Mewajarkan apa yang dibenci adalah suatu tindakan hipokrit. Hidup ini mudah. Jangan hina sebarang agama. Islam jangan menghina bukan Islam; begitu juga sebaliknya. Namun lain yang sedang berlaku, terutamanya di India sejak 26 Mei 2022. Pada tarikh itu, seorang wanita bernama Nupur Sharma berdebat tentang isu melibatkan Masjid Gyanvapi.
Masjid bersejarah ini dibina pada tahun 1669 semasa zaman pemerintahan Aurangzeb di atas lapangan sebuah kuil Shiva. Jadi masjid ini menjadi rebutan warga tempatan dalam India moden. Sedang elok berdebat pasal isu ini, Sharma tiba-tiba menghina Nabi Muhammad SAW. Tak tentu pasal.
Orang ramai pun marah. Malah parti pemerintah juga telah menggantung keahlian Sharma, yang mempertahan penghinaan atas falasi dangkal kononnya “macam mana dewa Shiva dihina”. Padahal entah siapa yang hina. Sebagai ahli politik, ramai akan bersetuju dan tidak bersetuju. Seorang tukang jahit beragama Hindu katanya berkongsi hantaran Facebook yang pro-Sharma. Tukang jahit tersebut kemudian mati dibunuh dua orang Islam.
Jadi senang kata, isu sudah menjadi besar sampai kerajaan luar negara mula mengecam India.
Barah Yang Semakin Kronik
Kenyataan Nupur Sharma tidak mengejutkan langsung, kalau tengok balik macam mana kem Narendra Modi menguruskan kempen. Terlalu ramai pelampau bergelumangan dalam politik India. Demikian hari pihak kementerian sendiri menuduh warga Bangladesh sedang menyusup masuk dan makan India macam anai-anai sampai naik marah kerajaan Bangladesh. Seorang sami pernah mengemukakan ugutan rogol terhadap wanita-wanita Islam, dengan pihak polis sekadar memberi amaran macam hal kecil semata-mata. Lagi satu sami diberkas kerana mengeluarkan kata-kata anti Islam. Sebaik sahaja diikat jamin, sami tersebut membuat satu lagi ucapan meminta penganut Hindu angkat senjata – dan dia sendiri mahukan India yang bebas daripada Islam.
Apabila Sharma mengeluarkan kata-kata sedemikian rupa, itu hanyalah satu lagi luka pada anggota yang sudah teruk berparut. Namun masalahnya, India memijak piagam demokrasi dengan strategi sasarannya. Macam biasalah – orang ramai akan turun padang untuk memprotes sebarang penghinaan terhadap nabi. Protes diadakan sejak 10 Jun, terutamanya selepas solat Jumaat. Dan ramai peserta protes sudah bersuara, katanya mereka diserang pihak berkuasa secara sistematik.
Tanpa waran tangkap, orang-orang Islam ditahan dalam lokap begitu lama. Keluarga diusir daripada rumah sendiri. Sesiapa yang enggan keluar daripada rumah akan disumbat dalam penjara. Mulalah macam-macam alasan diberi, kononnya rumah dibina secara haram padahal cukai pintu dan cukai tanah dilangsaikan setiap tahun tanpa ada sebarang masalah pun . Asal membantah saja, tiba-tiba macam-macam hal timbul. Salah seorang yang turun membantah adalah Afreen Fatima, yang sekarang sekeluarga menjadi gelandangan selepas ditimpa bala jentolak.
Rumah mereka hancur berderai dihentak jentera, walhal benda sama dibuat pelampau bermilitan yang menghina Islam secara berjemaah dengan menggunakan pembesar suara. Dan polis masih menyalahkan umat Islam atas apa yang pelampau-pelampau tersebut buat. Jadi pada masa ini, India dalam perjalanan ke arah sebuah negara pengasing yang mana rakyat hidup “separate but same”.
Wadah ini amat membimbangkan, kerana asal media antarabangsa laporkan saja, berduyun-duyun puak pelampau turun menyerang, menghina dan meminta “siasat betul-betul”. Paling bangang, mereka guna kata-kata Donald Trump “this fake news!” dengan tatabahasa macam ditulis budak tadika.
Tidak pasti berapa lama benda ini akan berterusan. Melihat keadaan semasa, Narendra Modi barangkali akan memenangi pilihan raya seterusnya memandangkan pembangkang masih lemah ketinggalan 250+ kerusi parlimen.
Sejak kebelakangan ini, ramai yang suka claim menafikan Srivijaya sebagai empayar Melayu. Maka kami menggesa semua beli buku ini yang mengulas begitu rapi bahawasanya Srivijaya adalah empayar agung Melayu. Link pembelian: http://bit.ly/3B7SY5u
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih