Baru-baru ini, sekumpulan saintis Australia mengesahkan fosil tu.la.ng dinosaur yang ditemui pada 2007 merupakan spesies baru dinosaur terbesar yang pernah ditemui di benua berkenaan. Australotitan cooperensis atau gergasi selatan merupakan antara 15 fosil dinosaur terbesar yang ditemui di seluruh dunia. Mereka percaya ia boleh mencapai ketinggian 6.5 meter dan panjang 30 meter atau sepanjang gelanggang bola keranjang.
Fosil ini ditemui di sebuah ladang di barat daya Queensland dan mengambil masa lebih sedekad untuk dikenalpasti. Ini kerana para saintis perlu membandingkan fosil yang ditemui dengan fosil-fosil dinosaur spesies lain termasuk jenis sauropod. Sauropod ialah sejenis dinosaur herbivor yang mempunyai kepala kecil, leher dan ekor yang panjang serta kaki yang besar bak tiang bangunan.
Spesies dinosaur ini wujud semasa era Cretaceous sekitar 92 hingga 96 juta tahun yang lalu. Fosil ini diberi gelaran Cooper oleh pasukan pengkaji kerana ia ditemui berhampiran dengan Cooper Creek. Selain berdepan proses pengenalpastian spesies dinosaur, keadaan dan saiz fosil serta lokasi fosil yang terpencil turut menjadi asbab pengenalpastian fosil mengambil masa lama.
Kebanyakan fosil Australotitan kini ditempatkan di Muzium Queensland dan Muzium Sejarah Alam Semulajadi Eromanga. Pengkaji paleontologi percaya spesies ini ada kaitan dengan tiga lagi jenis sauropod iaitu Wintonotitan, Diamantinasaurus dan Savannasaurus.
Menariknya, ladang di mana fosil Australotitan dijumpai berhampiran Eromanga milik dua pengkaji dinosaur, Robyn dan Stuart Mackenzie. Mackenzie menganggap pengelasan fosil berkenaan kepada semua pihak yang terlibat dalam aktiviti pencarian fosil berkenaan. Bagi kerajaan negeri Queensland, pengelasan Australotitan ini dilihat bakal merancakkan lagi usaha pengkaji dinosaur mencari fosil di Australia terutama di negeri itu.
RUJUKAN:
BBC News. (2021). Scientists say new dinosaur species is largest found in Australia.
Sumber gambar: Muzium Queensland
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih