Isabella Khairiah Hadid atau Bella Hadid, seorang model popular di Amerika Syarikat dengan lantang menyuarakan pendiriannya menyokong Palestin dalam konflik Palestin-Israel.
Tau tak yang dia ni sebenarnya ada darah Palestin?
Bapa kepada Bella dan Gigi Hadid, Mohamed Anwar Hadid dilahirkan dalam keluarga Muslim Palestin pada 1948 di Nazareth.
Dari sebelah ibunya, beliau ada keturunan penguasa Arab abad ke-18 di utara Palestin, Dahir al-Umar.
Bapa Bella Hadid ni bersama ibu bapanya terpaksa melarikan diri dari Palestin kerana Al-Nakbah 1947–1949.
Datuk kepada Bella, Anwar Mohamed Hadid, kata beliau tak nak keluarganya “hidup di bawah pendudukan Israel.”
Ibu dan bapanya berjalan kaki selama dua malam untuk sampai ke sempadan Lubnan dan diorang berteduh di kem pelarian di Syria.
Bella Hadid pernah kata, “disebabkan asal kami adalah pelarian, Palestin mempunyai satu tempat yang sangat istimewa di dalam hati saya.”
Bella sedar tindakannya akan menyebabkan ‘periuk nasinya’ sebagai seorang model antarabangsa menerima impak buruk, beliau tak kisah asalkan nasib rakyat Palestin dan negara asal usulnya terbela.
“Saya akan terus lantang bersuara demi nasib dan keamanan Palestin. Tunjukkan fakta dan informasi sebenar tentang bagaimana IDF, kerajaannya dan pendatang negara tersebut menyerang orang Palestin secara melulu dan tanpa sebab.”
Tapi disebabkan tindakannya itu, Bella Hadid terima pelbagai ugutan.
Bella berkata nyawa keluarganya juga dalam bahaya apabila terdapat pihak mendedahkan alamat rumah serta nombor telefonnya secara terbuka.
Walaupun dah macam tu pun, Bella berkata beliau takkan sesekali berganjak dengan pendirian menyokong Palestin yang banyak nyawa terkorban disebabkan perbuatan biadab Israel.
Oleh: Azizul Farhan




No comments yet