Pernah dengar kisah seorang sultan Islam yang buat reformasi sampai orang panggil dia kafir dan sesat?
Bukan sebab baginda tidak tunaikan solat atau menutup semua masjid, tapi sebab baginda ubah sistem negara.
Namanya ialah Sultan Mahmud II, antara pemerintah paling kontroversi dalam sejarah Uthmaniyyah.
Soalannya, apa sebenarnya yang dia buat sampai tahap begitu sekali kecaman?
Kenapa ulama dan rakyat sendiri sanggup tepek label paling berat dalam agama untuk hentam sultan mereka?
Dan kenapa dalam masa yang sama, sejarawan moden pula kata dialah sebenarnya penyelamat empayar daripada musnah?
Baginda naik takhta pada tahun 1808 ketika Empayar Uthmaniyyah hampir nazak. Tentera lemah, ekonomi hancur, dan kuasa Barat sudah mula menekan dari semua arah.
Dalam keadaan ini, Mahmud II sedar satu perkara, kalau tak berubah, empayar akan mati.
Musuh utama reformasi baginda ialah Janissari, tentera elit yang dulu gagah mempertahankan Islam.
Masalahnya, mereka sudah jadi terlalu berkuasa, malas berubah, dan selalu memberontak bila kepentingan mereka tergugat. Pada mata Mahmud II, Janissari bukan lagi penyelamat, tapi punca keruntuhan.
Tahun 1826 jadi titik hitam paling berdarah dalam sejarah Uthmaniyyah. Mahmud II menghapuskan Janissari secara besar-besaran dalam peristiwa Vakai Hayriye. Ribuan terbunuh.
Sejak itu, nama baginda mula disebut sebagai sultan kejam dan sesat.
Selepas itu, Mahmud II bina tentera baru ikut model Eropah. Uniform Barat diperkenalkan, latihan moden diterapkan, dan struktur lama dibuang. Bagi golongan konservatif, ini bukan pembaharuan, tapi peniruan kafir secara terang-terangan.
Bukan tentera sahaja yang diubah, sistem pentadbiran pun dikacau. Sultan memusatkan kuasa, melemahkan elit lama, dan menubuhkan kementerian moden. Ulama yang dulu dominan mula terasa posisi mereka semakin terhakis.
Isu yang paling buat orang panas ialah soal pakaian. Mahmud II memperkenalkan fes sebagai penutup kepala rasmi untuk semua pegawai kerajaan. Pada mata ramai ulama, ini lambang pembuangan identiti Islam dan bukti sultan sudah rosak akidah.
Mahkamah syariah pula tidak lagi memegang semua urusan negara. Undang-undang sivil diperkenalkan untuk hal pentadbiran dan ekonomi. Dari sinilah tuduhan kafir dan sesat mula tersebar lebih agresif di mimbar dan lorong-lorong Istanbul.
Bagi pengkritik tegar, Mahmud II ialah sultan yang membuka pintu Barat masuk ke dunia Islam. Mereka anggap baginda tunduk kepada tekanan Eropah dan sanggup gadai prinsip agama demi kemajuan.
Dalam naratif ini, Mahmud II ialah pengkhianat tradisi.
Namun penyokongnya melihat dari sudut berbeza. Tanpa pembaharuan radikal, empayar mungkin runtuh lebih awal. Mahmud II bukan buang Islam, tetapi cuba selamatkan negara Islam daripada mati perlahan.
Menariknya, Mahmud II tidak pernah mengaku dirinya anti agama. Baginda masih membina masjid, menyokong institusi Islam, dan mengangkat diri sebagai khalifah umat Islam. Cuma pendekatannya tidak selari dengan jangkaan ulama konservatif.
Selepas kemangkatan baginda pada 1839, idea pembaharuannya diteruskan melalui era Tanzimat. Dari sinilah lahir sistem pentadbiran moden Turki. Ironinya, sultan yang dicaci inilah yang jadi asas kelangsungan negara.
Kisah Sultan Mahmud II tunjukkan satu realiti pahit dalam sejarah.
Inilah realiti geng reformis ini yang dilihat hampir selalu dibenci pada zamannya sendiri. Kadang-kadang, yang dilabel kafir dan sesat itulah sebenarnya orang yang cuba selamatkan masa depan.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih




