Antara sarjana yang meletakkan mata tentang P3rang Dunia Ketiga ialah Albert Einstein. Selepas mengamati tahap teknologi dalam P3rang Dunia Kedua, beliau berpendapat bahawa P3rang Dunia Ketiga akan berlaku dengan persenjataan terlalu berbahaya sampai kemajuan manusia boleh hancur bagaikan Zaman Batu pun. Beliau juga mengatakan, “aku tidak tahu senjata apa akan digunakan dalam P3rang Dunia Ketiga, tetapi P3rang Dunia Keempat akan menggunakan kayu dan batu.”
Jarak tahun antara dua P3rang dunia yang telah berlaku ialah 27 tahun. Memandangkan sudah 74 tahun sejak semboyan peP3rangan sebegini telah diam, dunia boleh dikatakan mencapai tahap keamanan sejagat yang tidak pernah dinikmati nenek moyang. Peristiwa-peristiwa semasa P3rang Dingin juga tidak mencapai skala P3rang Dunia Kedua, dimana ekonomi seluruh dunia tergugat.
Maka harus dipersoalkan: apakah kebarangkalian untuk P3rang Dunia Ketiga berlaku?
Antara 1950 hingga 2019, dunia tersungkur ke arah pep3rangan besar sebanyak lapan kali. Pada 25 Jun 1950, dua negara Korea bertembung yang ramai berpendapat boleh membuatkan Amerika Syarikat, Kesatuan Soviet dan China berp3rang. 12 tahun kemudian, John F. Kennedy menghantar misil-misil nvklear ke Itali dan Turki yang Moscow dan Stalingrad menjadi sasaran. Sebagai tindakbalas, Nikita Khrushchev menempatkan misil nuklear di Cuba, yang membuatkan semua orang di Amerika Syarikat terpinga-pinga.
Jika Kennedy dan Khrushchev gagal berdiplomasi, mungkin p3rang Dunia Ketiga sudah berlaku. Ini kerana Amerika Syarikat gagal dalam pencerobohan di Teluk Babi yang gagal. Lebih mengejutkan, pada 9 November 1979, komputer NORAD telah membuat suatu keralatan besar dengan mengatakan bahawa Kesatuan Soviet telah melancarkan serangan besar-besaran. Begitu juga kejadian 26 September 1983 apabila sistem amaran Soviet pula bermasalah.
Perkembangan-perkembangan ini merupakan peristiwa sebelum alaf sekarang. Dengan keselamatan global semasa, ramai berpendapat bahawa p3rang Dunia Ketiga tidak mungkin boleh berlaku. Pendapat sebegini bertepatan dengan realiti juga, disebabkan dunia semakin berintegrasi melalui kehebatan dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Namun status sebenar p3rang Dunia Ketiga ialah “possible, probable but not inevitable”. Pemimpin-pemimpin sekarang mempunyai kuasa mutlak yang luar biasa. Namun kuasa mereka terikat dengan konsensus. PeP3rangan seperti Vietnam, Teluk dan Iraq menunjukkan bahawa permainan media boleh mengalihkan pandangan masyarakat untuk melengkapkan “keperluan konsensus” diperlukan pemimpin.
Misalnya Amerika Syarikat mendapatkan dalil mengatakan pep3rangan Vietnam ialah sebuah usaha untuk mengekang komunisme di Asia Tenggara. P3rang Teluk untuk membebaskan Kuwait daripada cengkaman Iraq dimulakan dengan pendustaan daripada Nayira al-Sabah yang mengatakan tentera-tentera Saddam Hussein menyerang sebuah hospital dan (dengan suara sebak) “membiarkan bayi m4ti atas lantai sejuk”.
Dalil untuk menghalalkan p3rang Iraq pula seperti semua tahu ialah senjata pemusnah global (WMD) yang bukan sahaja tidak ditemui – malah tiada langsung bukti yang boleh menjejakkan perkara tersebut wujud. P3rang Saudara Syria pun hampir dihalalkan sebuah operasi ketenteraan besar-besaran atas dakyah senjata kimia. Namun Bashar Assad mempunyai pendekatan berbeza berbanding Saddam. Beliau akur dengan tuntutan Kremlin untuk menyerahkan semua data berkaitan senjata kimia kepada PBB, suatu tindakan yang membuatkan kerajaanya tidak dapat dibuktikan bertanggungjawab atas serangan kimia.
Syria sebenarnya merupakan pentas yang boleh menghalalkan p3rang Dunia Ketiga. Sedikit kesilapan pun sudah mencukupi. Namun diplomasi dunia sekali lagi berjaya, dan perjalanan ke arah kestabilan bagi negara tersebut mungkin boleh menjaminkan tiada “escalation” berlaku. Tindakan Kremlin untuk merangkul Crimea daripada Ukraine yang korup pun tidak mencetuskan “escalation”.
Malah Amerika Syarikat setelah pertukaran kerajaan pasca-Barack Obama pun sudah seakan-akan tidak berminat untuk memperjuangkan kedaulatan Ukraine, dengan Donald Trump lebih terlibat dalam kontroversi bersama Presiden Volodymyr Zelensky. Namun dengan 2010-an menghampiri kesudahan, jelas terbukti bahawa pergolakan yang berlaku menunjukkan kebarangkalian berlakunya peP3rangan itu tinggi.
Jelas sekali bahawa dunia jika tidak dipimpin secara bertanggungjawab boleh mencetuskan konflik. Masalah ekonomi di Amerika Syarikat akibat p3rang Afghanistan dan Iraq mungkin mengikatkan aspirasi kerajaan dibawah Trump untuk memalu gendang pep3rangan. Manakala jika Trump tewas pada Bernie Sanders/Joe Biden dalam pilihanraya akan datang, mungkin sentimen pep3rangan boleh mati buat seketika pun.
Namun dunia yang semakin multi-polar juga mengalihkan pandangan ke China, dimana dasar Xi Jinping turut mencetuskan kekacauan di Laut Cina Selatan (LCS). Provokasi terhadap Kepulauan Senkaku juga harus diambil kira, serta masalah di Hong Kong yang sudahpun meleset secara ekonomi.
Maka Trump yang ingin membina benteng, Putin yang merangkul Crimea dan Jinping yang mendirikan pengkalan-pengkalan ketenteraan di LCS, jaminan untuk P3rang Dunia Ketiga dilihat lemah.
Provokasi ialah sentuhan pertama yang merangsangkan syahwat konflik. Ad0lf H1tl3r melakukan provokasi terhadap Austria dan Czechoslovakia (termasuk Poland juga). Jepun pun melakukan perkara yang sama di Manchuria, China dan Asia Tenggara, sebelum menyerang Pearl Harbor. H1tl3r dan Meiji tidak menginginkan p3rang Dunia Kedua pun, tetapi ia berlaku juga.
Persoalan sebenar ialah – memang Trump, Putin dan Jinping tidak mahukan P3rang Dunia Ketiga. Kuasa ekonomi China terletak pada perdagangan. Namun apakah p3rang Dunia Ketiga boleh berlaku juga?
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih