Ia pernah muncul untuk membantu Maharaja Huangdi dalam merampas takhta. Malah, berdasarkan mitologi dan rekod kuno, Yinglong muncul tiga kali di dunia fana untuk membantu manusia.

 

Ini adalah kisah naga Yinglong yang terkenal dalam budaya masyarakat Cina. Dalam mitologi Cina purba, Yinglong ialah naga bersayap dan dewa hujan yang sangat dihormati oleh golongan manusia.

 

Naga Yinglong mempunyai kedudukan yang penting terutamanya berkaitan dengan hal mengawal banjir dan mengawasi pembinaan terusan dan sistem pengairan. Penglibatannya dalam kisah-kisah tokoh legenda seperti Maharaja Yao, Gun, dan Yu menunjukkan pengaruhnya dalam membentuk mitologi dan cerita rakyat Cina purba.

 

Maksud nama Yinglong ini adalah ‘Naga yang Memberi Reaksi’, iaitu ia dikaitkan dengan keadilan, kebenaran, dan perlindungan orang yang tidak bersalah. Ia melambangkan kemenangan kebenaran terhadap kebatilan dan ganjaran bagi perbuatan mulia.

 

Malah, naga Yinglong turut dikatakan mempunyai kelebihan tersendiri dalam mengubah dirinya. Yinglong mempunyai keupayaan untuk mengubah bentuk dan menyesuaikan diri, melambangkan metamorfosis, evolusi, dan pembaharuan.

 

Kisah paling popular tentang peranan Yinglong ini adalah ketika ia membantu Maharaja Huangdi dalam pertempuran epiknya bersama Chi You. Dikatakan bahawa pada zaman dahulu, Maharaja Huangdi dan Chi You berperang untuk merebut hak pemerintahan Dataran Tengah.

 

Pasukan tempur kuat Chi You menyebabkan tentera Maharaja Huangdi hampir ditumpaskan. Ketika harapannya hampir hilang, naga Yinglong telah turun dari langit. Ia memanggil angin dan hujan untuk menenggelamkan tentera Chi You, dan Maharaja Huangdi akhirnya menang dalam pertempuran epik itu. Disebabkan inilah, Yinglong telah menjadi pembantu penting kepada Maharaja Huangdi dan dianggap oleh orang Cina sebagai simbol kemenangan selepas kesukaran yang berlaku.

 

Melalui kisah Maharaja Yu yang menguasai Dinasti Xia purba China pula, naga Yinglong yang membantunya dalam pembinaan benteng, empangan serta menggali terusan untuk menghalang banjir. Yinglong dikatakan menguasai Sungai Kuning dan telah menyerahkan peta gunung serta anak sungai kepada Yu untuk pembinaan empangan serta benteng.

 

Pengaruh Yinglong ini telah melangkaui mitos kuno serta amalan tradisional, dan ia telah membentuk kesedaran kolektif masyarakat Cina. Simbolismenya sebagai penjaga sumber air dan pembawa hujan mencerminkan kepentingan berterusan pengurusan air dan teknologi pertanian dalam budaya Cina.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Anak Terengganu yang bercita-cita untuk menjadi food historian, dan memasang impian untuk mengeluarkan buku mengenai kesemua makanan warisan di Malaysia. Memiliki PhD dalam bidang Sains Makanan & Pemakanan. Sukakan muzik, drama dan filem, tetapi nyata rasanya lebih kepada penulisan. Seorang ghostwriter, penyunting dan penterjemah sambilan. Bidang penulisan yang diminati; pemakanan, sains makanan, gastronomi, sejarah dan eksplorasi karya (drama dan filem).

Comments are closed.