Untuk artikel kali ini, para pembaca yang memiliki nama Efendi, Afandi, Efendy atau lain-lain varian boleh berbangga kerana nama yang kalian bawa sepanjang hidup itu bukan sebarangan nama, ia memiliki status sosialnya yang tersendiri, dari peringkat marhaen hinggalah ke peringkat pegawai tertinggi. Namun, dari mana asalnya nama ini?

Effendi, Efendi atau Effendy adalah sejenis nama gelaran yang telah lama digunakan di Turki (Efendi), ia merupakan perkataan pinjaman yang berasal dari bahasa Yunani: αφέντης (aˈfendis). Dalam bahasa Turki Uthmaniyyah, ia dieja dan disebut افندی, (rumi: efendi).

Ia merupakan gelaran bangsawan yang bermaksud Tuan, dan gelaran itu samada dalam bentuk dan sebutan asal atau variasi bentuk yang berbeza adalah berasal dari perkataan bahasa Yunani aphentēs yang juga berasal dari bahasa Yunani kuno authentēs yang juga bermaksud tuan dan biasa digunakan untuk merujuk kepada seorang lelaki.

Perkataan ini digunakan secara meluas sebagai gelaran Yunani untuk golongan bangsawan di Byzantium selewat tahun 1465, seperti yang dikesan melalui surat-surat Kardinal Bessarion apabila merujuk tentang anak-anak Thomas Paleologus.

Gelaran ini adalah gelaran terhormat atau nama panggilan yang lebih beradab untuk seorang lelaki, ia setara dengan gelaran Sir yang digunakan bangsawan Inggeris. Efendi digunakan di kedua-dua Empayar Uthmaniyyah dan Empayar Byzantium.

Dalam konteks samada secara formal mahu pun tidak rasmi, ia akan disebut pada pangkal nama diikuti dengan nama peribadi seseorang, dan secara lazimnya diberikan kepada golongan berkerjaya, terpelajar atau pegawai pemerintah yang memiliki pangkat yang tinggi, ia hampir serupa seperti bey atau pasha.

Ia juga boleh digunakan untuk merujuk kepada jawatan atau darjat seseorang seperti hekim efendi (ketua doktor kepada sultan), sama seperti kita merujuk seorang doktor dengan gelaran “tuan doktor”.

Dalam bentuk posesif atau kata gantinama efendim (tuan hamba/tuan) kebiasaannya boleh digunakan oleh seorang hamba, dalam perbahasan formal, ketika menjawab telefon, dan adakalanya ia boleh menggantikan ayat “maafkan saya” dalam beberapa situasi, misalnya apabila meminta seseorang mengulang kembali sesuatu yang dikatakannya.

Pada zaman Empayar Uthmaniyyah, gelaran effendi adalah gelaran yang paling umum dilekatkan pada nama peribadi selepas gelaran agha.

Gelaran seperti itu bukan sekadar norma budaya yang menghormati seseorang lelaki, bahkan ia menggambarkan seseorang itu sebagai “lelaki yang berpendidikan”, yang secara implikasinya turut melekat terhadap seseorang yang berkelulusan sekolah negeri sekular (rüşdiye), walaupun sekurang-kurangnya sebilangan besar atau kebanyakan “efendi-efendi” ini pernah menjadi pelajar agama atau guru agama.

Shoghi Effendi,, lelaki yang ‘dilantik’ sebagai ketua ajaran Baha’i

Lucy Mary Jane Garnett menulis dalam karyanya, Turkish Life in Town And Country pada tahun 1904 bahawa penduduk beragama Kristian di Uthmaniyyah, wanita, mullah, syeikh, dan para putera keluarga diraja Uthmaniyyah juga boleh menjadi effendi, gelaran ini membawa makna yang sama dengan Monsieur Perancis yang merupakan sekadar salah satu dari dua istilah konvensional yang tidak pasti seperti ‘Esquire’ (tuan yang terhormat).

Effendi juga dianggap sebagai gelaran untuk seorang lelaki berpendidikan tinggi atau memiliki kedudukan sosial tertentu di negara timur (Mediterranean atau Timur Tengah). Ia merupakan istilah setara untuk esquire, dan berada di bawah kedudukan pemegang gelaran bey di Mesir pada era dinasti Muhammad Ali, dan sangat popular digunakan di kalangan orang Mesir.

Effendi masih digunakan sebagai gelaran yang terhormat di Mesir, Jordan, dan Turki (serta beberapa negara bekas Uthmaniyyah yang lain), dan merupakan sumber untuk perkataan أفندم?  afandim, (efendim dalam bahasa Turki) sebagai cara yang lebih sopan untuk mengatakan, “Maaf?”, dan biasa digunakan ketika menjawab panggilan telefon.

Pasukan t3nter4 koloni Afrika Timur Inggeris dan Afrika Timur Jerman dibina dari stok tenter4 Sudan milik t3nter4 Mesir, yang secara nominal berada di bawah Empayar Uthmaniyyah.

Unit-unit ini memasuki Afrika Timur dengan beberapa pegawai yang membawa gelaran effendi, dan oleh itu, ia terus digunakan oleh pegawai bukan Eropah dari dua pasukan penjajah itu.

Effendi (Pegawai Lantikan Gabenor) adalah pangkat tertinggi yang boleh dicapai oleh orang Afrika kulit hitam di dalam British King’s African Rifles (KAR) sehingga tahun 1961 (sejak itu, kenaikan pangkat kepada pegawai yang ditugaskan menjadi lebih mudah).

Mereka setaraf dengan Pegawai Lantikan Raja Muda dalam T3nt3ra India British. Hingga kini sebutan dalam bentuk bahasa Swahili iaitu afande menjadi kata gantinama untuk pegawai-pegawai di t3nt3ra Kenya, Tanzania dan yang paling terbaru adalah di Rwanda dengan kebangkitan kuasa Rwandan Patriotic Front (RPF).

Bidang kuasa seorang Effendi hanya terhad kepada pasukan KAR, dan dia tidak boleh memerintah pasukan Inggeris. KAR tidak digunakan lagi pada tahun 1930-an dan diperkenalkan semula pada tahun 1956.

Effendi juga merupakan pangkat untuk pegawai bukan Eropah dalam pasukan Schutztruppe dari Afrika Timur Jerman. Hampir menyamai cara yang diamalkan British, Effendi Schutztruple dilantik melalui surat perintah gabenor, bukan melalui lantikan Kaiser Jerman di mana lantikan itu untuk pegawai dari orang kulit putih.

Mereka juga tidak ada kuasa terhadap pasukan kulit putih. Dalam Schutztruppe pangkat sebegini digunakan bersama dengan pangkat lain yang berasal dari budaya Uthmaniyyah seperti “Tschausch” (sarjan) dan “Ombascha” (koperal).

Di negara-negara yang lain, gelaran Effendi turut mempengaruhi budaya sosial tempatan masing-masing, antaranya seperti di Bosnia Dan Herzegovina, efendija merujuk kepada ulamak Islam, di India dan Pakistan, Effendi adalah nama keluarga untuk keturunan yang nenek moyangnya berhijrah dari Turki atau Afghanistan,

Di China, Effendi (阿凡提) sering merujuk kepada Nasreddin Hodja, seorang ahli falsafah Sufi era Empayar Seljuk, manakala di Afghanistan, beberapa anggota klan Barakzai yang merupakan bekas penguasa dari suku Durranis juga menggunakan Effendi atau varian Affandi sebagai nama keluarga mereka.

Sementara itu di Indonesia dan Malaysia, Effendi atau Afandi dan beberapa varian lagi telah dijadikan sebagai nama peribadi untuk kaum lelaki. Salah seorang warga kerja The Patriots juga merupakan pemilik nama yang berasal dari gelaran unik itu.

Sepanjang tempoh itu, beliau hanya dikenali sebagai Abdülmecid Efendi kerana gelaran Sultan, Padisah, Hunkar, Khan, mahupun Impalator sudah tidak sah lagi.Ketika era kejatuhan Empayar Uthmaniyyah, sistem kesultanan telah dimansuhkan namun khalifah masih dikekalkan, Khalifah terakhir Uthmaniyyah yang sebelum itu memegang gelaran Shahzade kerana dia merupakan bekas pewaris takhta Sultan Uthmaniyyah, telah diundi dan dilantik sebagai khalifah oleh Dewan Kebangsaan Agung Turki pada tahun 1922 sebelum sistem khilafah juga dibubarkan pada tahun 1924.

Hari ini, meskipun gelaran Effendi berakar dari budaya dan bahasa Yunani, namun  ia lebih popular dan digunakan secara meluas untuk jangkamasa yang panjang di Turki. Pihak berkuasa Republik Turki telah membatalkan gelaran tersebut sekitar tahun 1930-an. Namun ia masih digunapakai hingga sekarang secara tidak formal.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.