Ahad, 27 September 202627 Sep 2026
Alam Melayu

Asal Usul Nasi Kerabu

Nasi Kerabu ni memang sinonim dengan negeri Cik Siti Wan Kembang. Mana-mana pergi dalam Malaysia ni pun mesti jumpa Nasi Kerabu. Tapi ramai jugak yang tak tau dari mana dia berasal.

Nama Nasi Kerabu ni datang sebab makanan ni merupakan campuran nasi dan sayur-sayuran serta ulam-ulaman dibubuh kelapa parut, garam, lada dan lain-lain.

Nasi Kerabu dikatakan memang berasal dari Kelantan, khususnya dari kalangan Peranakan pada abad ke-15. Peranakan Kelantan ialah kumpulan etnik yang terdiri dari tiga budaya iaitu Melayu Kelantan, Thailand dan Cina.

Nasi Kerabu wujud disebabkan percampuran budaya Cina dan Melayu akibat penghijrahan pedagang Cina. Nasi Kerabu ni dicipta oleh masyarakat Melayu yang tinggal di sepanjang Sungai Kelantan.

Makanan tradisional Kelantan ni jugak ada pengaruh dari Thailand kerana perkahwinan campur dengan orang Hokkien yang berasal dari Thailand yang menetap di Kelantan ketika tu.

Oleh itu, tak pelik bila makanan serupa Nasi Kerabu wujud di Selatan Thailand yang dikenali sebagai khao jam atau khao yum. Namun, ia berbeza dengan Nasi Kerabu dari segi rasa dan warna nasi.

Uniknya Nasi Kerabu ni ialah disebabkan warna biru nasi tu. Warna tu datang semasa nasi dimasak menggunakan sejenis bunga berwarna biru-ungu iaitu Bunga Kembang Telang.

Lama kelamaan, Nasi Kerabu merebak ke negeri jiran dan menjadi hidangan popular di seluruh negara.

Dah la tengah lapar ni, kalau dapat Nasi Kerabu Ayam Percik dengan daging bakar, telur masin, keropok, budu siap dengan solok lada. Fuh. Lepas makan mesti tersandar.

Oleh: Azizul Farhan

___

Kehebatan Nasi Kerabu menjangkau sempadan dan menjadi hidangan nasional di Malaysia. Selam lebih dalam mengenai falsafah Ketupat dan Pulut Kuning yang hanya boleh didapati di dalam KITAB TAMADUN MELAYU!

https://bit.ly/40FLVup

Kongsi

No comments yet