One Piece merupakan salah satu animasi Jepun (anime) yang tidak asing buat peminat anime. Kemasyhurannya bukan sahaja di peringkat Jepun mahupun Asia malahan juga hingga ke negara Barat. Sehingga kini, sudah lebih 900 episod ditayangkan dan ianya masih lagi berterusan (on going).

Animasi ini membawa kita kepada satu dunia fantasi yang mana terdapat ramainya lanun (pirate) yang berlayar atas lautan. Selain itu, terdapat juga entiti lain seperti polis laut (Marine), golongan bangsawan maqam langit (Celestial Dragon), lanun yang bekerjasama dengan Marine (Shicibukai) dan empat maharaja (four emperors, yonko) lautan.

Masing-masing mempunyai peranan, kedudukan dan watak masing-masing dalam animasi ini. Walau bagaimanapun, pada sisi kita dan juga watak-watak dalam animasi ini, terdapat tafsiran yang berbeza tentang entiti-entiti atau kelompok-kelompok ini. Misalnya bagi Marine, ada yang berpandangan ianya hanyalah satu badan yang korupsi kerana sifatnya yang pak turut (taat membuta tuli) kepada Celestial Dragon.

Pada satu sisi yang lain, ada pula yang berpandangan bahawa Marine suatu badan yang menjaga keamanan (peace) dan pejuang keadilan (justice). Apa-apa jua tafsiran dan pandangan yang diajukan kepada kelompok-kelompok ini tidak dapat tidak akan berbalik kepada watak-watak yang mengepalai kelompok ini.

Seperkara yang menarik adalah, dalam setiap kelompok itu mempunyai kerangka faham nilai yang berbeza. Tidak menghairankan apabila muncul terma ‘Marine yang jahat’ vs ‘Marine yang baik’ atau ‘Lanun yang baik’ vs ‘Lanun yang jahat’ akibat daripada kerangka faham nilai yang berbeza ini.

Terlampau ramai watak yang disajikan oleh Eiichiro Oda dalam animasi One Piece. Jika diperhatikan kepada para lanun yang terkemuka dalam animasi ini, salah satu keseragaman yang penulis perhatikan pada mereka ini adalah, yang mana masing-masing mempunyai tujuan yang jelas dalam pelayaran masing-masing. Biarpun hanya sekadar dengan tujuan, ‘Berlayar untuk melihat dunia yang luas’, itu sudah menjadikan kekuatan bagi mereka ini untuk terus cekal dalam pelayaran mereka.

Jika kita lihat pada watak utama iaitu Monkey D. Luffy, pelayarannya masih belum berakhir meskipun telah berhadapan pelbagai mehnah dan pancaroba serta kenaikan harga buruan (bounty) oleh pihak Kerajaan (Government). Disebabkan ‘tujuannya’, untuk menjadi Raja Lanun (Kaizoku O) sudah ditetapkan dalam fikirannya sejak awal-awal pelayarannya, semangat berlayarnya mencari One Piece itu tidak pudar ditelan arus. Gol D. Roger, meskipun sakit tetap meneruskan pelayarannya kerana matlamatnya yang hendak mengelilingi seluruh lautan dan mengunjungi pulau-pulau yang ada. Tidak dinafikan juga buat kelasi-kelasi (crews) Lanun Topi Jerami yang terus menerus berlayar bersama dengan Luffy setelah masing-masing menemukan hala tuju masing-masing.

Kita sering bermain dengan persoalan “what?” dan kesilapannya di situ apabila kita meletakkan noktah (put a full stop) padanya. Kita sepatutnya meneruskan lagi dengan persoalan “why?”. Semata-mata ‘apakah’ tanpa ‘mengapakah’ akan meleburkan alasan di sebalik tindakan kita itu. Kita hanya tahu tentang cara-gaya-kaedah tindakan itu, tetapi kabur atau tandus dengan alasan bagi tindakan kita itu. Alasan bagi setiap tindakan kita itu kemudiannya akan membentuk tujuan dan hala tuju tindakan kita dengan lebih jelas dan utuh.

Mempunyai tujuan atau hala tuju itu, menandakan kita mempunyai titik matlamat. Selagi mana belum tiba pada titik tersebut, janganlah berhenti. Sebaik sahaja tiba di titik tersebut, bersyukurlah dan berseronoklah dengan akhirnya pengembaraan kita itu. Seterusnya, bawa-bawalah bertenang dan berehat, biarlah orang lain pula berlayar menggantikan tempat kita. Ataupun juga, jika masih terdaya dan mampu, mulakanlah pelayaran dengan hala tuju yang seterusnya.

Setiap pengembaraan itu mempunyai batas-batasnya, kadar-kadarnya. Dengan mengenali batas dan kadarnya itu, nescaya kita dapat mengenal pasti hala tuju dan matlamat pengembaraan itu. Ketahuilah, tanpa tujuan dan hala tuju, perbuatan atau tindakan atau pengembaraan kita hanyalah sesuatu yang sia-sia ketandusan makna. Wa Allahu’alam.

Artikel dikirimkan oleh Ibn Zahari yang merupakan pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Comments are closed.