Kerosakan sungai adalah perkara biasa dalam hubungan ekonomi dan ekosistem.
Walaupun bunyinya teramat mendukacitakan, itulah realiti: kerakusan anjing-anjing kapitalis dalam perlumbaan yang tiada kesudahan. Malah kejadian ini tidak terhad di negara-negara membangun sahaja.
Eropah pun sama naik, seperti sebatang sungai di Ehrwald yang terletak dalam Austria.
Semua negara cenderung melakukan dosa sampai menjadi pemusnah alam. Dan tiada pemusnah alam dalam lembaran sejarah yang setanding Kesatuan Soviet.
Kerajaan Soviet menikmati kuasa politik terlalu tinggi sampai tiada siapa berani cakap apa-apa.
Andainya bersuara, silap-silap masuk dalam kem tahanan ataupun hilang terus dari muka bumi ini.
Jadi anasir-anasir politik Soviet senantiasa antara golongan yang mendahagakan kuasa sampai sanggup menjilat-jilat bibir dan bercumbu dubur. Inilah punca di sebalik kejatuhannya.
Juga ini adalah rahsia keagungan Amerika Syarikat, sebuah negara yang syarikat akhbar boleh mengembirikan pengaruh seorang presiden.
Selepas kematian Joseph Stalin, kerajaan Soviet mula mengimpikan sebuah negara lebih majmuk. Cuma kuasa pentadbiran jatuh ke tangan orang yang salah. Georgy Malenkov sanggup buat apa saja untuk mengekalkan dominasi. Pihak beliau tergamak memfitnah macam-macam terhadap Georgy Zhukov, pejuang agung Soviet dalam Perang Dunia Kedua. Kalau bukan kerana Zhukov, silap-silap Jerman boleh menang demikian hari.
Naik saja Malenkov, ramai dalam kalangan badut-badut bawahan dapat berkat. Salah seorang adalah Nikolai Bulganin yang tiada prinsip moral langsung meskipun berpakaian macam bangsawan.
Dua pemimpin ini ditumbangkan pengaruh Nikita Khrushchev dan Aleksei Kosygin.
Masalahnya, pucuk kepimpinan Soviet itu sendiri berbagai kabilah. Bukan kem Malenkov-Bulganin dan Khrushchev-Kosygin sahaja. Ada banyak kabilah lagi. Bermakna setiap pentadbiran perlu memastikan ekonomi hidup.
Persaingan ini jauh sekali setaraf pertembungan sihat dalam sistem demokrasi. Apabila bersaing, mereka tergegas sampai kualiti infrastruktur ekonomi itu sendiri lemah.
Itulah apa yang berlaku pada tahun 1960-an, apabila kerajaan Soviet ingin membangunkan sektor kapas sebagai sumber “emas putih”. Mereka mahu membina teres, lereng dan terusan untuk mengalihkan arus Sungai Amu Darya dan Sungai Syr Darya.
Dua sungai ini biasanya melimpah ke Laut Aral, yang merupakan sebuah tasik takungan sebesar gabungan Perak, Pahang dan Terengganu.
Dengan infrastruktur ini, dua sungai besar melimpah ke padang pasir untuk tujuan pengairan (irrigation). Selain kapas, kerajaan Soviet mengidamkan ladang melon (tembikai, cantaloupe, muskmelon dan sebagainya). Memang banyak rancangan mereka, termasuk tanaman padi (Kapuscinski, 2019).
Harapan rakyat itu adalah satu amanah. Dan Soviet berjaya membuatkan Uzbekistan pengeluar kapas terbesar dunia (USDA, 2013). Cuma kejayaan ini sewajarnya ditepuk macam beruk.
Kerana 1) Uzbekistan masih tidak kaya, 2) infrastruktur dibina serupa datuk 90 tahun sembang lebat boleh kahwin empat dan 3) tanpa sungai-sungai besar, Laut Aral semakin kering.
Masalah bertambah apabila Uzbekistan mempunyai masalah larian air. Laut Aral menjadi tempat takungan semulajadi. Bermakna tanaman kapas di tanah tinggi (dan sederhana tinggi) semuanya turun ke tanah rendah (Laut Aral).
Dulu air daripada tanah-tanah ini menitis ke Laut Aral tanpa sebarang bahan pencemar. Pembajaan dahsyat menyebabkan Laut Aral mula tercemar dengan sisa kimia.
Lapangan Laut Aral yang semakin kering pula masih bergaram (high salinity). Jadi bergaram dan berkimia dan semakin kering, lapangan Laut Aral tidak boleh dibuat apa-apa.
Tidak boleh dibuat pertanian; sayur takkan naik. Tidak boleh dibuat pembangunan; perubahan iklim memungkinkan banjir satu hari nanti. Ada satu cara sahaja – Laut Aral mesti dipulihkan. Tetapi satu cara mudah ini ada satu masalah besar: Kesatuan Soviet sudah terbubar.
Jadi sementara ahli politik berdehem dan berteriak, krisis kepupusan Laut Aral kekal menghantui dunia sebagai bukti keruntuhan ekosistem (Rodriguez, et al., 2013).
RUJUKAN:
Kapuscinski, R. (2019). Imperium. Halaman 255-260.
Rodriguez, K., et al. (2013). Scientific Foundations for an IUCN Red List of Ecosystems. PLOS One. 8 (5): e62111.
USDA. (2013). Cotton Production Ranking. NCCA.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih