Dikatakan semasa kota Baghdad ditakluk Mongol, beratus ribu orang mati dibunuh tentera Mongol dan buku buku semuanya dihumban ke sungai Tigris sampai jadi hitam airnya dek dakwat.

Kejatuhan kota Baghdad adalah sebahagian daripada lipatan ekspedisi tentera Hulagu Khan dalam membesarkan wilayah Ilkhanat. Hulagu mulakan hal ini denga memburu dan memusnahkan Hashashin, sekumpulan pembunuh upahan Syiah di Parsi dan seterusnya berarak ke Baghdad.

Khalifah Mutasim, khalifah Abbasiyah waktu itu yakin bahawa seluruh umat Islam akan backup baginda, ya lah, ketua segala orang Islam kot. Jadi dia buat bodo je dengan ancaman Hulagu Khan ni. Tapi tu lah, terlebih yakin ni bermasalah sebenarnya. Dia jadi lagi bermasalah bila Khalifah Mutasim pergi hina rakyat dia yang mengikut fahaman Syiah. Jadi, benda ini memungkinkan pendapat bahawa wazir Khalifah belot kepada Mongol sebab wazirnya pun Syiah.

Tak lama selepas itu, habis rakyat dalam kota Baghdad dibantai setelah kota tersebut dikepung lama. Harta emas dan berlian dirampas tentera Mongol. Buku buku ilmuwan Islam habis dibuang ke sungai sampai airnya berwarna hitam dan kuda boleh melintas air sungai tersebut sebab banyak sangat buku yang dibuang. Dikatakan sekitar 200,000 orang mati semasa penjarahan ini.Khalifah Mutasim tu pula dibunuh dengan dibalut dalam karpet dan dipijak oleh kuda kuda tentera Mongol.

Pada waktu ini, memang orang dah pandang Mongol ni serupa Yakjuj Makjuj dah. Mana mana diorang pergi mesti akan hancur. Malah, setiap kali orang lain berperang dengan Mongol, mesti kalah seolah olah tentera Mongol ni kebal. Perkara ini berlegar legar dalam masyarakat dunia sampailah Mongol tiba di Mesir dan akhirnya dikalahkan oleh koalisi tentera Mamluk dan Berke Khan yang merupakan orang Mongol. Mungkin betul kot orang cakap. Kadang kadang nak lawan api kita kena pakai api. Nak lawan Mongol, kita hantar Mongol jugak.


Korang minat pasal sejarah pertempuran paling epik di dunia? Korang boleh lanjutkan pembacaan korang dengan membeli buku PERTEMPURAN-PERTEMPURAN AGUNG dengan harga DISKAUN yang menarik bersempena jualan 11/11 di: https://bit.ly/3WSgzzp


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply