Apabila membaca sejarah leluhur kita, kita asyik sekali menyebutkan perkataan keramat ini; ‘Melayu’. Sejarah Melayu, Alam Melayu, Gugusan Kepulauan Melayu dan segalanya yang boleh kita kaitkan dengan Melayu itu.

Kerana pada kita, Melayu itu adalah merujuk kepada bangsa kita, darah yang mengalir dalam diri kita ini adalah darah Melayu. Begitulah anggapannya. Namun apakah yang sebenar-benarnya dimaksudkan dengan takrifan Melayu itu?

Jika kita mengamati sejarah, takrifan Melayu itu boleh kita klasifikasikan menerusi pengekelasan para pedagang Melayu di Gugusan Kepulauan Melayu ini. Hal ini kerana, para pedagang Melayu ini secara jelas dan spesifiknya dikelaskan wilayah asalnya dalam gugusan ini.

Dalam sejarah, para pedagang Melayu ini ditakrifkan sebagai pedagang yang berasal dari kawasan-kawasan seperti Semenanjung Tanah Melayu, Sumatera dan Kawasan-kawasan lain di sekitar gugusan ini.

Tetapi takrifan istilah Melayu itu tidaklah dihadkan kepada kawasan-kawasan itu semata-mata. Suku lain seperti Bugis, Jawa, Madura dan lain-lain juga ditakrifkan sebagai Melayu jika mereka itu menetap di sekitar kawasan Selat Melaka.

Dalam hal ini juga, selain daripada ini, masyarakat barat pula mengklasifikasikan Melayu itu sebagai orang-orang yang mendiami di sekitar Selat Melaka. Hal ini terhad ke kawasan yang lebih berfokus sahaja mungkin kerana penglibatan orang barat itu sendiri yang lebih tertumpu ke kawasan Selat Melaka.

Juga menurut sejarah, perkataan Melayu ini dikatakan berasal daripada perkataan Sanskrit iaitu Himalaya yang membawa erti kawasan tanah tinggi. Tetapi, pendapat berkaitan yang lebih tepat adalah istilah Malaya yang membawa erti Pengembara.

Istilah ini, jika disaksikan daripada perspektif logika akal semata-mata adalah lebih bertepatan dengan sifat orang Melayu yang gemar mengembara kerana mereka ini adalah orang laut yang lumrahnya adalah untuk berlayar dan keluar berdagang.

Maka, yang sebenarnya-benarnya tiadalah wujud satu kategori atau persempedanan yang jelas untuk seseorang itu bergelar sebagai Melayu pada waktu lampau. Bahkan, pada hari ini pun hal tidaklah berubah drastik.

Dalam konteks negara Malaysia, perlembagaan menetapkan seseorang itu boleh dikategorikan sebagai orang Melayu jika dia adalah seorang penganut agama Islam, bertutur dalam bahasa Melayu dan mengamalkan adat dan istiadat orang Melayu.

Mungkin inilah persempadanan paling jelas berkenaan takrifan Melayu yang wujud pada masa kini. Sebenarnya, jika kita buka perspektif dengan lebih luas, hal ini menunjukkan bahawa bangsa Melayu itu adalah satu bangsa yang unik.

Barangsiapa pun boleh menjadi seorang Melayu, jika di hatinya itu dia adalah Melayu, istilah Inggerisnya ‘Malay By Heart, menjadikan ianya satu perkara yang amatlah unik, tiada wujudnya dalam mana-mana bangsa lain di dunia.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Comments are closed.