Beberapa tahun lepas, filem The Meg terbitan Warner Bros Pictures menjadi sebutan ramai penonton kerana menampilkan nenek moyang jerung hari ini, megalodon. Filem lakonan Jason Statham itu berkisar tentang bagaimana sekumpulan saintis terserempak dengan seekor megalodon semasa menjalankan misi menyelamat di Lautan Pasifik. Dan sebaik filem ini tamat, ramai tertanya-tanya sama ada megalodon masih wujud atau tidak.

Megalodon atau nama saintifiknya Carchardon megalodon/Carchalocles megalodon dianggap pemangsa terbesar di lautan dan laut. Namanya diambil daripada perkataan Yunani yang bermaksud gigi besar. Melihat kepada rangka gigi megalodon di bawah, ia sudah pasti menimbulkan kegerunan kepada semua yang melihatnya.

Rajah 1: Contoh rangka gigi megalodon

Megalodon dikatakan hidup antara 23 hingga 2.6 juta tahun lalu. Berikutan statusnya pemangsa utama, banyak fosil atau gigi megalodon ditemui di banyak negara seperti Australia, Jamaica, Cuba dan India. Walaupun saintis berbeza pandangan tentang saiz sebenar megalodon, ia dikatakan berukuran antara 18 hingga 24/25 meter. Kekuatan gigitannya enam kali ganda lebih kuat daripada gigitan jerung putih.

Disebabkan saiz badannya yang besar, usah terkejut berat megalodon juga amat berat. Berdasarkan analisis saintis terhadap 175 spesimen megalodon yang ditemui, mereka menganggarkan berat semua spesimen antara 48 hingga 103 tan. Disebabkan itu, ini memaksa megalodon memburu ratusan ekor ikan setiap hari bagi memenuhi diet hariannya.

Megalodon juga dikatakan menjadi inspirasi kepada legenda naga atau ular laut gergasi pada Zaman Pertengahan dan Renaissance. Berdasarkan rekod Nicolaus Steno pada abad ke-17, gigi yang disangka penduduk tempatan milik naga atau ular itu sebenarnya gigi jerung gergasi. Menerusi bukunya The Head of a Shark Dis.sec.ted, ini merupakan lakaran pertama megalodon dalam sejarah.

Rajah 2: Lakaran kepala megalodon oleh Nicolaus Steno termasuk saiz gigi yang dijumpai penduduk tempatan.

Tetapi benarkah megalodon masih wujud sehingga hari ini? Itu satu persoalan yang membuatkan ramai tertanya-tanya sehingga hari ini. Wujud beberapa gambar yang dikatakan megalodon tetapi diragui kesahihannya oleh komuniti saintifik.

Selain itu, andainya jerung tersebut wujud, mampukah ia bersaing dengan kumpulan-kumpulan haiwan lain termasuk paus pembu.n.uh? Ini kerana menurut Catalina Pimiento dari Universiti Florida, kewujudan ikan paus ini menyumbang kepada kemerosotan bilangan jerung tersebut di lautan. Ini kerana taktik memburu berkumpulan yang digunakan paus tersebut jauh lebih berkesan daripada taktik memburu secara solo yang dikatakan digunakan oleh megalodon.

Mungkin satu-satunya spesis yang berevolusi daripada megalodon ialah jerung putih. Bagaimanapun, hipotesis ini agak lemah kerana agak sukar mengenalpasti laluan evolusi dari megalodon kepada jerung putih. Dan para saintis percaya jerung putih bukan satu-satunya jerung yang mewarisi genetik nenek moyang mereka itu.

RUJUKAN:

Klimczak, N. (2021). Stay Out of the Water: Does a Prehistoric Shark Still Live in the Ocean?. Ancient-Origins.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.