Arab Saudi mengamalkan bentuk kerajaan monarki mutlak. Tetapi sistem warisannya jauh berbeza untuk dibandingkan dengan monarki-monarki lain.

Biasanya seorang raja mangkat, anakandanya akan warisi takhta. Jika tiada anak, barulah takhta turun kepada adindanya. Walau bagaimanapun, Arab Saudi berpegang teguh pada tradisi as-Saud.

Jemput beli buku terbaru keluaran Patriots Publishing di http://bit.ly/PraTempah

Untuk faham sistem warisan Saudi, kena renung sejarah pengasasannya.

Bermula tahun 1902, Abdulaziz bin Abdul Rahman memulakan operasi penaklukan yang melahirkan Kingdom of Saudi Arabia dikenali hari ini.

Abdulaziz bin Abdul Rahman

Abdulaziz mempunyai lebih daripada 20 orang isteri yang melahirkan ramai putera. Apabila baginda mangkat, takhta turun kepada Putera Saud bin Abdulaziz.

Saud pula mempunyai 16 orang anak. Tetapi seorang pun tidak jadi raja selepas baginda mangkat. Kerana sistem Saudi memastikan hanya anak-anak Abdulaziz sahaja boleh jadi raja.

Maka takhta turun kepada adik Saud, iaitu Faisal, Khalid, Fahd, Abdullah dan hari ini Salman.

Salman bin Abdulaziz

Semua boleh nampak yang tradisi ini tidak boleh bertahan selamanya. Satu hari nanti, anak Abdulaziz yang terakhir akan mangkat jua.

Selepas Salman, patutnya takhta diwarisi Abdul Illah, Mamdouh, Ahmed, Mashour atau Muqrin.

Tetapi baginda telah menurunkan Muqrin daripada tampuk pewaris, diganti barisan cucu Abdulaziz pula.

Pertama sekali, Muhammad bin Nayef dijadikan Putera Mahkota.

Muhammad bin Nayef.

Kemudian Muhammad diturunkan untuk memberi laluan kepada Muhammad bin Salman.

Game of Thrones Saudi

Kejatuhan harga bahan api global membawa petanda ngeri terhadap Arab Saudi. Kerajaan Saudi seolah-olah sedar dari mimpi bahawa kuasa main harga sudah direntap daripada tangan.

Jadi mereka menggerakkan arus pembaharuan yang dilihat suatu bid’ah besar terhadap tradisi diamalkan selama ini. Tahun 2021 misalnya ditutup dengan pesta besar yang menghairankan ramai juga.

Pembaharuan ini berlaku bukan kerana Raja Salman. Untuk pengetahuan semua, Salman sudah hilang daripada tabir umum selama 500+ hari mungkin kerana keuzuran usia (Bostock, 2021).

Usia baginda pun sudah menghampiri 87 tahun, meninggalkan kuasa betul-betul dalam tangan Muhammad bin Salman.

Muhammad bin Salman

Corak pemikiran Muhammad sekarang menimbulkan kegusaran dalam kalangan keluarga diraja Saudi. Macam-macam pasal baginda sudah timbul, dengan tuduhan daripada pembesar perisikan yang menuduh Muhammad mahu bunuh Raja Abdullah dulu (Baker, 2021).

Dan Muhammad dituduh sedang menyiksa ramai putera-putera Abdulaziz untuk kekal berkuasa. Pendahulunya (Muhammad bin Nayef) tidak dibenarkan tidur dan digantung songsang sampai perlu berjalan dengan tongkat (Hubbard, 2022).

Sangat menarik untuk kupas pasal hal ini. Kerana Muhammad bin Salman pernah cium tangan Muhammad bin Nayef dulu.

Kiss of death MBS kepada MBN

Jelas sekali aturan politik Arab Saudi sudah menjadi seperti Game of Thrones yang mana persahabatan dan permusuhan beralas lapik antara satu sama lain.

Perubahan Budaya

Perbalahan antara dua cucu Abdulaziz ini tidak mengundang pemberontakan dalam kalangan keluarga diraja. Walau bagaimanapun, hala tuju Arab Saudi sekarang dikhuatiri mengundang padah besar terhadap kestabilan negara.

Apa yang pasti, Saudi sekarang dalam perjalanan keluar daripada “empayar agama” yang teguh pada prinsip. Faktor Wahhabi seolah-olah menjadi pertikaian, meskipun selama ini menjadi tulang belakang negara.

Perubahan ini boleh mendatangkan manfaat ekonomi yang besar pada Arab Saudi. Namun ia mengundang kecelaruan identiti.

Jemput beli buku imprint Fiksyen The Patriots di http://bit.ly/PraTempah

Tiba masanya, rakyat Saudi tentu perlu pilih antara dua jalan: ekonomi atau identiti. Ini akan menjadi legasi Muhammad bin Salman, bakal raja Saudi yang kini berusia 36 tahun.

RUJUKAN:

Baker, S. (2021, Oktober 25). MBS talked about using a ‘poison ring’ to kill the Saudi king in 2014 so his father could take the throne, exiled spy says. Business Insider.

Bostock, B. (2021, Disember 8). Saudi Arabia’s king has been quietly holed up in his desert palace for more than 480 days, as his heir MBS lies in wait for the throne. Business Insider.

Hubbard, B. (2022, Januari 9). Saudi Princess Is Released, but Other Royals Are Still Locked Up. The New York Times.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply