Apa yang anda boleh buat dalam tempoh dua jam? Kalau saya boleh main cyber café (cc) orange dekat Sri Petaling atau main arcade Midnight dekat Mid Valley. Tapi, nak tahu tak apa yang Sultan Suleyman Qanuni boleh buat dalam tempoh dua jam? Jawapannya, macam macam.
Jawapan spesifiknya, mengalahkan tentera gabungan Eropah sekaligus. Ya, sekaligus. Perkara ini berlaku semasa Pertempuran Mohacs pada tahun 1526 Masihi. Gabungan tentera Eropah yang terdiri daripada Kingdom of Hungary, Kingdom of Croatia, Serbian Despotate, Crown of Bohemia Holy Roman Empire, Duchy of Bavaria, Papal States, Kingdom of Poland dan Hungarian Slovenes.
Manakala di sisi Uthmaniyyah terdiri daripada pasukan dokongan daripada Crieman Khaganate. Kedua pasukan ini bertemu di Mohacs, dalam jajahan Kingdom of Hungary. Tetapi, yang menjadi pembantu kemenangan Uthmaniyyah adalah kepenggunaan senjata alteri Meriam yang membantu banyak dalam pertempuran ini.
Serangan dimulakan dengan serangan Raja Louis II of Hungary ke atas Uthmaniyyah. Serangan ini ditangkis oleh pasukan Uthmaniyyah. Secara tiba tiba, pasukan Uthmaniyyah diarahkan berundur. Pasukan gabungan Eropah menyangka ini pengunduran, mereka terus mengejar pasukan Uthmaniyyah.
Namun, ini perangkap perang. Setibanya di suatu tempat, pasukan Eropah ini terperangkap di hadapan pasukan alteri meriam. Pasukan Alteri meriam melepaskan tembakan bertali arus keatas pasukan Eropah sehingga lumpuh kekuatannya. Asakan diteruskan dengan serangan pasukan berkuda Uthmaniyyah dan akhirnya, pasukan ini terpojok dan tumpas.
Ya, dalam masa dua jam sahaja. Perang ini selesai. Perang ini menjadi titik permulaan empayar Uthmaniyyah berkembang ke Eropah sehingga ke Gerbang Vienna.
Kalau anda, apa yang anda boleh buat dalam tempoh dua jam?
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih