Orang-orang Selangor sendiri tahu ke mana datangnya nama Selangor? Malu la kalau tak tahu. Tapi takpe, harini saya bagitahu sempena Pesta Buku Antarabangsa Selangor yang sedang berlangsung ketika ini di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam.
Kuala Selangor takde ketua kaum untuk memimpin orang-orang Melayu di situ. Sampaikan diorang minta orang dari Kesultanan Perak atau Kedah untuk jadi pemimpin diorang.
Tapi diorang yang datang tu tak diterima penduduk tempatan. Lain pula ceritanya apabila Raja Lumu menjejakkan kaki ke Kuala Selangor. Baginda disambut baik dan diiktiraf jadi Yang Dipertuan Selangor pertama.
Sebelum kedatangan Raja Lumu pun nama Selangor ni dah wujud. Untuk tahu asal mulanya nama Selangor, beberapa cerita lisan didapati dari orang-orang yang tinggal di Kampung Permatang, Kampung Kuantan dan Jeram.
Ada cerita pasal nama Selangor datang dari sebutan seekor langau, sejenis binatang merupai lalat tetapi berwarna hijau.
Kononnya cerita ni datang dari seorang pahlawan bergerak dari Melaka yang dah dikalahkan Portugis dalam perjalanannya ke utara. Beliau keletihan dan berehat di bawah sebatang pokok.
Belum sempat terlelap, datang seekor langau terbang mengelilingi kepalanya. Kemudian langau tu hinggap di hidungnya, pahlawan tu cuba tampar tetapi langau tu mengelak. Begitulah keadaannya beberapa kali.
Geram punya pasal, pahlawan tadi buat keputusan kalau langau tu datang lagi, beliau tampar langau tu sekuat-kuat hatinya.
Bila langau tu hinggap di batang hidungnya, pahlawan tu pun tampar sekuat yang boleh, malangnya langau terus terbang tanpa rasa ragu dan hanya tinggal kesan sakitnya sahaja di batang hidung.
Dari keadaan nilah setiap kali beliau pegang hidungnya setiap itulah pula teringatkan kesan seekor langau.
Maka datang di fikirannya yang beliau tak pernah dikalahkan oleh mana-mana panglima atau pahlawan, tetapi beliau tewas oleh seekor langau sahaja.
Kejadian ni menimbulkan keinginannya untuk meneroka tempat tersebut dan batalkan rancangannya nak ke utara. Tempat itulah kemudiannya dinamakan sebagai se-langau, kemudiannya berubah jadi Selangor.
Pendapat lain sebut nama Selangor berasal dari pokok Mentangau, sejenis kayu laut. Pokok Mentangau ni pun masih ada lagi di pinggir Sungai Selangor.
Sesetengah pedagang yang familar dengan tempat tu akan kata, “Aku nak singgah di Kuala Mentangau,” kepelatan sebutan masyarakat tempatan akhirnya mengubah nama tu jadi Selangor.
Sebuah lagi cerita kata ada sebuah bahtera dari Kedah ke Selangor datang sebab nakhodanya nak jadi Penghulu di situ. Berita ni dah diketahui oleh orang-orang Kuala Selangor sendiri, jadi diorang cuba untuk buat rombongan tu tak dapat mudik.
Bahtera Kedah tu pun tersekat dan tak dapat bergerak lagi. Diorang dah cuba tapi semuanya tak berjaya. Nakhodanya pun suruh seorang anak buahnya turun ke dasar sungai untuk tengok apa punca bahtera tu tersangkut.
Rupa-rupanya beratus-ratus batang kayu Mentangau yang menghalang diorang. Ini ialah satu usaha orang tempatan untuk halang angkatan Kedah tadi ke datang. Dari itulah datangnya perkataan sungai mentangau.
Pendapat lain pula sebut nama Selangor berasal dari perkataan salang dan jemur. Dahulunya di pinggir Sungai Selangor tu ada tempat menghukum penderhaka dengan hukuman salang dan kemudiannya dijemur. Gabungan dari perkataan salang dan jemur ini terbitlah Selangor.
Cerita-cerita ni korang boleh baca sendiri di Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor dan Muzium Alam Shah di Shah Alam. Alang-alang lepas pergi pesta buku tu, singgah la muzium sebelum balik.
Oleh: Azizul Farhan
___
Kalau nak tahu kisah mitos dan legenda Alam Melayu yang pelik, baca je KISAH KLASIK TAMADUN MELAYU. Boleh dapatkan di https://bit.ly/KKTMFB12
Nak ingatkan juga pada korang, Pesta Buku Antarabangsa Selangor dah bermula hari ini! Anda turut berpeluang untuk beramah-mesra bersama penulis-penulis kegemaran anda. Jumpa anda di sana!

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply