Keagungan Mesir Purba memang takkan dapat disangkal. Tetapi Mesir Purba hanyalah sebuah kerajaan yang wajib patuh pada hukum alam iaitu kebangkitan dan kejatuhan. Ada banyak faktor yang menentukan kebangkitan sebuah kerajaan. Tetapi kejatuhan mesti angkara tangan sendiri. Jatuhnya kerajaan Mesir Purba adalah kerana pengkhianatan semasa zaman Firaun Nectanebo II. Baginda dibelot Mentor of Rhodes, suami pada Barsine yang kemudain menjadi perempuan simpanan Alexander the Great.

Walaupun sudah lama jatuh, seni bina Mesir Purba masih menggamit perhatian orang ramai. Piramid dibangunkan sana sini sebagai lambang kenangan. Soalnya, apa yang Firaun simpan dalam piramid? Bercakap pasal Firaun, kena sentuh pasal satu benda untuk elakkan pembaca naik darah tidak tentu pasal.

Firaun adalah pangkat raja yang disandang 170 penguasa. Bermakna Firaun bukan seorang yang menyusahkan Nabi Musa (as). Firaun zaman Nabi Musa (as) hanyalah salah satu daripada 170 orang ini.

Memahami Piramid Mesir Purba

Bercakap pasal piramid, mesti Piramid Besar Giza dibayangkan orang ramai. Mana tidaknya – dibina selama 27 tahun pada zaman 2600 S.M. dengan ketinggian hampir 150 meter.

Piramid Besar Giza.

Selama 3,800 tahun, piramid ini memegang rekod binaan paling tinggi dunia. Status tersebut membuatkan segelintir fikir inilah menara dibina Firaun zaman Nabi Musa (as) untuk lihat Tuhan. Sebenarnya, tidak. Piramid Besar Giza dibina seorang firaun bernama Khufu yang berkuasa selama 63 tahun (26-46 tahun jika dikira sejarawan). Tidak banyak yang diketahui pasal Khufu, melainkan Piramid Besar Giza sahaja (Schneider, 2002). Sampai hari ini mumia Khufu tidak ditemui, dipercayai sudah lama diambil perompak kubur.

Sejujurnya Piramid Besar Giza hanya mendabik saiz sahaja. Namun piramid ini hanya besar di luar tetapi serba kurang di dalam. Saintis dan sejarawan tidak pasti kenapa piramid ini tidak banyak barang. Kalau benar dirompak, kenapa tidak curi sampai habis? Sama seperti beberapa piramid yang lain, ditemui dalam keadaan serba kekurangan dari segi barang. Perkara ini membangkitkan teori yang firaun-firaun terdahulu tidak mengisi bahagian dalaman piramid.

Hanya firaun-firaun terkemudian sahaja yang betul-betul gigih mengisi piramid. Ambil contoh macam Tutankhamun.

Gambar diambil semasa jasad baginda ditemui.

Makam (tomb) baginda mungkin kecil macam telurnya – tetapi kompleks perkuburan (burial complex) sempena baginda lengkap berisi dengan 5,398 objek bernilai seperti keranda emas tulen, topeng muka (bukan COVID-19), takhta, trompet dan sebagainya (Williams, 2015). Jangan terkejut – pisau belati yang ditemui dalam kompleks perkuburan baginda diperbuat daripada batu angkasa siap (Rashed, et al., 2016).

Jadi persoalan sekarang masih tidak terjawab: apa benda yang Firaun simpan dalam piramid? Takkan kerajaan Firaun lama miskin belaka?

Sebenarnya – tidak. Tidak sama sekali.

Piramid kosong dan piramid penuh melambangkan mentaliti kerajaan pada masa itu. Saintis bersetuju yang rompakan kubur menjadi faktor sampingan. Banyak makam Firaun sudah dijarah perompak kubur. Firaun Djoser dan Ahmose I mudah kata ditemui ‘dalam keadaan sebatang kara’. Tetapi Puteri Neferuptah (tidak jadi Firaun pun) dikebumikan bersama tembikar, hiasan bersulam dan lambang dewa Osiris.

Tinggalan zaman Firaun Khufu.

Jika dibandingkan Khufu dan Tutankhamun, boleh nampak jurang kekayaan dari segi harta dalam kubur. Tetapi Khufu membangunkan sebuah piramid jauh lebih megah. Jadi saintis bersetuju yang Khufu dikebumikan dalam keadaan serba kosong – tanpa sebarang harta mewah. Namun firaun-firaun terkemudian mungkin menuruti disiplin tradisi baharu, bahawa mereka perlu dikebumikan dengan harta kebesaran untuk digunakan di Alam Barzakh.

Maka jurang amal kepercayaan ini menjadi jawapan di sebalik persoalan. Firaun menyimpan harta bernilai dalam piramid. Cuma kaedah penyimpanan itu berbeza mengikut zaman.

RUJUKAN:

Rashed, M. (2016). The meteoritic origin of Tutankhamun’s iron dagger blade. Meteoritics & Planetary Science. 51 (7): 1301-1309.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Schneider, T. (2002). Lexikon der Pharaonen. Albatros. Halaman 100-104.

Williams, A.R. (2015, November 24). King Tut: The Teen Whose Death Rocked Egypt. National Geographic News.

Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply