Baru-baru ini, sekumpulan pengkaji Mesir Purba menemui sejumlah besar bahan pemumiaan di sebuah nekropolis di Abusir, selatan Kaherah, Penemuan ini mengejutkan komuniti pengkaji Mesir Purba kerana ia merupakan koleksi terbesar bahan pemumiaan yang ditemui setakat ini.

Kebanyakan artifak ini termasuklah 370 buah bekas seramik besar. Pengkaji Mesir Purba dari Institut Mesir Purba Republik Czech, Universiti Charles di Prague percaya artifak-artifak ini berusia sekurang-kurangnya 2,500 tahun. Kesemua artifak ini dijumpai dalam lubang-lubang makam nekropolis berhampiran Piramid Djoser – Firaun pertama Dinasti Ketiga Kerajaan Lama Mesir Purba.

Antara bekas seramik yang ditemui di nekropolis Abusir. Sumber: Petr Kosarek/Universiti Charles

Disebabkan tempoh yang dinyatakan, ini membantu mereka mengenalpasti bila bekas-bekas seramik besar ini ditanam dalam lubang. Timbalan ketua misi arkeologi Mohamed Megahed percaya ia ditanam sekitar Dinasti Ke-26 atau abad keenam Masihi. Pada ketika itu, pintu sempadan Mesir dibuka oleh para Firaun untuk aktiviti perdagangan dan pembukaan petempatan.

Abusir sudah menjadi tumpuan pengkaji arkeologi dan Mesir Purba sejak tahun 60-an lagi. Pasukan pengkaji percaya makam-makam yang ditemui bersama bahan-bahan proses pemumiaan ini milik bangsawan dan pegawai tinggi kerajaan Mesir Purba ketika itu.

Beberapa makam berhampiran telah dikenalpasti pemiliknya. Antara yang dimakamkan di situ ialah laksamana dan doktor Udjahorresnet dan jeneral Menekhibnekau. Kedua-duanya dikatakan hidup semasa era Dinasti Ke-26 Mesir Purba iaitu sekitar 664 hingga 525 SM.

Antara bahan yang dijumpai ialah minyak, resin, timbunan abu (berkemungkinan api digunakan untuk menerangi kawasan makam semasa proses pemumiaan dijalankan) dan natron. Menurut salah seorang penyelidik Jiri Janak, natron digunakan untuk mengeringkan mayat sebelum proses pemumiaan dilakukan.

Selain itu, mereka turut menemui empat bekas simpanan yang diperbuat daripada batu kapur. Kebiasaannya, bekas ini digunakan untuk menyimpan organ dalaman mayat selepas ia dikeluarkan daripada mayat. Walaupun tiada apa yang terkandung dalam bekas-bekas berkenaan, terdapat nama-nama yang tertera pada setiap bekas. Tambah Janak, ini sedikit sebanyak membantu pengkaji mengenalpasti identiti pemilik makam di situ.

Empat bekas simpanan organ yang diperbuat daripada batu kapur. Sumber: Petr Kosarek/Universiti Charles

Tambah pasukan penyelidik lagi, masih banyak bekas yang belum dibuka. Ini membuka banyak peluang untuk kajian dan analisis. Sementara proses saintifik untuk artifak berjalan di makmal, kerja-kerja ekskavasi sekitar Abusir diteruskan sehingga akhir tahun ini. Setakat ini, hanya 10% daripada seluruh kawasan nekropolis Abusir yang berjaya diekskavasi.

RUJUKAN

Kindy, D. (2022, 2 Mac). These Ancient Egyptian Artifacts Reveal New Details on the Mummification Process. Smithsonian Magazine.

Nota kaki

Natron – mineral monoklinik berwarna putih, kelabu atau kuning, mudah larut dalam air dan terdapat sisa jika dirasa amat masin.

Sumber gambar: Petr Kosarek/Universiti Charles


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply