Salah satu kisah Arabian Nights atau Hikayat Seribu Satu Malam yang paling terkenal ialah Aladdin dan Lampu Ajaib. Kisah ini memiliki segala unsur kisah fantasi yang sempurna: seorang anak yatim piatu yang jatuh cinta dengan puteri Sultan, jin dalam lampu ajaib, dan ahli sihir jahat yang merancang untuk memusnahkannya.

Bagaimana jika anda diberitahu bahawa kisah-kisah pengembaraan ini tak pernah wujud dalam Arabian Nights yang asal? Ia telah ditambah kemudian oleh seorang lelaki Perancis pada abad ke-18. Tapi bukankah ini kisah dari Timur Tengah? Apa kaitannya dengan Perancis?

Hollywood telah mempersembahkannya sebagai kisah Timur Tengah, berlatarkan Baghdad (dinamakan semula Agrabah dalam versi Disney). Tetapi dalam cerita asal, Aladdin berasal dari China.

Ya China, bukan Baghdad. Tapi, Aladdin jatuh cinta dengan puteri seorang Sultan. Sultan adalah gelaran pemerintah Islam yang diasaskan kaum Turki, dan bagaimana boleh ada Sultan di China?

Adakah Aladdin adalah kisah benar? Bagaimanakah seorang Perancis menulis cerita ini? Adakah kisah versi Disney itu tepat? Bagaimana China boleh ada Sultan?

Untuk menjawab setiap persoalan ini, mari kita bincangkan dahulu perkara yang kita mungkin sudah kenali: kisah di sebalik Arabian Nights.

Arabian Nights atau Hikayat Seribu Satu Malam (Alf Laylah wa-Laylah) ditetapkan di Parsi semasa era Empayar Sassaniyah (224–651 M). Shahryar, raja dan protagonis utama cerita, berasa ji.jik apabila mendapati isterinya curang. Dia membu.nuh isterinya kemudian mengahwini anak dara dan menghu.kum mereka ma.ti pada keesokan harinya selepas perkahwinan itu.

Hikayat Seribu Satu Malam yang dikumpul oleh Heinrich Friedrich von Diez, abad ke-19.

Shahryar menganggap setiap wanita tidak akan setia. Oleh itu, dengan membu.nuh mereka, dia telah menyelamatkan maruah diri, menurutnya.

Wazirnya bertanggungjawab memilih wanita-wanita malang ini.  Khabar angin tersebar selepas kaum wanita mula hilang secara misteri selepas perkahwinan mereka dengan raja. Akhirnya, wazir kehabisan calon isteri.

Anak perempuan wazir, Scheherazade, mengecewakan bapanya dengan secara sukarela mahu berkahwin dengan raja. Dia membuat Shahryar terpikat dengannya dengan menceritakan kisah yang dia tidak habiskan.

Raja ingin tahu apa yang berlaku seterusnya. Ini berlanjutan selama seribu satu malam di mana dia melahirkan dua orang anak untuk raja. Raja sangat terharu dengan penceritaannya sehingga dia bersetuju untuk berubah dan menjadikan dia permaisurinya.

Seribu Satu Malam ialah himpunan kisah yang diceritakan oleh Scheherazade kepada Shahryar. Walau bagaimanapun, dua kisah yang paling terkenal, Aladdin dan Ali Baba, tidak terdapat dalam naskah yang asal.

Jadi, bagaimanakah Aladdin dapat memasuki Seribu Satu Malam?

Edisi Perancis pertama, “Les Mille et une Nuits”, oleh Antoine Galland, 1730

Antoine Galland, dilahirkan pada tahun 1646, bekerja sebagai orientalis untuk Kedutaan Perancis di Istanbul semasa pemerintahan Empayar Uthmaniyah. Dia fasih berbahasa Yunani dan telah mempelajari bahasa Parsi, Arab, dan Turki semasa pengembaraannya di Timur Tengah dan India.

Dia sangat tertarik dengan seni dan kesusasteraan Timur Tengah. Galland adalah orang pertama yang menterjemahkan Hikayat Seribu Satu Malam ke dalam bahasa Perancis, yang dikenali sebagai Les mille et une nuits.

Jilid pertama muncul pada tahun 1704, dan jilid ke-12 dan terakhir muncul pada tahun 1712. Ini adalah pendedahan kali pertama dunia Eropah terhadap kisah ini. Buku-buku itu mendapat sambutan segera.

Misteri menyelubungi asal usul cerita hikayat ini yang paling popular: Aladdin dan Ali Baba. Ahli sejarah mengesyaki bahawa Antoine Galland menambah cerita itu sebagai sebahagian daripada koleksi “kisah anak yatim”.

Mereka percaya Galland mengarang dua cerita ini. Ini kerana tidak ada manuskrip berbahasa Arab bagi kisah-kisah tersebut sebelum terjemahan Galland.

Menariknya, Aladdin bukanlah anak yatim piatu dalam cerita yang asal. Dia seorang pemuda pemalas yang tinggal bersama ibunya. Dan ia tidak berlaku di Timur Tengah, kisah Aladdin berlaku di China. Ada dua jin, bukan satu.  Badr al-Badour ialah nama puteri, bukan Jasmine.

Permaidani Terbang yang digunakan oleh Aladdin, berdasarkan wira cerita rakyat Rusia Ivan Tsarevich.

Disney telah memasukkan sedikit elemen liberalisasi, dan begitu juga Antoine Galland. Tetapi tidak seperti Disney, apa yang dia lakukan di dunia hari ini akan dianggap plagiarisme dan pelanggaran harta intelek.

Siapa Aladdin Yang Sebenar?

Pada tahun 1688, Antun Yusuf Hanna Diab (lebih dikenali sebagai Hanna Diab), seorang lelaki Kristian Maronit yang dilahirkan di Aleppo, Syria. Pada masa itu Syria adalah sebahagian daripada Empayar Uthmaniyah.

Diab adalah seorang yang bersifat ingin tahu yang kuat dan penuh dengan semangat mengembara.  Malangnya, dia kehilangan bapanya ketika dia masih muda. Pada tahun 1707, dia bertemu Paul Lucas, seorang warga Perancis yang akan membawanya ke Perancis.

Lucas dan Diab memulakan perjalanan menarik yang bermula di Aleppo, dan termasuk perhentian di Tripoli, Sidon, Beirut, Cyprus, Mesir, Corsica, Livorno, Genoa, dan Marseille sebelum tiba di Paris pada tahun 1708.

Lucas mengesyorkan Diab menjawat satu jawatan di Perpustakaan Diraja di Paris. Di Paris juga, Diab bertemu Galland pada Mac 1709. Galland telah mencipta namanya sendiri di Eropah dengan jilid pertama Seribu Satu Malam. Walau bagaimanapun dia telah kehabisan cerita.

Aladdin dan lampu ajaibnya, diterbitkan oleh Andrew Lang (1844–1912).

Hasilnya, dia mengajak Diab untuk berkongsi sedikit cerita. Kisah-kisah Diab kebanyakannya berdasarkan kenangan zaman kanak-kanaknya.

Aladdin kehilangan bapanya pada awal penceritaan, sama seperti pengalaman hidup Diab sebelum ini. Itu kerana Aladdin yang sebenarnya mungkin adalah Hannah Diab.

Ramai sarjana percaya Aladdin berdasarkan Diab kerana persamaan antara kisah Aladdin dan autobiografinya sendiri. Diab mencipta versi fantasi dirinya: seorang budak lelaki miskin yang jatuh cinta dengan anak perempuan Sultan, jin ajaib yang mengabulkan hasratnya, dan ahli silap mata jahat yang mahu memusnahkan Aladdin.

Dunia Aladdin adalah dunia yang Diab sentiasa inginkan. Ramai yang percaya imaginasinya didorong oleh istana Versailles yang mewah dan gaya kehidupan yang mewah di Paris.

Diab menceritakan kisah Aladdin kepada Galland, tetapi dia tidak pernah diberikan kredit. Malah, tidak ada sebutan langsung mengenai Hanna Diab dalam keseluruhan Les mille et une nuits.

Jika diimbas kembali jawatan yang Paul Lucas cadangkan kepada Diab di Perpustakaan Diraja, sebenarnya Antoine Galland juga mahukan jawatan itu. Dia cemburu dengan Diab, seorang pemuda berbakat fasih dalam beberapa bahasa, yang mengancam cita-cita Galland.

Galland, sudah tentu, mengambil kesempatan dari hubungan politiknya untuk menyuruh Diab dihantar pulang ke Aleppo. Namun Diab tidak membenarkan kisahnya hilang dari lembaran sejarah.

Autobiografi Diab ditemui di Vatican. Dia juga memberitahu beberapa cerita lain kepada Galland. Mereka adalah sebahagian daripada Seribu Satu Malam.  Malangnya, tidak ada yang dikreditkan kepadanya.

Tetapi Diab mempunyai pengakhiran yang bahagia. Dia memulakan syarikat kain dengan abangnya Abdallah selepas kembali ke Aleppo. Syarikat itu berjaya. Dia berkahwin, dan mempunyai keluarga yang besar.

Diab seorang yang pandai membaca. Pengetahuan geografinya adalah menyeluruh, dan dia mahir dalam isu semasa di seluruh dunia.

Jadi mengapa dia membayangkan Aladdin tinggal di China di bawah pemerintahan Sultan Islam sedangkan China tidak ada sultan Siapakah Sultan China?

Banyak pendapat berbeza-beza mengenai apa yang dimaksudkan oleh Hanna Diab apabila dia menyebut tentang “China”. Bagi orang Eropah, China adalah negeri Asia Timur yang jauh dan eksotik ketika itu.

Diab mungkin merujuk kepada negaranya sendiri iaitu Empayar Uthmaniyah dengan memanggilnya China. Oleh itu, Sultan Uthmaniyah mungkin menjadi salah satu  cerminan yang mungkin bagi Sultan China.

Tapi ini adalah penjelasan yang lemah.

Diab adalah seorang yang berpendidikan tinggi, dan tak mungkin dia akan merujuk kepada Empayar Uthmaniyah sebagai China. Untuk memahami apa yang terlintas dalam fikiran Diab, mari kita teliti landskap politik China pada abad ke-17.

Dinasti Qing memerintah China pada akhir abad ke-17. Mereka menggulingkan dinasti Ming sebelumnya, yang mempunyai ramai jeneral dan ahli politik Islam yang berkuasa. Salah seorang tokoh tersebut ialah

Tugu Laksamana Zheng He di Melaka

Laksamana Zheng He (Cheng Ho), seorang sida-sida Muslim, dan laksamana tentera laut Ming. Eksploitasinya mengakibatkan penguasaan maritim sepenuhnya oleh China pada awal abad ke-15 M.

Semasa pemerintahan Maharaja Zhengde, pengaruh dan kuasa umat Islam di China berada di kemuncaknya. Zhengde secara berperingkat melarang penyembelihan babi, yang membawa kepada khabar angin bahawa baginda telah memeluk Islam.

Namun, memandangkan kuasa yang dimiliki oleh maharaja China, jika khabar angin itu benar, ia tentu akan didedahkan kepada umum dan bukannya dirahsiakan.

Adakah Diab membayangkan Maharaja Zhengde sebagai Sultan China dalam kisah Aladdin? Kebarangkalian untuk ini adalah rendah kerana pemerintahan Maharaja Zhengde adalah lebih 150 tahun sebelum Diab dilahirkan.

Ketika itu, tanah besar China dikaitkan dengan kawasan yang diperintah oleh etnik Cina Han. Semasa era dinasti Han dan Tang, kaum Cina Han menguasai Lembangan Tarim dan sebahagian Asia Tengah. Oleh itu China adalah wilayah yang jauh lebih besar pada zaman itu berbanding hari ini.

Berikutan kebangkitan Empayar Mongol, China dan Timur Tengah berada di bawah satu kuasa politik. Laluan perdagangan Jalan Sutera berkembang pesat kerana penyatuan ini. Banyak barangan China, seperti porselin biru, diukir dalam bahasa Arab dan Parsi dan dijual di Timur Tengah.

Maharana Zhengde dari Dinasti Ming

Empayar Mongol berpecah kepada Dinasti Yuan di China, Kekhanan Chagatai yang berpangkalan di Asia Tengah, Ilkhaniyah yang berpangkalan di Parsi, dan Ulus Jochi yang berpangkalan di Eropah Timur.

Di Kekhanan Chagatai, keturunan Mongol telah memeluk Islam. Beberapa bekas kerajaan pengikut Kekhanan Chagatai yang menetap di China kemudian membentuk Kekhanan Kumul, kekhanan terakhir yang didominasi bangsa Turkik.

Kekhanan Kumul (1696–1930) terletak di wilayah Xinjiang moden, China, tanah air kepada penduduk Uighur Muslim. Bolehkah ia menjadi latar belakang yang mungkin untuk legenda Aladdin?

Peristiwa pada masa itu akan mencadangkan begitu. Dinasti Ming dan Dinasti Qing terikat dalam pertem.puran yang hangat pada pertengahan hingga akhir abad ke-17.  Hanna Diab dilahirkan sekitar tempoh ini (1688 M).

Kekhanan Chagatai dan Kekhanan Kumul menyokong dinasti Ming.  Dinasti Qing disokong oleh orang Korea dan syarikat Hindia Timur Belanda. Walaupun Dinasti Ming telah dikalahkan, penduduk di Xinjiang dan bahagian lain di China menentang pemerintah baru. Akhirnya, mereka semua ditundukkan pada abad ke-18.

Konflik ini menunjukkan bahawa sebahagian China berada di bawah pengaruh Islam. Oleh itu, terdapat kemungkinan besar bahawa “Sultan Cina” Aladdin adalah pemerintah Kekhanan Kumul.

Tidak kiralah penjelasan mana yang kita mahu percaya, seorang Sultan di China dengan tema Islamik dan Aladdin bukanlah suatu imaginasi yang diada-adakan.

Sejak zaman Dinasti Tang, China telah terdedah dengan dunia Islam. Dengan penak.lukan Mongol, ia menjadi sebahagian daripada alam yang sama. Hanna Diab sebagai seorang yang cendekiawan mungkin mengetahui peristiwa di zamannya. China yang kita lihat hari ini dengan China pada abad ke-17 adalah dunia yang berbeza.

Khan Kumul adalah pesaing terkuat untuk watak Sultan China yang misteri.

Abdullah Beg merupakan salah seorang Khan Kumul yang sezaman dengan Diab dan mungkin merupakan Sultan yang disebut dalam kisah Aladdin.

Manakala Aladdin berkemungkinan seorang budak Uighur tempatan. Tetapi bagaimana kita boleh begitu yakin? Tumpuan terhadap status etnik Jafar sebagai seorang ahli sihir jahat dari Maghribi (rujukan kepada Afrika Utara) menunjukkan bahawa Aladdin adalah orang tempatan di sekitar China. Seorang Muslim dari China yang diperintah oleh ‘Sultan’ tentulah orang Turki Uighur.

Agak mengecewakan, Hanna Diab yang menginspirasikan kisah asal meninggal dunia sebagai lelaki yang tak dihargai. Tetapi seperti Aladdin, dia mempunyai pengakhiran yang bahagia.

Hari ini, sukar untuk dipercayai bahawa seorang Sultan mungkin wujud di China, tetapi ini adalah satu kemungkinan. Dan sebenarnya dalam sejarah memang pernah wujud walaupun hanya sementara.

Du Wenxiu adalah pemimpin Cina Muslim semasa Pemberon.takan Panthay, sebuah pemberon.takan anti-Qing di China semasa era Dinasti Qing. Dia memakai gelaran sebagai Sultan Dali.

Kalau anda berminat dengan sejarah berkaitan dengan MONGOL, kami nak ajak anda untuk membeli buku keluaran terbaru kami, KITAB TAMADUN MONGOL di webstore kami: https://bit.ly/pratempahktmktr

Boleh dapatkan buku terbaru The Patriots di webstore kami: https://bit.ly/pratempahktmktr

RUJUKAN:

Bottigheimer, Ruth B (2014). East Meets West: Hannā Diyāb and The Thousand and One Nights’, Marvels & Tales.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.