Wanita merupakan insan yang paling banyak menumpahkan baktinya demi sesuatu. Keikhlasan mereka dan kebaikan mereka merupakan sebuah sifat yang ada pada diri mereka. Namun, terdapat beberapa ketika, kebaikan mereka ini sentiasa disalahgunakan bahkan dieksploitasi oleh individu individu tertentu bagi kepentingan mereka sendiri. Akhirnya, perkara ini kemudiannya menjadikan wanita itu hilang harga dirinya dan maruah dirinya dek kerana tindakan beberapa individu yang mengambil kesempatan atas diri mereka.
Situasi yang sama berlaku pada era Kesultanan Melayu Melaka ini. Wanita Bangsawan ini telah memainkan beberapa peranan penting dalam Kesultanan ini.
Politik merupakan sebuah perkara yang penting bagi memelihara kuasa sesebuah pentadbiran bagi menjamin kestabilan negara. Pada era Kesultanan Melaka, peranan Wanita dapat dilihat secara signifikan dalam menjaga kestabilan Politik dan keharmonian antara beberapa pihak. Antara peranan yang pernah dimainkan oleh wanita ialah menjadi pendamai antara dua pihak yang bertelagah.
Antara tokoh yang berperanan dalam isu ini ialah Tun Kudu dalam Era Pemerintahan Sultan Muzaffar Syah (1445-1449). Tun Kudu telah berperanan sebagai pendamai antara dua pihak yang bertelagah iaitu Bendahara Seri Nara Di Raja Tun Ali Bin Bendahara Sri Amar Diraja dan adindanya Tun Kudu, Bendahara Tun Perak. Tun Kudu merupakan Raja Permaisuri bagi Empayar Kesultanan Melaka. Bagi meleraikan permasalahan yang memuncak antara kedua bendahara ini, Sultan Muzaffar Syah telah mengambil tindakan untuk menceraikan permaisurinya, Tun Kudu.
Setelah tamat iddahnya, Tun Kudu kemudiannya dinikahkan dengan Bendahara Seri Nara Diraja Tun Ali bagi meleraikan perbalahan antara dua puak yang sedang bertelagah ini. Impak daripada pengorbanan Tun Kudu ini, keadaan politik Melaka yang sebelum ini berpecah kepada dua puak kita telah bersatu kembali.
Begitu juga kita dapat lihat peranan Puteri Hang Li Po pada pemerintahan Sultan Mansur Syah (1459 – 1477) yang menjadi Permaisuri kepada Sultan Melaka demi mengeratkan hubungan antara Kerajaan China (Dinasti Ming) dan Melaka pada ketika itu. Pernikahan ini seterusnya meningkatkan lagi hubungan Geopolitik antara negara serta menjamin kedaulatan negeri Melaka daripada sebarang ancaman Siam. Begitu juga dengan pernikahan puteri Majapahit iaitu Raden Galuh Cendera Kirana yang menjadi pendamai antara musuh tradisi Empayar Melaka iaitu Majapahit.
Kesimpulannya, wanita bangsawan pada era Melaka mempunyai peranannya yang tersendiri dalam melakar nama mereka dalam catatan Sejarah Melayu. Walaupun kecil, tetapi peranan yang dimainkan oleh mereka dapat dirasakan secara signifikan bagi menjamin keharmonian dan kestabilan politik di Negeri Melaka.
Rujukan:
[1] Hikayat Hang Tuah, Dewan Bahasa Pustaka
[2] Sulalatus Salatin, Dewan Bahasa Pustaka
[3] Sejarah Melayu, Ahmad Dahlan, DBP
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih