kepada perbincangan utama iaitu hak asasi manusia dan Islam liberal. Maka di sini dapat dilihat bahawa golongan Islam liberal atau Islam moden ini mengatakan bahawa setiap manusia mempunyai hak dalam kehidupan dan boleh ( baca: bebas) untuk mentafsir dan mempraktikkan agama mengikut fahaman sendiri. Pendek kata, mereka masih Muslim, tapi mereka bebas untuk solat ikut pemikiran sendiri, atau amal agama ikut akal sendiri.

Sebagai contoh; syariat Islam melalui al-Qura  dan hadith Rasulullah SAW mengajar bahawa jika berlaku solat berjemaah antara lelaki dan wanita, maka hanya lelaki yang boleh menjadi imam, manakala perempuan menjadi makmum. Namun tidak bagi golongan Islam liberal ini. Menggunakan alasan ‘hak asasi’ dan tafsiran akal sendiri, muncul golongan Muslim yang membenarkan wanita menjadi imam manakala kaum lelaki menjadi mukmin.

Lagi menambah kekeliruan adalah sewaktu solat, lelaki dan wanita boleh berjemaah di dalam saf yang sama sebelah menyebelah bersentuh siku (dengan lapik baju) sebagaimana yang dipraktikkan oleh Amina Wadud dan pengikutnya. Nauzubillah. Dahla mereka keliru dengan ajaran syariat Islam, disebarkan pula kekeliruan ini kepada orang ramai. Ni lah yang dikata orang:”Dahla sesat, menyesatkan pula…”

Selain itu,  ada juga golongan Islam liberal ini yang menggunakan konsep hak asasi manusia yang mereka pegang untuk menterjemah dan mentafsirkan sumber wahyu utama dalam Islam; iaitu al-Quran dan hadith mengikut akal dan pemikiran mereka sendiri yang terbatas. Kita sebagai orang awam biasa ( orang putih sebut ‘layman’) dibenarkan utuk membaca al-Quran dan terjemahannya sendiri, bahkan boleh dibeli di kedai atau didapati di masjid dan surau, namun untuk mentafsir dan memahami maksud tersirat yang dibawa oleh kedua-dua dalil naqli tersebut memerlukan sumber penerangan daripada para sahabat yang hidup dan belajar daripada Nabi Muhammad SAW sendiri akan kandungan dalil naqli tersebut, dan juga panduan serta tunjuk ajar para ulama dan ilmuwan Islam yang berautoriti selain telah menghabiskan hayat mereka menuntut dan menacari guru-guru bagi memahami ilmu berkenaan  sesuatu dalil naqli (al-Quran & hadith) tersebut. Membaca al-Quran dan hadith tanpa rujukan ilmuwan dan penerangan yang betul ibarat kita melihat iceberg yang terapung di lautan, hanya nampak di atas permukaan tetapi yang tenggelam di dalam laut masih tidak diketahui saiz dan ukurannya.

Golongan Islam liberal yang kononya memperjuangkan hak asasi manusia ini juga salah dalam menggunakan tafsiran akal bahkan juga emosi mereka semata-mata. Tidak hairan jika muncul suara-suara golongan ini yang berteriak “tafsiran ini ketinggalan zaman, tak boleh pakai zaman sekarang”, “tafsiran ini hanya ikut satu jantina (lelaki) sahaja, kena dibuat satu lagi tafsiran moden mengikut jantina satu lagi (wanita)”, “penerangan hadith ini sudah lapuk, akal moden boleh tolak hadith macam ini sebab tak ikut arus moden”. Sebab itu kita lihat golongan ini mengeluarkan kenyataan seperti “zaman moden tak boleh buat korban sebab menyeksa binatang” atau “solat boleh buat ikut kehendak masing-masing, tak boleh dipaksa-paksa”. MasyaAllah, moga-moga kita jauh daripada terpengaruh dengan golonga begini.

Golongan Islam liberal ini lupa sebenarnya, al-Quran & hadith datang dalam bahasa arab, dan bahasa arab mempunyai lenggok maksud, tatabahasa, gaya bahasa, susunan ayat dan tertib tersendiri berbeza dengan bahasa lain. Tahukah anda, realitinya orang arab sendiri tak mampu memahami al-Quran dan hadith tanpa bantuan tafsiran ulama dan ilmuwan Islam, inikan pula kita yang bukan Islam. ِAl-Quran datang dalam bentuk mencabar orang Arab, sama ada dalam bentuk penulisan, maksud, balaghah atau pun seni kata (uslub), walaupun datang dalam bahasa Arab sama seperti bahasa komunikasi orang Arab sendiri, menempelak orang Arab yang berbangga dengan kemahiran bahasa mereka. Begitu juga dengan dengan hadith Nabi SAW, di mana setiap patah hadith boleh diterjemah dan difahami dalam banyak maksud dan boleh membawa kekeliruan jika tidak dirujuk kepada penerangan oleh para Sahabat dan para Ulama, walaupun diungkap oleh Baginda SAW dalam kata-kata yang ringkas. Menunjukkan tinggi mukjizat al-Quran dan juga hadith Rasulullah SAW, membuktikan tingginya Islam dan bukan agama rekaan seperti yang didakwa oleh golongan Islam liberal, anti-Islam dan seangkatan dengannya

Sebagaimana yang telah diterangkan dalam artikel sebelum ini, Islam tidak menolak arus pemodenan, bahkan Islam menggalakkan Muslim menjadi semakin maju dan hebat salam apa sahaja bidang dan pekerjaan yang diceburi melalui pendekatan ‘ulul-albab’ di dalam al-Quran, bahkan Islam sangat membela hak asasi manusia dalam segenap perkara, akan tetapi pemahaman yang salah dan bertentangan dengan landasan syariat Islam yang betul adalah dengan sendirinya tertolak, termasuklah pegangan golongan Islam liberal ini.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Pengajian Islam (Usuluddin & Falsafah), Seorang penulis, pendidik dan peminat falsafah Muslim.

Comments are closed.