Sebelum kita teruskan dengan trivia ni, mari kita kenal serba-sedikit tentang galaksi tempat Bumi berada.

1. Bima Sakti ialah galaksi pilin berpalang yang berusia 13.6 billion juta dan saiznya seluas 100 ribu tahun cahaya. Kiranya Sistem Suria yang kita anggap besar ni macam sebutir pasir je di dalam galaksi maha besar!

2. Matahari sebenarnya tidak tetap di tempatnya. Ia mengorbit keliling Bima Sakti membawa Sistem Suria. Untuk lengkapkan satu pusingan, Sistem Suria mengambil masa 250 juta tahun! Kali terakhir Sistem Suria lengkapkan pusingan, zaman dinosaur baru bermula.

3. Jumlah bintang dan planet dalam Bima Sakti ini ialah 100-400 billion butir. Jarak Sistem Suria dengan tengah Bima Sakti ialah 27,000 tahun cahaya.

4. Nama Bima Sakti diambil dari nama ‘Bima’ iaitu watak utama dalam kitab Mahabharata. Orang Jawa melihat susunan bintang-bintang dan apabila mengariskan susunan tersebut, wujud rupa Bima dililit oleh ular naga bernama Nemburnyawa. Dari sinilah wujud nama ‘Bima Sakti’.

5. Masyarakat Melayu dulu memanggil Bima Sakti dengan nama ‘Bintang Temabor’ yang bermaksud bintang bertaburan. Nama Inggeris iaitu ‘Milky Way’ pula berasal dari mitos orang Yunani Kuno, di mana dewi Hera menaburkan susu di langit. Jadi rupa Bima Sakti seakan-akan susu melimpah.

Baik, tentang apakah yang ada di tengah Bima Sakti itu sebenarnya sebuah lubang hitam gergasi yang diberi nama ‘Sagittarius A*’. Berat lubang hitam ini ialah 4 juta kali ganda dari berat Matahari.

Lubang hitam gergasi ini berada dalam keadaan ‘dorman’, tidak lagi berperanan untuk menyedut apa saja di sekelilingnya. Tapi, bintang masih mengorbit lubang hitam ini kerana gravitinya masih ada.

Pada 12 Mei 2022, akhirnya pusat Bima Sakti ini ditangkap gambarnya dengan menggunakan Event Horizon Telescope (EHT). Pencapaian ini begitu penting bagi para ahli astronomi kerana mereka akhirnya berupaya mengkaji lubang hitam ini lebih jelas hanya menggunakan kecanggihan teknologi.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply