Wuxia asalnya lahir sebagai satu genre dalam bentuk sastera, dan kini berkembang dalam seni, komik, filem, permainan, tetaer dan media lain. Pada hari ini, wuxia membentuk sebahagian besar budaya popular bagi kebanyakan komuniti berbahasa Cina seluruh dunia.
Dari mana asalnya wuxia?
Perkataan ‘wuxia’ itu sendiri adalah gabungan daripada dua suku kata utama, iaitu ‘xia’ yang bermaksud terhormat atau kesateria (wira), serta ‘wu’ yang bermakna mempertahankan diri, yang datang daripada perkataan wushu.
Jadi, secara keseluruhannya, wuxia ini adalah tentang seni mempertahankan diri yang menunjukkan ciri kesateria seseorang pendekar dan sifat terhormatnya.
Seorang ahli bela diri yang mengikut kod xia sering dirujuk sebagai “pendekar” dalam karya wuxia, walaupun dia tidak semestinya menggunakan pedang. Dia juga kadang-kadang dipanggil xiake ( “pengikut xia”) atau yóuxiá (“xia mengembara”).
Dalam dunia wuxia Cina, wira ini biasanya tidak berkhidmat kepada tuan, menggunakan kuasa tentera atau tergolong dalam kelas bangsawan. Mereka selalunya daripada kelas sosial yang lebih rendah dalam masyarakat Cina purba.
Wira Wuxia biasanya terikat dengan kod kesateriaan mempertahankan diri yang memerlukan mereka untuk membetulkan kesalahan, terutamanya apabila mereka yang tidak berdaya ditindas. Wira wuxia berjuang untuk kebenaran, biasanya, berusaha untuk menghapuskan penindas, atau untuk memberi pembalasan atas kesalahan masa lalu.
Daripada konsep ini, wuxia sebenarnya ada persamaan dengan dengan bushido samurai Jepun dan kesateria Eropah di Barat. Malah, sejarah wuxia ini sebenarnya telah bermula lebih 2000 tahun lalu, yang lebih bertumpu kepada konsep ‘xia’ itu sendiri.
Genre wuxia moden menjadi terkenal pada awal abad ke-20 selepas Pergerakan Keempat Mei 1919. Kesusasteraan baharu berkembang, yang menolak nilai Confucian, dan konsep xia ini muncul sebagai simbol kebebasan peribadi menentang tradisi Confucianisme.
Xiang Kairan ialah penulis wuxia pertama yang terkenal, dengan novel sulungnya iaitu The Peculiar Knights-Errant of the Jianghu, menjadi novel bersiri dari 1921 hingga 1928 dan telah disesuaikan ke dalam filem wuxia pertama.
Walaupun begitu, fiksyen Wuxia telah diharamkan pada era Republikan. Pada tahun 1949, China juga mengharamkan novel seni mempertahankan diri dan di Taiwan, kerajaan mengharamkan beberapa karya wuxia pada tahun 1959.
Era emas genre wuxia yang akhirnya menjadi budaya popular telah bermula di Hong Kong, antara tahun 1960-an hingga 1980-an. Kisah wuxia yang terkenal termasuk Trilogi Wira Condor karya Louis Cha. Kisah-kisah ini sering diadaptasi ke dalam filem dan drama televisyen.
Seperti mana-mana genre lain, cerita wuxia cenderung mempunyai ciri yang boleh dikenal pasti, dan beberapa ciri ini mencerminkan aspek budaya Cina, menjadikannya mudah untuk dikenal pasti oleh khalayak Cina.
Dalam cerita wuxia, kemahiran berpedang cenderung digambarkan sebagai gaya yang pantas dan anggun, tak kira bagi pendekar lelaki atau wanita. Salah satu sebab wuxia menjadi begitu popular adalah kerana tema yang dipaparkan.
Wuxia menampilkan perpaduan di samping menonjolkan kerumitan sifat manusia. Melalui kisah budaya wuxia, kita turut berpeluang untuk menerokai impian kepahlawanan kita.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih